Pergi ke kandungan

Yoshihide Suga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Yang Terutama
Yoshihide Suga
菅 義偉
Potret rasmi, 2020
Dalam jawatan
16 September 2020 – 4 Oktober 2021
RajaNaruhito
TimbalanTaro Aso
Didahului olehShinzo Abe
Digantikan olehFumio Kishida
Presiden Parti Demokratik Liberal
Dalam jawatan
14 September 2020 – 29 September 2021
Setiausaha AgunfToshihiro Nikai
Didahului olehShinzo Abe
Digantikan olehFumio Kishida
Dalam jawatan
26 Disember 2012 – 16 September 2020
Perdana MenteriShinzo Abe
Didahului olehOsamu Fujimura
Digantikan olehKatsunobu Katō
Dalam jawatan
26 September 2006 – 27 Ogos 2007
Perdana MenteriShinzō Abe
Didahului olehHeizō Takenaka
Digantikan olehHiroya Masuda
Ahli Dewan Perwakilan
Menyandang jawatan
20 Oktober 1996
Kawasan pilihan rayaDaerah Kanagawa ke-2
Maklumat peribadi
Lahir (1948-12-06) 6 Disember 1948 (umur 75)
Yuzawa, Akita, Jepun
Parti politikDemokratik Liberal
Tempat belajarUniversiti Hosei
Laman webTapak web rasmi

Yoshihide Suga (Bahasa Jepun: 菅 義偉, Suga Yoshihide, lahir 6 Disember 1948) ialah seorang ahli politik Jepun merupakan pengganti Shinzō Abe sebagai Perdana Menteri Jepun, pada 16 September 2020 hingga perletakan jawatannya pada 4 Oktober 2021. Beliau juga mempunyai tempoh terpanjang dalam sejarah Jepun sebagai Ketua Setiausaha Kabinet, berkhidmat dari Disember 2012 hingga September 2020.[1] Beliau telah mewakili daerah Kanagawa ke-2 sejak 1996, dan sebelumnya menjabat sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi untuk kabinet Shinzō Abe dari September 2006 hingga Ogos 2007. Beliau juga adalah ahli Parti Demokratik Liberal (LDP).

Beliau memenangi undian kepimpinanan parti LDP berikutan peletakkan jawatan Shinzo Abe pada September 2020 yang melayakkan beliau menggambil alih jawatan Abe pertama kali sejak bermulanya Zaman Reiwa[2][3] - beliau sendiri bertanggungjawab mengumumkan permulaan zaman tersebut semasa pemerintahan Abe.

Beliau telah digantikan oleh Fumio Kishida sebagai Perdana Menteri pada 4 Oktober 2021 setelah perletakan jawatannya dan pengunduran diri dari pertandingan kepimpinan partinya.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Suga dilahirkan dari keluarga petani strawberi di Ogachi (sekarang Yuzawa), sebuah kawasan pedesaan di Wilayah Akita, dan berpindah ke Tokyo setelah lulus dari Sekolah Tinggi Yuzawa.

Beliau bersekolah malam untuk memperoleh LL.B. dari Universiti Hosei pada 1973[4][5] yang baginya pilihan termurah yang tersedia ketika itu, sambil itu beliau bekerja di kilang kadbod untuk membiayai kos bulanan universiti.[6]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan pengajian di universiti, Suga bekerja pada kempen pilihan raya Dewan Kaunselor, dan selepas itu bekerja sebagai setiausaha kepada Ahli Diet LDP Hikosaburo Okonogi selama 11 tahun. Suga mengundurkan diri dari jawatan ini pada Oktober 1986 untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang politik.[7] Beliau terpilih ke Majlis Bandaraya Yokohama pada bulan April 1987, berkempen dari pintu ke pintu dengan berjalan kaki dan memakai enam pasang kasut.[8] Beliau mempelopori praktik memberi pidato kempen di hadapan stesen kereta api yang sibuk, yang kini biasa dilakukan di kalangan calon politik Jepun.[9]

bersama Ichita Yamamoto dan Satsuki Katayama (19 September 2006)

Suga terpilih untuk Diet Jepun pada pilihan raya 1996, mewakili daerah Kanagawa ke-2. Pada tahun ketiganya dalam Diet, dia mengalihkan sokongannya dari Perdana Menteri Keizo Obuchi kepada mantan Setiausaha Jeneral LDP Seiroku Kajiyama, suatu langkah yang tidak biasa bagi seorang ahli perundangan muda.[10][9] Beliau terpilih kembali pada pilihan raya 2000, pilihan raya 2003, dan pilihan raya 2005.

Gaya berkempen "sudut jalan" miliknya dikreditkan sebagai faktor berjayanya kerusi beliau dipertahankan pada pilihan raya 2009, ketika ramai ahli parlimen LDP yang lain kehilangan tempat duduknya di tengah lonjakan sokongan terhadap Parti Demokratik Jepun.[8]

Sebagai Ketua Setiausaha Kabinet

[sunting | sunting sumber]
Suga (kanan) berjabat tangan dengan Wakil Perdagangan A.S Michael Froman pada 2013

Suga mengekalkan hubungan rapat dengan Shinzo Abe sebagai antara pegawai dipercayainya pada akhir 2000-an dan awal tahun 2010, malah beliau menggunakan pengarunya mendesak Abe mencalonkan dirinya sebagai presiden LDP pada 2012.[4] Tidak seperti sekutu Abe yang lain, Suga mendorong Abe untuk memfokuskan perhatian kepada ekonomi dan bukannya cita-cita Abe yang lama untuk menyemak semula Perkara 9 Perlembagaan Jepun, yang melarang Jepun memiliki tentera.[10]

Beliau bertanggungjawab dalam jawatannya membuat pengumuman nama "Reiwa" yang menjadi nama zaman pemerintahan baharu Jepun dengan naiknya Maharaja Naruhito pada 1 April 2019, penampilannya menarik perhatian orang ramai sehingga beliau sendiri mendapat jolokan Reiwa-ojisan (「令和おじさん」, "Pak cik Reiwa").[11]

Suga bertugas sebagai wakil utama Abe semasa menangani pandemik COVID-19 pada 2020. Beliau mengkritik struktur birokrasi Jepun, dengan perpecahan mendalam antara kementerian, sebagai batu halangan kepada penyelarasan untuk menghentikan penyebaran virus.[12]

Suga adalah Ketua Setiausaha Kabinet yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun; Ketua Setiausaha Kabinet yang paling lama berkhidmat kedua, Yasuo Fukuda, berkhidmat selama 1,289 hari, kurang dari separuh sepanjang perkhidmatan Suga.[1]

Persaingan kepimpinan LDP 2020

[sunting | sunting sumber]

Berikutan pengumuman peletakan jawatan Shinzo Abe pada Ogos 2020, Suga muncul sebagai pesaing utama untuk menggantikannya, dengan sokongan kedua Abe sendiri, Timbalan Perdana Menteri Taro Aso, Setiausaha Agung LDP Toshihiro Nikai, dan dua faksi terbesar dalam LDP.[13] Pesaing Suga dalam persaingan kepemimpinan LDP termasuk saingan lama Abe Shigeru Ishiba, ketua dasar LDP Fumio Kishida (yang sebelumnya menjadi calon pilihan Abe dan Aso), dan menteri kabinet Toshimitsu Motegi serta Taro Kono.[14][15]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Suga sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki.[16] Isterinya, Mariko, adalah saudara perempuan rakan sekerjanya di pejabat Hikosaburo Okonogi.[17]

Suga mempunyai rutin kecergasan harian termasuk melakukan 100 situps dan 40 minit berjalan kaki setiap pagi, dan 100 situp setiap malam. Dia memulakan rutin ini setelah seorang doktor menasihatinya untuk menurunkan berat badan, dan menurunkan 14 kg dalam empat bulan.[9]

  1. ^ a b "The Key Government Post of Chief Cabinet Secretary" [Jawatan Kerajaan Utama Ketua Setiausaha Kabinet]. nippon.com (dalam bahasa Inggeris). 27 Mei 2019. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  2. ^ Sieg, Linda (29 Ogos 2020). "In race to replace Japan's Abe, loyalist Suga emerges as strong contender". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  3. ^ "Yoshihide Suga set to become Japan's prime minister after winning LDP election". The Japan Times. 14 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
  4. ^ a b Hashimoto, Goro (3 Julai 2019). "Suga Yoshihide: Japan's Next Prime Minister?" [Suga Yoshihide: Perdana Menteri Jepun yang seterusnya?]. nippon.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  5. ^ Ryall, Julian (5 Mei 2019). "Who will lead Japan after Abe? Washington visit offers new clues" [Siapa yang akan memimpin Jepun selepas Abe? Lawatan Washington menawarkan petunjuk baru]. South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  6. ^ Shigeta, Shunsuke (12 Mei 2019). "How Abe's deputy Suga grew to power broker and possible successor" [Bagaimana wakil Abe Suga berkembang menjadi broker kuasa dan bakal pengganti]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  7. ^ "プロフィール 菅義偉を語る人々" [Profil mengenai Yoshihide Suga]. 内閣官房長官・衆議院議員 菅(すが)義偉 ホームページ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  8. ^ a b "The Cabinet: Yoshihide SUGA". Perdana Menteri Jepun dan Kabinet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  9. ^ a b c Marutani, Hiroshi (27 Januari 2019). "Who is Chief Cabinet Secretary Yoshihide Suga?" [Siapa Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga?]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 September 2020.
  10. ^ a b Marutani, Hiroshi (2018-09-12). "How Abe's right-hand man has shaped policy in Japan" [Bagaimana orang kanan Abe telah membentuk dasar di Jepun]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  11. ^ "知名度上昇の「令和おじさん」、期待は一時的と自己分析-菅官房長官" (dalam bahasa Jepun). ブルームバーグ. 14 Jun 2019. Dicapai pada 14 April 2020.
  12. ^ Shigeta, Shunsuke (24 April 2020). "Abe's right-hand man wants a Japan less reliant on China" [Orang kanan Abe mahukan Jepun yang kurang bergantung kepada China]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  13. ^ Kuronuma, Susumu (1 September 2020). "Abe's silent nod opened floodgates of support for longtime aide" [Persetujuan diam Abe membuka pintu sokongan untuk pembantu lama]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 September 2020.
  14. ^ "Japan succession race kicks off, starring Abe's deputies and rival" [Persaingan penggantian Jepun bermula, dibintangi oleh timbalan dan seteru Abe]. Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-29. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  15. ^ Sieg, Linda (29 Ogos 2020). "In race to replace Japan's Abe, loyalist Suga emerges as strong contender" [Dalam persaingan untuk menggantikan Abe Jepun, Suga yang setia muncul sebagai pesaing kuat]. Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  16. ^ "プロフィール" [Profil]. 内閣官房長官・衆議院議員 菅(すが)義偉 ホームページ (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 28 Ogos 2020.
  17. ^ "菅官房長官 ひと目ぼれで結婚…令和おじさんの意外すぎる半生 | 女性自身" [Ketua Setiausaha Kabinet Perkahwinan pada pandangan pertama... Separuh hayat Pak Cik Reiwa yang tidak dijangka | Wanita sendiri]. WEB女性自身 (dalam bahasa Jepun). 2019-04-11. Dicapai pada 28 Ogos 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Kerusi dewan
Gelaran baharu
Kawasan baharu
Wakil untuk Daerah Kanagawa ke-2
1996–kini
Penyandang
Jawatan politik
Didahului oleh
Osamu Fujimura
Ketua Setiausaha Kabinet
2012–2020
Diikuti oleh:
Katsunobu Katō
Didahului oleh
Heizō Takenaka
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi
2006–2007
Diikuti oleh:
Hiroya Masuda
Ciptaan baharu Menteri Negara untuk Pembaharuan Desentralisasi
2006–2007
Diikuti oleh:
Hiroya Masuda