Anjing Weimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Weimaraner)
Anjing Weimar
Betina berbulu pendek, berusia dua tahun
Nama lainWeimaraner
Anjing penuding Weimar
Nama ringkasRaner
Weim
"Grey Ghost"
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)[1][2]
Betina 25–35 kg (55–77 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 59–70 cm (23–28 in)[1][2]
Betina 57–65 cm (22–26 in)[1][2]
Jangka hayat 11–14 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Weimar, weimaraner,[a] atau anjing penuding Weimar[b] ialah satu baka anjing pemburu bersaiz sederhana hingga besar dengan sejarah yang sekurang-kurangnya seawal abad kesembilan belas.[4]

Ia berasal dari kawasan bandar raya Weimar (pada masa itu di Saxe-Weimar-Eisenach, kini di negeri Thüringen), yang sempenanya ia dinamai.[5] Ia diiktiraf sebagai baka pada tahun 1891. Ia merupakan gundog serba guna yang bercirikan kelajuan dan staminanya, hidung dan mata bagusnya, dan keberanian dan kecerdasannya;[6] ia tidak dianggap sesuai untuk pembelaan sebagai anjing teman.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Banyak teori tentang asal usul anjing Weimar telah dikemukan, tetapi terdapat sedikit fakta bersejarah berdokumen; anjing kelabu perak ditunjukkan dalam lukisan oleh Antoon van Dyck pada abad ketujuh belas dan oleh Jean-Baptiste Oudry pada abad kelapan belas.[7]:543[5] Baka ini dipercayai telah berasal dari kawasan bandar raya Weimar (pada masa itu di Saxe-Weimar-Eisenach, kini di negeri Thüringen) – bandar raya yang sempenanya namanya diterbitkan.[7]:543[5] Anjing ini kadang-kadang didakwa dibela di pekarangan istana Karl August, Großherzog Saxe-Weimar-Eisenach, pada awal abad kesembilan belas.[1][2]

Mulai tahun 1879, anjing ini dianggap sebagai varian biru bagi anjing penuding berbulu pendek Jerman dan layak untuk pendaftaran dalam buku pembaka Kurzhaar Klub.[7]:545 Ia pertama kali muncul dalam pertunjukan anjing pada tahun 1880, apabila empat belas contoh dipersembahkan di Berlin. Contoh-contoh ini tergolong dalam tiga jenis berlainan, daripada tiga buah kenel berlainan: Thüringer Hund ("anjing Thüringen") yang tradisional; Weißenfelser Hund ("anjing Weißenfels"), yang agak lebih anggun; dan Sanderslebener ("[anjing] Sandersleben"), yang merupakan perantaraan antara kedua-duanya.[7]:545 Anjing Weimar diiktiraf sebagai baka tersendiri pada tahun 1891.[5] Piawaian baka dirangka pada tahun 1896 dan, pada tahun 1897, sebuah persatuan baka diasaskan di Erfurt dengan nama Verein zur Reinzucht des silbergrauen Weimaraner-Vorstehhund ("Persatuan untuk Pembiakbakaan Tulen Anjing Penuding Weimar Kelabu Perak"); ini tidak lama kemudian diubah kepada Verein zur Züchtung des Weimaraner Vorstehhundes ("Persatuan untuk Pembiakbakaan Anjing Penuding Weimar").[7]:545[8]

Pada tahun-tahun awal abad kedua puluh – tempoh Perang Besar – anjing Weimar menghampiri kepupusan; ia dibentuk semula daripada segelintir contoh tersisa daripada baka ini.[7]:545[9]:237

Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[10]

Dalam lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, bilangan pendaftaran baharu tahunan di Jerman berpurata pada sekitar 485, dengan angka terendah sebanyak 390 dan angka tertinggi sebanyak 607.[11]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Betina berbulu panjang

Mata anjing Weimar mungkin berwarna ambar muda, kelabu, atau kelabu biru, dan telinganya panjang dan mirip baldu.[perlu rujukan]

Pada November 2009 dan pada 1 Januari 2010, United Kennel Club (UKC) menggugurkan penyingkiran kelayakan daripada anjing Weimar biru and berbulu panjang. Lapis bulu hitam kekal sebagai syarat penyingkiran automatik, walaupun tanda putih kecil di bahagian dada sahaja diizinkan. Anjing dengan lapis bulu biru disingkirkan daripada pertandingan pengakuran/pertunjukan,[12] tetapi diiktiraf sebagai weimaraner baka tulen oleh AKC.

Keragaman berbulu panjang diiktiraf oleh kebanyakan kelab kenel di seluruh dunia kecuali American Kennel Club. Anjing Weimar berbulu panjang mempunyai lapis bulu sutera dengan ekor berjumbai tidak terpotong.[perlu rujukan]

Menurut piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa, anjing Weimar jantan berdiri setinggi 59–70 cm (23–28 in) pada paras kelasa. Betina adalah setinggi 57–65 cm (22–26 in). Jantan biasanya berukuran seberat kira-kira 30–40 kg (66–88 lb). Betina pula pada umumnya 25–35 kg (55–77 lb).[1][2] Anjing Weimar patut memberikan penampilan anjing berotot dan atletik.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Menurut Orthopedic Foundation for Animals, anjing Weimar mengalami kadar rendah bagi displasia. Baka ini ditempatkan di kedudukan ke-102 daripada sejumlah 153 baka dan mempunyai kadar ujian sangat tinggi dan peratusan sangat tinggi bagi penarafan cemerlang dalam kalangan anjing yang diuji.[13]

Isu kesihatan lain termasuk:

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ وايمر;وايمارانر; Jerman: Weimaraner; /ˈvmərɑːnər/
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ وايمر; Jerman: Weimaraner Vorstehhund

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard Nr.99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  2. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ O’Neill, D.G.; Church, D.B.; McGreevy, P.D.; Thomson, P.C.; Brodbelt, D.C. (2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. PMID 24206631. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Disember 2019. "n=26, median=12.6, IQR=11.1–13.5"
  4. ^ "Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  5. ^ a b c d e Die Rasse des Monats: Weimaraner (Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 5 Ogos 2020.
  6. ^ "Weimaraner | Gundog breeds | Gundog Journal". gundog-journal.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
  7. ^ a b c d e f Hans Räber (1995). Enzyklopädie der Rassenhunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung (jilid 2) (Jerman). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440067529.
  8. ^ Verein (Jerman). Weimaraner Klub e.V. Diarkibkan pada 25 Oktober 2023.
  9. ^ Gabriele Lehari (2013 [2009]). 400 Hunderassen von A - Z (edisi ketiga) (Jerman). Stuttgart (Hohenheim), Jerman: Eugen Ulmer KG. ISBN 9783800178827.
  10. ^ FCI breeds nomenclature: Weimaraner (99) (Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 4 Mei 2024.
  11. ^ Welpenstatistik (Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 21 Februari 2024.
  12. ^ Weimaraner Page (Inggeris)
  13. ^ "Weimaraner" (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals.
  14. ^ a b c d e "Weimaraners" (dalam bahasa Inggeris). Canine Inherited Disorders Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2007.
  15. ^ Fitzpatrick, Noel; Smith, Thomas J.; Evans, Richard B.; Yeadon, Russell (Februari 2009). "Radiographic and Arthroscopic Findings in the Elbow Joints of 263 Dogs with Medial Coronoid Disease". Veterinary Surgery (dalam bahasa Inggeris). 38 (2): 213–223. doi:10.1111/j.1532-950X.2008.00489.x. PMID 19236680.
  16. ^ a b c d e "List of common problems afflicting Weimaraners" (dalam bahasa Inggeris). Weimaraner Club of America.