Pergi ke kandungan

Sallehudin Amiruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sallehudin Amiruddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Kuang
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 12 Ogos 2023
Didahului oleh Abdul Shukur Idrus
Digantikan oleh Mohd Rafiq Mohd Abdullah
Majoriti2,860 (PRU-14)
Maklumat peribadi
Parti politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (sehingga 2020)
Parti Pejuang Tanah Air (2020-kini)

Tuan Sallehudin Amiruddin ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Kuang selama sepenggal (2018-2023) setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[1] lalu.

Beliau merupakan antara lapan calon BERSATU di DUN Selangor. BERSATU bertanding di sembilan kerusi DUN sahaja iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Selat Klang, Sijangkang dan Dengkil. Walau bagaimanapun, BERSATU hanya menang 6/8 kerusi dan tewas di Sungai Air Tawar, Sungai Burong dan Sijangkang. ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari satu-satunya wakil EXCO Selangor dari BERSATU.

Pasca-Langkah Sheraton yang menyaksikan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan secara rasmi menyebabkan Abdul Rashid Asari digugurkan daripada EXCO Selangor dan kesemua ADUN BERSATU dipindahkan ke blok pembangkang. Namun demikian, tiga ADUN BERSATU Selangor iaitu ADUN Batang Kali (Harumaini Omar), ADUN Jeram (Mohd Shaid Rosli) dan ADUN Kuang (Sallehudin Amiruddin) telah menyertai Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir[2].

Ketiga-tiga ADUN tersebut dicalonkan di kerusi Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Selayang mewakili Gerakan Tanah Air dan parti PEJUANG pada PRU-15. Namun demikian, ketiga-tiga mereka tewas. Pada PRN Selangor ke-15, GTA dan PEJUANG tidak bertanding. Namun demikian, Sallehudin Amiruddin bertanding secara BEBAS di DUN Kuang[3].

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N13 Kuang Sallehudin Amiruddin (PPBM) 9,845 43.67% Abdul Shukur Idrus (UMNO) 6,985 30.98% 22,858 2,860 86.32%
Mohd Fauzan Madzlan (PAS) 5,672 25.16%
Mohd Rafie Mohammad Arif (PRM) 44 0.19%
2023 Sallehudin Amiruddin (Bebas) 1,287 3.85% Mohd Rafiq Mohd Abdullah (BERSATU) 18,494 55.37% 33,400 4,875 73.24%
Hasnal Rezua Merican Habib Merican (UMNO) 13,619 40.78%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Calon DUN Kuang, Selangor
  2. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/97051/berita/politik/adun-batang-kali-kuang-keluar-bersatu-sertai-tun-m
  3. ^ https://malaysiagazette.com/2023/07/29/penyandang-dun-kuang-kembali-bertanding-calon-bebas/
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.