Bahasa Melayu Pattani

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Bahasa Yawi)
Lompat ke: navigasi, gelintar
Bahasa Melayu Pattani
ยาวี Yawi
Dituturkan di: Thailand 
Rantau: Provinsi Pattani
Bil. penutur: 3,100,000 (1998)
Keluarga bahasa:   Austronesia
 Melayu-Polinesia (MP)
  MP Nuklear
   Sunda-Sulawesi
     Malayik
      Malayan
      Melayu Tempatan
       Bahasa Melayu Pattani
Kod bahasa
ISO 639-1: ms
ISO 639-2: may (B)  msa (T)
ISO 639-3: mfa 

Bahasa Yawi (Jawi: بهاس ياوي) merupakan transkripsi perkataan Bahasa Thai ยาวี, yang difahami oleh Orang Thai sebagai Bahasa Melayu Patani.

Bahasa Yawi dituturkan secara meluas di wilayah-wilayah selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang penutur Bahasa Yawi [1].

Bahasa Melayu Patani merupakan sebuah loghat Bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa Melayu dan kemungkinan juga Bahasa Melayu Patani pernah berpengaruh ke arah utara hingga Segenting Kra, Phuket (berasal daripada perkataan Bahasa Melayu "bukit") dan Surat Thani semasa zaman Srivijaya. Lagipun, banyak nama tempat di selatan Thailand berasal daripada Bahasa Melayu.

Loghat Bahasa Melayu Patani ini adalah mirip dengan Bahasa Melayu Kelantan.


Alatan peribadi