Orang Cham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cham
Cham Muslims Cambodian.JPG
Orang Islam Cham di Kemboja. sek. 2007
Jumlah populasi
~500,000
Kawasan ramai penduduk
 Kemboja317,000[1]
 Vietnam127,000[2]
 Laos15,000[3]
 Malaysia10,000
 Thailand4,000
 Amerika Syarikat3,000
 Perancis1,000
Bahasa
Bahasa Cham (bahasa ibunda), Bahasa Arab atau/dan Pali/Sanskrit (bahasa agamawi untuk gunaan keagamaan), Bahasa Malaysia (untuk yang menetap di Malaysia), Bahasa Inggeris (untuk yang menetap di Amerika Syarikat), Bahasa Khmer (bahasa rasmi negara Kemboja), Bahasa Vietnam (bahasa rasmi negara Vietnam), Bahasa Thai (untuk yang menetap di Thailand terutamanya di sekitar ibu negara, Bangkok dan wilayah sempadan Selatan Thai), Bahasa Lao (untuk yang menetap di Laos), Bahasa Perancis (untuk yang menetap di Perancis) dan sebagainya.
Agama
Cham Kemboja: Kebanyakan atau kesemua Islam Sunah; minoriti Islam Syiah, Hindu, dan ateisme/agnostik/paganisme.[4]
Cham Vietnam: Kebanyakan atau kesemua penganut Hindu; minoriti penganut Islam, penganut Buddha ataupun campuran kedua-dua agama HinduBuddha.[5][6]
Kumpulan etnik yang berkaitan
Orang Jarai, Aceh, Melayu dan etnik Austronesia lain.

Orang Cham (Bahasa Cham: Urang Campa, Bahasa Khmer: ជនជាតិចាម, Bahasa Vietnam: người Chăm) adalah kelompok etnik di Asia Tenggara.

Mereka berpusat antara wilayah Kampong Cham negara Kemboja dan di bahagian tengah serta selatan negara Vietnam terutamanya di kawasan Phan Rang-Thap Cham, Phan Thiết, Bandaraya Ho Chi Minh dan An Giang.

Kira-kira 4,000 orang Cham juga tinggal di Thailand; kebanyakan mereka turut berhijrah ke ibu negaranya, Bangkok iaitu pada masa pemerintahan Raja Rama I dan juga wilayah Selatan Thai seperti Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla untuk berkerja, menuntut ilmu dan menetap sebagai rakyat Thailand berketurunan etnik minoriti Melayu Thai, di mana golongan yang mendapat kerakyatan negara itu dianggap sebagai sub-suku bangsa minoriti tersebut.

Orang Cham membentuk komuniti orang Islam di Kemboja dan Vietnam.[7]

Suku Cham adalah saki-baki dari Kerajaan Champa (kurun ke-7 hingga 15). Mereka berkait rapat dengan Orang Austronesia dan bertutur bahasa Cham, sebuah bahasa rumpun Melayu-Polinesia yang termasuk dalam keluarga Bahasa Austronesia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]