Ulu Yam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hulu Yam
View of Batang Kali area.jpg
Geografi
StatusMukim/Bandar Kecil
Asal namaUlu Yam
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimUlu Yam/Hulu Yam
Poskod44300/48200
FungsiBandar utama kategori dua
Keluasan

Ulu Yam atau ejaan baharu, Hulu Yam merupakan sebuah mukim dan bandar utama kategori dua di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Hulu Yam terbahagi kepada empat* bahagian iaitu Hulu Yam Lama, Hulu Yam Bharu, Antara Gapi dan Seksyen BB18, Bukit Beruntung. Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang berpusat di Kuala Kubu Bharu. Poskod bagi kawasan Hulu Yam Bharu dan Hulu Yam Lama sama dengan poskod bagi kawasan Batang Kali iaitu 44300 manakala poskod bagi kawasan Antara Gapi ialah 48200 dan poskod bagi kawasan Seksyen BB18, Bukit Beruntung ialah 48300.

Hulu Yam mempunyai satu pekan/bandar kecil yang terletak di Hulu Yam Bharu. Bandar tersebut dilengkapi dengan restoran masakan Melayu, restoran masakan Cina, pasaraya kecil, restoran makanan segera dan lain-lain. Kebanyakan penduduk yang menetap di bandar ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina.

Di Antara Gapi pula terdapat dua kawasan perniagaan iaitu Laman Gapimas dan Pusat Perniagaan Antara Gapi yang dilengkapi dengan stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya kecil dan restoran.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Bharu
  • SRJK (C) Kg Gurney
  • Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
  • SJK (C) Choong Chee
  • Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Lama

Kawasan perindustrian[sunting | sunting sumber]

  • Kawasan Perindustrian Perabot
  • Zon Perindustrian Jalan Tengas
  • Zon Perindustrian Batu 29

Sistem pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah perhentian keretapi kecil yang pernah berkhidmat di Hulu Yam Lama. Kini, perhentian tersebut dihentikan perkhidmatannya dan menjadi terbiar. Namun, stesen keretapi Batang Kali yang terletak di Batang Kali merupakan stesen pengangkutan keretapi yang terdekat, menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 2 Laluan Pelabuhan Klang dan  ETS .
Selain itu, bandar kecil ini juga tersedia dengan perkhidmatan bas henti-henti MARA Liner laluan Bus-logo-white.svg158  dan Bas Smart Selangor laluan Bus-logo-white.svgHS02 .