Rembau
Rembau | |
---|---|
Transkripsi Other | |
• Jawi | رمباو |
• Cina | 林茂 |
Lokasi Daerah Rembau di Negeri Sembilan | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Rembau |
Kerajaan | |
• Pegawai daerah | Mohamad Najib bin Mustafa |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Not observed) |
Poskod | 71xxx |
Kod panggilan | +6-06 |
Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 43,011 (2010) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung. Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di Seremban.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Adat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said.
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau dan makamnya masih ada di Rembau.[1]
Geografi[sunting | sunting sumber]
Rembau merupakan salah satu daripada 7 daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Kedudukannya yang terletak di kawasan pinggiran sebelah barat Banjaran Titiwangsa juga menjadikan daerah tersebut sebahagian daripada Negeri Sembilan barat, bersama-sama daerah Seremban dan daerah Port Dickson.
Daerah Rembau bersempadan dengan daerah Seremban di utara, daerah Port Dickson di barat, daerah Kuala Pilah di timur, dan daerah Tampin dan daerah Alor Gajah, Melaka di selatan.
Taman perumahan[sunting | sunting sumber]
- Taman Rembau Utama
- Taman Seri Rembau
- Taman Seri Purnama
- Taman Desa Permai
- Taman Chembong Jaya
- Taman Dato' Lela Maharaja Chembong
- Taman Rembau Perdana, Rembau
- Taman Rembau Bayu
Bandar berdekatan[sunting | sunting sumber]
- Seremban
- Pedas
- Kota
- Kendong
- Linggi
- Tampin (25 km)
- Alor Gajah
- Chembong
- Lubuk Cina, Melaka (20 km)
- Masjid Tanah, Melaka (36 km)
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Rembau | |
---|---|
![]() Lokasi Rembau di Negeri Sembilan | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Institusi adat | Undang Luak Rembau |
Kerajaan | |
• Undang Luak Rembau | Muhamad Sharip Othman |
Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan empat kawasan undangan negeri iaitu Chembong, Kota, Paroi dan Rantau. Ahli Parlimen Rembau yang pertama dalam sejarah ialah Dato' Firdaus Muhammad Rom bin Harun yang dipilih pada tahun 2004. Kini, Parlimen Rembau diwakili oleh Khairy Jamaluddin sebagai ahli parlimen. Manakala, Undang Rembau pada masa ini ialah Dato' Haji Muhammad Sharip bin Othman.
Majlis Daerah Rembau sebuah badan pengawal tempatan yang ditubuhkan pada 1 Julai 1980 melalui Lembaran Negara kerajaan deklarasi No.334 pada 23 jun 1980. Ini adalah sebuah badan pengawal tempatan di bawah undang-undang Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Majlis Daerah Rembau adalah Parti Tempatan otoriter (PBT) yang orientasi warga perkhidmatan yang bertindak sebagai inisiator utama dalam membuat Rembau sebuah daerah yang indah dan dikembangkan. Pembangunan kawasan pentadbiran sejajar dengan perkembangan seluruh Negeri Sembilan dengan fokus berada dalam industri, pelancongan dan sektor pertanian. Pembentukan infrastruktur yang cepat juga membantu meningkatkan aliran pelabur tempatan dan luar negeri dalam meningkatkan modal kemudian menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi masyarakat.[2]
Jabatan Kerajaan[sunting | sunting sumber]
- Pejabat Daerah Rembau
- Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
- Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau
- Majlis Daerah Rembau
- Jabatan Pertanian Rembau
- Pejabat RISDA Stesen (PRS), Rembau
- UiTM, Pilin
- ILP, Pedas
- IKTBN, Chembong
- KKTMara, Kundur
Pekan[sunting | sunting sumber]
- Kota
- Chengkau
- Nerasau
- Gadong
- Bongek
- Spri
- Pedas
- Semerbok
- Pilin
- Lubok China
- Batu Hampar
- Miku
- Tanjong Kling
- Selemak
- Kundor
- Legong Ilir
- Chembong
- Titian Bintangor
- Pulau Mampat
Mukim[sunting | sunting sumber]
- Mukim Batu Hampar
- Mukim Bongek
- Mukim Chembong
- Mukim Chengkau
- Mukim Gadong
- Mukim Kundor
- Mukim Legong Ilir
- Mukim Legong Ulu
- Mukim Miku
- Mukim Nerasau
- Mukim Pedas
- Mukim Pilin
- Mukim Selemak
- Mukim Semerbok
- Mukim Sepri
- Mukim Tanjong Kling
- Mukim Titian Bintangor
- Bandar Rembau
- Pekan Kampong Batu
- Pekan Kota
- Pekan Lubok China
- Pekan Pedas
- Pekan Chembong
- Pekan Rembau
- Pekan Chengkau
- Pekan Seri Kota
- Pekan Seri Kendong
- Pekan Merbau Sembilan
Tempat menarik[sunting | sunting sumber]
Replika Istana Raja Melewar[sunting | sunting sumber]
Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali rekabentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini. Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latar belakang bangunan dan sejarah Rembau.
Hutan Lipur Gunung Datuk[sunting | sunting sumber]
Salah satu daripada dua kemuncak di penghujung Banjaran Titiwangsa, Gunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Pendaki gunung yang sampai di kemuncaknya boleh melihat pemandangan yang luas di bahagian barat dari gunung - gunung Sungai Ujong menyeberangi pinggir laut hingga ke Selat Melaka. Gunung ini juga kaya dengan lagenda, antaranya tapak kaki di puncaknya yang menyumbang kepada legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah, yang dikatakan berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Tuan.[3]
KAMPUNG WARISAN SOLOK.
- Kolam Pancing Warisan Solok. - D’Kolam. ( Teratak Makan & Minum ) - 2iman ATV Extreme Park. - Kebun Buah Buahan. - Aktiviti Rentas Hutan.
Jalan Air Kuning, Batu 5, Kampung Kundur Hulu, 71400 Pedas, REMBAU, Negeri Sembilan.
( Berdekatan Sabak Salak, Dibelakang Masjid Kariah Kg.Kundur Hulu, laluan masuk sebelah masjid...)
Pasaraya[sunting | sunting sumber]
- Pasaraya Zemart
- Family Store
- Fresco Rembau
- CIMB
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- KFC
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Latar belakang Rembau
- ^ "Latar belakang Majlis Daerah Rembau". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-27. Dicapai pada 2014-11-17.
- ^ Tempat-tempat menarik di Rembau
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Pedas, ![]() |
Spri, ![]() |
Miku, ![]() |
![]() |
Chembong, ![]() |
![]() |
Kota, ![]() | ||
![]() ![]() | ||||
![]() | ||||
Kundor, ![]() |
Pilin, ![]() |
Chengkau, ![]() |