Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah SMN; SPMT (Terengganu) | |
---|---|
Pasangan Perdana Menteri Malaysia pertama | |
Dalam jawatan 31 Ogos 1957 – 22 September 1970 | |
Digantikan oleh | Rahah Mohammad Noah |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1920 Alor Setar, Kedah |
Meninggal dunia | 12 Mac 2000 (berumur 79–80) Pulau Pinang, Malaysia |
Pasangan | Tunku Abdul Rahman |
Anak-anak | Sulaiman Mariam Sharifah Hanizah Faridah |
Tun Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah merupakan isteri ketiga bagi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan merupakan Pasangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Mereka mendirikan rumah tangga ketika Tunku kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah merupakan adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Tunku berkahwin dengannya selepas kematian Mariam dan perceraian dengan Violet Coulson. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
Beliau meninggal dunia akibat pneumonia pada usia 80 tahun pada 12 Mac 2000, dan disemadikan bersebelahan dengan pusara Almarhum Tunku Abdul Rahman di Makam Diraja Kedah di Langgar,Kedah.
Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah, yang terletak di kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZ0NE) dinamakan sempena nama beliau.