Wawa Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wawa Zainal
WawaZainal.JPG
Wawa Zainal pada tahun 2013 (gambar ini dirakamkan sebelum beliau bertudung)
Kelahiran Nur Hawa binti Zainal Abidin
(1991-03-12) 12 Mac 1991 (umur 27)
Lahad Datu, Sabah, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Model, pelakon
Tahun aktif 2008 - kini
Ejen MIG Talents (2010 - 2015)
Terkenal kerana Ana lu'lu
Pasangan Aeril Zafrel

Wawa Zainal (dilahirkan sebagai Nur Hawa binti Zainal Abidin; 12 Mac 1991) merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Suhairil Sunari ataupun lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sepupu Wawa iaitu Faris Hadzir adalah seorang bekas gitaris kumpulan Bunkface[2] Beliau menyerlahkan bakatnya dalam dunia peragaan sejak berusia 12 tahun. Beliau telah pertama kali berlakon dalam drama bersiri Ana Lulu[3] Selain itu, beliau juga merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Wawa telah berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel secara rahsia dan dikurniakan seorang anak lelaki. Wawa Zainal dan Aeril akan melangsungkan persandingan di Dewan Sri kenangan MPSP Sungai Petani, Kedah pada 31/1/2015.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2012 Hantu Dalam Botol Kicap Puteri Metrowealth
3 Temujanji Adira Metrowealth
Aji Noh Motor Sutera Metrowealth Movies Production
Seram Sejuk Rose Metrowealth Movies Production
Budak Pailang She Metrowealth
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Nora Metrowealth Movies Production
99 Kali Rindu Qalbie Metrowealth Movies Production
Longkai Suraya Metrowealth Movies Production
Kisah Paling Gangster Rina B&L

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2011 Ana Lu’lu Bunga Metrowealth
2011 Klik Amanda Astro
2012 Cinta Vlog Madiha
2013 Cinta Qaseh Qaseh
2016 Duda Terlajak Laris Anis Nabihah Primeworks Studios
2016 Patahnya Sebelah Sayap Tania (Penampilan Istimewa) TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri/tetamu jemputan TV1

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Artis Baru Wanita Popular Wawa Zainal Menang
2013 Anugerah MeleTOP Era Couple MeleTOP (bersama Aeril Zafrel) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Gandingan Serasi Di Layar (bersama Aeril Zafrel) Dicalonkan
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Dicalonkan
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Aeril Zafrel) Dicalonkan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Drama Wanita Pilihan Cerita Cinta Kita Dicalonkan
Hero-Heroin Pilihan (bersama Aeril Zafrel) Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Tipu Kahwin mStar Online. 12 Oktober 2013.
  2. ^ "Wawa Zainal Bosan Watak Gedik". Remaja. Karangkraf. 2012. Dicapai 2 Januari 2013. 
  3. ^ Azuan Shaari. "Gambar Wawa Zainal Yang Seksi". Dicapai 2 Januari 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]