Kampung Batu Gajah, Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk tempat lain dengan nama sama, lihat Batu Gajah, Perak.

Kampung Batu Gajah terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Merlimau di sebelah utara dan 5 kilometer dari pekan Sungai Rambai di sebelah selatannya. Kini lebih mudah dihubungi melalui lebuh AMJ yang menyambungkan Melaka dengan Tangkak dan Muar. Kampung Batu Gajah mendapat namanya berdasarkan cerita yang dikaitkan dengan seketul batu besar menyerupai gajah yang terdapat di dalam kampung ini. Jika menaiki kenderaan sendiri seseorang boleh tiba di kampung ini kurang daripada 30 minit jika bertolak dari bandar Melaka. Antara kampung yang berhampiran ialah Sebatu, Parit Penghulu, Parit Perawas dan Parit Putat.