Itrium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ytrium)
Jump to navigation Jump to search
Yttrium,  39Y
Yttrium sublimed dendritic and 1cm3 cube.jpg
Ciri-ciri umum
Rupaputih kelabu
Yttrium dalam jadual berkala
Hidrogen (bukan logam diatom)
Helium (gas adi)
Litium (logam alkali)
Berilium (logam alkali bumi)
Boron (metaloid)
Karbon (bukan logam poliatom)
Nitrogen (bukan logam diatom)
Oksigen (bukan logam diatom)
Fluorin (bukan logam diatom)
Neon (gas adi)
Natrium (logam alkali)
Magnesium (logam alkali bumi)
Aluminium (logam pascaperalihan)
Silikon (metaloid)
Fosforus (bukan logam poliatom)
Sulfur (bukan logam poliatom)
Klorin (bukan logam diatom)
Argon (gas adi)
Kalium (logam alkali)
Kalsium (logam alkali bumi)
Skandium (logam peralihan)
Titanium (logam peralihan)
Vanadium (logam peralihan)
Kromium (logam peralihan)
Mangan (logam peralihan)
Besi (logam peralihan)
Kobalt (logam peralihan)
Nikel (logam peralihan)
Kuprum (logam peralihan)
Zink (logam peralihan)
Galium (logam pascaperalihan)
Germanium (metaloid)
Arsenik (metaloid)
Selenium (bukan logam poliatom)
Bromin (bukan logam diatom)
Kripton (gas adi)
Rubidium (logam alkali)
Strontium (logam alkali bumi)
Ytrium (logam peralihan)
Zirkonium (logam peralihan)
Niobium (logam peralihan)
Molibdenum (logam peralihan)
Teknetium (logam peralihan)
Rutenium (logam peralihan)
Rodium (logam peralihan)
Paladium (logam peralihan)
Perak (logam peralihan)
Kadmium (logam peralihan)
Indium (logam pascaperalihan)
Timah (logam pascaperalihan)
Antimoni (metaloid)
Telurium (metaloid)
Iodin (bukan logam diatom)
Xenon (gas adi)
Sesium (logam alkali)
Barium (logam alkali bumi)
Lantanum (lantanid)
Serium (lantanid)
Praseodimium (lantanid)
Neodimium (lantanid)
Prometium (lantanid)
Samarium (lantanid)
Europium (lantanid)
Gadolinium (lantanid)
Terbium (lantanid)
Disprosium (lantanid)
Holmium (lantanid)
Erbium (lantanid)
Tulium (lantanid)
Yterbium (lantanid)
Lutetium (lantanid)
Hafnium (logam peralihan)
Tantalum (logam peralihan)
Tungsten (logam peralihan)
Renium (logam peralihan)
Osmium (logam peralihan)
Iridium (logam peralihan)
Platinum (logam peralihan)
Emas (logam peralihan)
Merkuri (logam peralihan)
Talium (logam pascaperalihan)
Plumbum (logam pascaperalihan)
Bismut (logam pascaperalihan)
Polonium (logam pascaperalihan)
Astatin (metaloid)
Radon (gas adi)
Fransium (logam alkali)
Radium (logam alkali bumi)
Aktinium (aktinid)
Torium (aktinid)
Protaktinium (aktinid)
Uranium (aktinid)
Neptunium (aktinid)
Plutonium (aktinid)
Amerisium (aktinid)
Kurium (aktinid)
Berkelium (aktinid)
Kalifornium (aktinid)
Einsteinium (aktinid)
Fermium (aktinid)
Mendelevium (aktinid)
Nobelium (aktinid)
Lawrencium (aktinid)
Rutherfordium (logam peralihan)
Dubnium (logam peralihan)
Seaborgium (logam peralihan)
Bohrium (logam peralihan)
Hasium (logam peralihan)
Meitnerium (ciri kimia tidak diketahui)
Darmstadtium (ciri kimia tidak diketahui)
Roentgenium (ciri kimia tidak diketahui)
Kopernisium (logam peralihan)
Nihonium (ciri kimia tidak diketahui)
Flerovium (ciri kimia tidak diketahui)
Moscovium (ciri kimia tidak diketahui)
Livermorium (ciri kimia tidak diketahui)
Tennessin (ciri kimia tidak diketahui)
Oganesson (ciri kimia tidak diketahui)
Sc

Y

Lu
strontiumyttriumzirkonium
Nombor atom (Z)39
Kumpulan, kalakumpulan 3, kala 5
BlokBlok d
Konfigurasi elektron{{{electron configuration}}}
Bil. elektron per petala/cengkerang
2, 8, 18, 9, 2
Ciri-ciri fizikal
Takat lebur1799 K ​(1526 °C, ​2779 °F)
Takat didih3203 K ​(2930 °C, ​5306 °F)
Ketumpatan suhu bilik hampir4.472 g/cm3
apabila cecair, pada t.l.4.24 g/cm3
Haba pelakuran11.42 kJ/mol
Haba pengewapan363 kJ/mol
Muatan haba molar26.53 J/(mol·K)
Tekanan wap
T (Pa) 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada S (K) 1883 2075 (2320) (2627) (3036) (3607)
Ciri-ciri atom
KeelektronegatifanSkala Pauling: 1.22
Tenaga pengionanpertama: 600 kJ/mol
ke-2: 1180 kJ/mol
ke-3: 1980 kJ/mol
Jejari atomempirik: 180 pm
Jejari kovalen190±7 pm
Rampaian
Struktur hablurheksagon disusun rapat (hcp)
Struktur hablur hexagonal close packed bagi yttrium
Kelajuan bunyi rod nipis3300 m/s (pada 20 °C)
Pekali pengembangan termaα, poly: 10.6 µm/(m·K) (at r.t.)
Daya pengaliran terma17.2 W/(m·K)
Kerintangan elektrikα, poly: 596 nΩ·m (at r.t.)
Sifat kemagnetanparamagnetic[1]
Kerentanan magnet (χmol)+2.15×10−6 cm3/mol (2928 K)[2]
Modulus Young63.5 GPa
Modulus ricih25.6 GPa
Modulus pukal41.2 GPa
Nisbah Poisson0.243
Kekerasan Brinell200–589 MPa
Nombor CAS7440-65-5
Sejarah
Penamaanafter Ytterby (Sweden) dan mineralnya ytterbite (gadolinite)
PenemuanJohan Gadolin (1794)
Pengasiangan pertamaFriedrich Wöhler (1838)
Isotop utama bagi yttrium
Iso­top Kelim­pahan Separuh hayat Mod reputan Pro­duk
87Y syn 3.4 d ε 87Sr
γ 0.48, 0.38D
88Y syn 106.6 d ε 88Sr
γ 1.83, 0.89
89Y 100% adalah stabil dengan 50 neutron
90Y syn 2.7 d β 2.28 90Zr
γ 2.18
91Y syn 58.5 d β 1.54 91Zr
γ 1.20
| rujukan | dalam Wikidata



Itrium (disebut /ˈɪtriəm/) merupakan unsur kimia dengan simbol Y dan nombor atom 39. Y ialah logam peralihan keperakan yang berkilat menyerupai lantanoid secara kimia dan pernah dikelaskan sebagai unsur nadir bumi menurut sejarah.[3] Itrium boleh dikatakan sering kali ditemui tergabung dengan lantanoid dalam galian nadir bumi dan belum pernah dijumpai di mana-mana sebagai unsur bebas. Isotop stabil tunggalnya, 89Y juga merupakan isotop yang terjadi secara semula jadi.

Pada tahun 1787, Carl Axel Arrhenius menemui galian baharu berdekatan Ytterby di Sweden dan menamakannya sebagai "ytterbite" sempena nama desanya. Johan Gadolin menjumpai oksida itrium di dalam sampel Arrhenius pada tahun 1789[4] dan Anders Gustaf Ekeberg menamakan oksida baharunya, "yttria". Unsur itrium diasingkan pertama kalinya pada tahun 1828 oleh Friedrich Wöhler.[5]

Kegunaan utamanya ialah membuat fosfor seperti warna merah yang digunakan dalam paparan tiub sinar katod televisyen dan LED.[6] Kegunaan lain termasuklah penghasilan elektrod, elektrolit, penapis elektron, laser dan superpengalir. Selain itu, ia turut digunakan dalam berbagai-bagai penggunaan perubatan dan sebagai surih dalam pelbagai bahan bagi mempertingkat sifatnya. Itrium tidak memiliki peranan biologi yang diketahui tetapi pendedahan kepada sebatian itrium boleh menyebabkan penyakit pernafasan pada manusia.[7]

Sifat[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Itrium merupakan logam peralihan yang lembut, perak logam, berkilat dan teramat jernih dalam kumpulan 3. Sebagaimana yang dikehendaki oleh arah aliran berkala, unsur ini kurang elektronegatif daripada pendahulunya dalam kumpulannya, skandium, lebih elektronegatif daripada penggantinya dalam kumpulannya, lantanum dan kurang elektronegatif daripada ahli seterusnya pada kala 5, zirkonium.[8][9] Itrium merupakan unsur blok-d pertama pada kala kelima.

Unsur tulennya agak stabil di dalam udara dalam bentuk yang besar kerana kepasifan yang membentuk saput oksida pelindung (Y2O3) pada permukaannya. Saput ini boleh mencapai ketebalan 10 µm apabila yttrium dipanaskan sehingga 750 °C dalam wap air.[10] Namun begitu, itrium sangat tidak stabil di dalam udara apabila ia dilumat halus; menggesel atau melarik logam boleh menyebabkan ia menyala dalam udara pada suhu melebihi 400 °C.[5] Itrium nitrida (YN) terbentuk apabila logamnya telah dipanaskan sehingga 1,000 °C di dalam nitrogen.[10]

Persamaan dengan lantanoid[sunting | sunting sumber]

Persamaan itrium dengan lantanoid adalah begitu kukuh bahawa unsur ini telah dikumpulkan dengannya sebagai unsur nadir bumi menurut sejarah[3] dan sering dijumpai di mana-mana bersama-sama dengannya dalam galian nadir bumi.[11]

Secara kimianya, keserupaan itrium dalam unsur berkenaan adalah lebih rapat daripada jirannya dalam jadual berkala, skandium[12] dan sekiranya ciri-ciri fizikalnya diplotkan pada nombor atom, maka ia akan mempunyai nombor ketara 64.5 hingga 67.5, meletakkannya di antara lantanoid gadolinium dan erbium.[13]

Ia sering juga jatuh pada julat yang sama bagi tertib tindak balas,[10] laksana terbium dan disprosium pada kereaktifan kimianya.[6] Itrium amat hampir saiznya dengan ion lantanoid berat di dalam larutan, ia berkelakuan seolah-olah ia adalah salah satu daripadanya.[10][14] Walaupun lantanoid adalah satu barisan lebih jauh ke bawah jadual berkala daripada itrium , persamaan dalam jejari atom mungkin dianggap berpunca daripada pengecutan lantanid.[15]

Salah satu perbezaan ketara antara itrium dan lantanoid adalah itrium hampir trivalen secara eksklusif manakala kira-kira separuh lantanoid mempunyai valens selain daripada tiga.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lide, D. R., penyunting (2005). "Magnetic susceptibility of the elements and inorganic compounds". CRC Handbook of Chemistry and Physics (PDF) (ed. 86th). Boca Raton (FL): CRC Press. ISBN 0-8493-0486-5.
  2. ^ Weast, Robert (1984). CRC, Handbook of Chemistry and Physics. Boca Raton, Florida: Chemical Rubber Company Publishing. m/s. E110. ISBN 0-8493-0464-4.
  3. ^ a b IUPAC 2005
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Krogt tidak disediakan
  5. ^ a b Husted 2003, "yttrium"
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cotton tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan osha tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Greenwood1997p946 tidak disediakan
  9. ^ Hammond
  10. ^ a b c d e Daane 1968, p. 817
  11. ^ Emsley 2001, p. 498
  12. ^ Daane 1968, p. 810
  13. ^ Daane 1968, p. 815
  14. ^ Greenwood 1997, halaman 945
  15. ^ Greenwood 1997, halaman 1234

Pautan luar[sunting | sunting sumber]