Hospital Beaufort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Beaufort
Kerajaan
Geografi
LokasiBeaufort, Sabah,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Sejarah
Diasaskan ()
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Beaufort

Hospital Beaufort merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sabah, Malaysia. Hospital Beaufort terletak di kawasan Pedalaman Bawah Negeri Sabah. Kedudukan Hospital Beaufort dari bandar raya Kota Kinabalu ialah sejauh 100 km. Hospital Beaufort telah memulakan operasinya sejak tahun 1899 dengan bilangan katil sebanyak 77 buah. Keluasan tapak asal Hospital Beaufort pada masa tersebut adalah seluas 4.27 ekar.

Ekoran pertambahan penduduk dan kekurangan infrastruktur asas yang lain, kerajaan telah meluluskan projek pembangunan Hospital Beaufort yang baru. Sehubungan dengan itu, Sebuah hospital baru telah didirikan di tapak yang baru dengan keluasan 8.17 hektar dengan kos RM 13 juta. Hospital Beaufort yang baru telah siap didirikan pada tahun 1984 dan secara rasmi telah berpindah dan memulakan operasinya pada 28 Januari 1985.

Pada 13 April 1985, perasmian Hospital Beaufort telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Datuk Harris Salleh pada masa tersebut. Pengarah Hospital Beaufort pada ketika itu ialah Datuk Dr. Mitchel Chan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Beaufort
P.S 40
89807 Beaufort
Sabah
Malaysia