Hasnul Baharuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Yang Berhormat Hasnul Baharuddin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Amanah Negara.

Barua dan broker[sunting | sunting sumber]

Secara sinis Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh dua wakil rakyatnya Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon tunggal Menteri Besar Selangor sebagai 'barua , broker'. Ekoran kekalutan itu Azmin Ali telah direstui menjadi MB oleh Sultan Selangor. Selain itu, PAS kecundang dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Kubur 2014. Exco Selangor dari PAS dikurangkan dari 4 kepada 3 sahaja. [1]

Tindakan 2 Adun PAS di Selangor itu telah membelakangi pendirian parti .Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyatakan bahawa PAS negeri memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian atau menghadapi konsekuansi tindakan. PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus dipatuhi.Jangan terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]