Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Lencana Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan

Alamat  Malaysia Km.1, Jalan Kuala Terengganu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 6096811009
Faksimili 6096825121
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan Ilmu Suluh Jiwa
Kod Sekolah TBB5038
Pengetua En. Marzilaini Bin Muhamad
Penolong Kanan Akademik En. Mohamad Zaimi bin Mohamed
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Tn. Hj Abdullah Al Khairi bin Sapien
Penolong Kanan Kokurikulum En.Mohd Amri bin Ali
Tahun dirasmikan 1955

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km.1, Jalan Kuala Terengganu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan memiliki 258 orang pelajar lelaki dan 274 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 532 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SKTAI) juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 3 pada tahun 2012.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan ditubuhkan pada tahun 1955 di atas sebidang tanah kerajaan lebih kurang 1 kilometer dari bandar Kuala Berang. Sekolah ini dikenali dengan nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS) mengambil nama sempena nama permaisuri Sultan Terengganu Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Sultan Terengganu yang kelima belas.

Dahulunya, terdapat sebuah gabungan sekolah Menengah dan rendah di bawah kelolaan seorang guru besar iaitu En. Talha bin Abdul Rahman dari tahun 1955 sehingga 1957. Sekolah ini menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada tahun 1970, bahasa pengantar ditukar kepada Bahasa Melayu sehingga sekarang.

Pertambahan bilangan pelajar memaksa sekolah ini dipindahkan ke tapak sekarang pada tahun 1970 dan ditukar nama menjadi Sekolah Rendah Tengku Ampuan Intan.

Kini, sekolah ini telah ditukarkan menjadi Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, dan telah berjaya dikategorikan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi dengan bidang kebitaraan hoki, kawad kaki, orkestra dan lain-lain.

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan juga mempunyai hubungan antarabangsa dengan beberapa sekolah di negara-negara Asia Tenggara, iaitu:

  1. SD Muhammadiyah 1, Sidoharjo, Jawa Timur, Indonesia (lawatan antara dua hala telah diadakan pada tahun 2014)
  2. Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam (lawatan Kementerian Pendidikan Brunei pada tahun 2014)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
Km.1, Jalan Kuala Terengganu, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096811009
Faks = 6096825121

Pautan luar[sunting | sunting sumber]