Faezah Elai
Faezah Elai | |
|---|---|
فائزة علي | |
| Kelahiran | Noor Faezah binti Md Elai 16 Ogos 1982 |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2004–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Heykal Hanifah (k. 2011) |
| Anak-anak | 5 (termasuk tiga anak tiri) |
Noor Faezah Md Elai (lahir 16 Ogos 1982) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang berketurunan Punjabi dan Thai yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model dan pernah menyertai Dewi Remaja 2005/2006. Kerjaya lakonan beliau bermula menerusi drama bersiri siaran Astro Ria, Cinta dan Keadilan. Penampilan pertama beliau dalam bidang perfileman adalah menerusi filem Otai arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007. Beliau kemudiannya membintangi siri drama televisyen Sutera Maya yang disiarkan di TV3 memegang watak Maya Sofea.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Heykal Hanifah.[1] Beliau telah selamat melahirkan anak pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada 6 Februari 2013. [2]. Beliau kembali berlakon selepas melahirkan anaknya. [3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan Pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2011 | Festival Filem Malaysia ke-24 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Cun! | Menang |
| Anugerah Skrin 2011 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem | Tercalon | ||
| 2013 | Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tanda Putera | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Cinta kilat Faezah Elai.[pautan mati kekal]
- ^ "Pelakon, Faezah Elai selamat lahir anak sulung © Utusan Melayu (M) Bhd". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-15. Dicapai pada 2015-05-04.
- ^ "Faezah Elai kembali aktif". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-15. Dicapai pada 2015-05-04.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1982
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Siam
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang Malaysia berketurunan Punjabi
- Muslim Malaysia
- Orang dari Pulau Pinang
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Peragawati Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Peserta Dewi Remaja