Anjing Pyrénées besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Anjing Pyrene Besar
Anjing gunung Pyrene
Nama lainAnjing Pyrene besar
Anjing Pyrene
Patou
Negara asalPerancis/Sepanyol[1]
Trait
Jangka hayat 10 hingga 11 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gunung Pyrene,[nota 1] anjing Pyrene besar (bahasa Inggeris: great Pyrenees dog), atau anjing Pyrene (Perancis: chien des Pyrénées) ialah suatu baka anjing besar yang digunakan menjaga haiwan ternakan. Ia sangat lama dipelihara dan dibakakan selama beratus-ratus tahun oleh para gembala mendiami rantau sekitar Banjaran Pyrene selatan Perancis dan utara Sepanyol.[2] Salah satu gambaran pertama baka ini bertarikh dari 1407, dan dari 1675 baka ini merupakan kegemaran Dauphin Agung dan anggota lain aristokrasi Perancis.[3] Menjelang awal abad kesembilan belas ada pasaran membangkit untuk anjing di bandar gunung, dari tempat ia diambil ke bahagian Perancis lain. Ia dikembangkan untuk menjadi tangkas untuk menjaga biri-biri di cerun gunung curam.[4]

Selewat 1874 penampilan baka ini tidak dipiawaikan sepenuhnya, dengan dua subjenis utama dicatat, jenis barat dan jenis timur.[3][5] Ia berkaitan dengan beberapa anjing penjaga haiwan ternakan Eropah putih lain, termasuk anjing gembala Maremma (Itali), kuvasz (Hungary), anjing Akbash (Turki) dan anjing gembala Tatra Poland, dan agak kurang berkait rapat dengan anjing Newfoundland dan anjing Santo Bernard. Menurut Kelab Anjing Pyrene Besar Amerika Syarikat, anjing Pyrene besar secara semula jadi bersifat malam dan lagsang dengan mana-mana pemangsa yang mungkin menyakiti kawanan biri-birinya. Walau bagaimanapun, baka ini biasanya boleh dipercayai dengan haiwan mana-mana jenis yang kecil dan muda kerana naluri penjagaan semula jadinya.[6]

Bilangan ekor haiwan baka ini telah menyusut dadak dalam pendaftaran baka AKC Amerika Syarikat dari 2000 hingga 2010.[7] Baka ini ditempatkan pada #45 pada 2000 dan menjelang 2010 anjing Pyrene besar jatuh kepada kedudukan #71. Baka besar lain dalam pengelasan kumpulan pekerja sama, anjing Newfoundland dan anjing Santo Bernard, telah menjadi lebih baik dalam mengekalkan pangkat bakanya. Pada 2010, anjing Newfoundland dan anjing Santo Bernard ditempatkan pada kedudukan #44 dan #45 masing-masing. Salah satu sebab untuk penurunan pada anjing yang didaftarkan melalui AKC mungkin disebabkan oleh bilangan besar anjing yang kini tersedia melalui tempat perlindungan dan pertubuhan penyelamatan. Lebih daripada 1500 ekor anjing Pyrene dan kacukan anjing Pyrene ditonjolkan secara mingguan di tapak adopsi dalam talian. Pasukan Penyelamat Anjing Pyrene Besar (National Great Pyrenees Rescue, NGPR) telah memainkan peranan utama menyelamatkan anjing daripada tempat perlindungan pembunuhan, tempat ia berisiko besar, dan menempatkannya di rumah-rumah sebagai haiwan peneman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perancis: chien de montagne des Pyrénées; Sepanyol: perro de montaña de los Pirineos; Catalan: gos de muntanya dels Pirineus; Basque: pirinioetako mendiko zakurra; bahasa Inggeris: Pyrenean mountain dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ greatpyrenees.com
  2. ^ "Early History of the breed". Clubs.akc.org. Dicapai pada 17 Mac 2012.
  3. ^ a b "Great Pyrenees Connection-Great Pyrenees Colors". Greatpyrenees.com. Dicapai pada 17 Mac 2012.
  4. ^ Coile, D. Caroline (2005). Encyclopedia of Dog Breeds, second edition. Barron's. ISBN 0764157000.
  5. ^ Mark Derr Dog's Best Friend: Annals of the Dog-Human Relationship - 2004 Halaman 161 "For example, the Great Pyrenees (Pyrenean mountain dog) and Tibetan mastiff, who is popularly considered the forerunner of all the giant dogs, were reconstructed by British breeders at the turn of the century to match their notions of the lost...
  6. ^ "Great Pyrenees Club of America: Livestock Guardian Dog". American Kennel Club. 10 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-09. Dicapai pada 17 Mac 2012.
  7. ^ "AKC Dog Registration Statistics". American Kennel Club. Dicapai pada 17 Mac 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]