Nur Fathia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fathia Latiff)
Jump to navigation Jump to search
Nur Fathia
KelahiranNur Fathia Binti Abdul Latiff
(1987-09-01) 1 September 1987 (umur 32)
Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainFathia, Fathia Latiff
PendidikanUndang-undang
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Shah Alam
PekerjaanPelakon, Penyanyi, model,
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian1.70 m (5 ka 6+78 in)
Berat53 kg (117 lb; 8.3 st)
Ibu bapaAbdul Latiff Tahir
Badriyah Hassan
SaudaraFanna (adik)
Fasiha (adik)
Ilham (adik)

Nur Fathia Binti Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1]

Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nur Fathia dilahirkan pada hari Selasa, 1 September 1987 Masihi bersamaan 7 Muharram 1408 Hijrah di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binte Hassan. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fathia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.

Beliau berlakon dalam filem seram Al-Hijab arahan Pierre Andre terbitan Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael lakonan Pierre. Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011.[3] Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee. Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011.

Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fida Ibrahim (sepupu Dato' Sri Siti Nurhaliza).

Antara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra.

Beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.[4][5]

Filem lakonannya, Darah Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza, pelakon utamanya dalam drama bersiri Diandra. Namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.[7][8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Al-Hijab Qiss Pierre Andre Filem pertama
Nasi Lemak 2.0 Isteri kedua nelayan Namewee
2015 Darah Panas Syahana Arjin Uppal

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009
Nur Kasih Nabila TV3
Di Bawah Ketiak Isteri Astro Prima
Bila Musang Berjanggut Cempaka TV9
Dea Sofea TV2
2010 Dunia Batinku Siti Zaharah (dewasa) TV3
Hani Ummu Hani
Laila Asyikin Laila Asyikin
2011 Stanza Cinta Amni Sorfina
2012 Mahabbah Sabila
Seruling Cintamu Bulan
2013 Ms. Cinta Zetty TV9
Dalam Setiap Sujud Jannah
Nur Sarah Nur Sarah TV3
Diandra Diandra
2014 Ariana Rose Ariana Rose/Rose Jusoh TV3
2015 Bencinta Nabila TV3
Dia... Isteri Luar Biasa Dewi Yusra
Plan Cinta Tak Jadi Melina Astro Ria
2016 Rumi & Jawi Jawi Astro Prima
Diaspora Cinta Irma TV1
2017 Menanti Februari Fiza TV3
Coklat Hamra TV1
2018 Karisma Karisma TV Okey

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Bertaut Kasih Yasmin TV3
Tongkah Arus Dosa Fatiah TV9
2012 Hotel Hasanah Aisyah TV AlHijrah
2013 Rentas Samudera Lt. Fara TV2
Cinta Halal Ismi Hazariah TV3
Bunga-Bunga Jodoh TV9
Tercipta Untukku Riana TV9
2014 Jangan Kafankan Dia Miss Hanum Astro Prima
Oren dan Ceri Amelia TV2
2015 Aku Tunggu Kau Ni[9] Fina Astro Ria
Neraka Dunia Amelia TV3
2016 Pangkalan Batu 6 Mimie Astro Citra
Hati-Hati Yang Bercinta Hajar TV2
2017 Azam Yang Terlampau
Hisyam dan 3 Hantutiyers Astro Citra
2018 Matilahnak Maya Karen/Pontianak
2019 Kipas Belum Mati Mia

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk OST
2015 "Tak Pernah" (Duet bersama Shukri Yahaya) Dia... Isteri Luar Biasa

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Pelakon Wanita Pilihan (Diandra) Dicalonkan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29 Pelakon Filem Wanita Popular (Darah Panas) Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Sensasi Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syahirah Mokhtazar (26 Disember 2017). "(Showbiz) No more acting offers for actress Fathia Latif?". New Straits Times. Dicapai 1 Januari 2018. 
  2. ^ Syahirah Mokhtazar (20 Februari 2018). "(Showbiz) Nur Fathia lands an acting job after series of controversies". New Straits Times. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  3. ^ Nur Fathia | Award Winning Films Review The Best Films.Net 20 September 2011
  4. ^ "Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton". Sinar Harian. 18 Februari 2014. Dicapai 25 April 2017. 
  5. ^ Budiey (19 Disember 2013). "Drama Bersiri Ariana Rose di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai 25 April 2017. 
  6. ^ "Darah Panas Papar Fathia Tanpa Seurat Benang?". Malaysian Digest. 22 Mei 2015. Dicapai 6 Julai 2017. 
  7. ^ Farhana Ab Rahman (20 Disember 2015). "Percintaan Fathia, Aiman terlerai". Berita Harian. Dicapai 21 Disember 2015. 
  8. ^ "Okey, putus sudah!". Utusan Malaysia. 25 Disember 2015. Dicapai 25 Disember 2015. 
  9. ^ 5 Rahsia Kulit Cantik Badan Langsing Fatiya Latiff

Pautan luar[sunting | sunting sumber]