TVS (saluran TV Malaysia): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chew Yan Heng (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Chew Yan Heng (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 83: Baris 83:
*''Bujang & Broke''
*''Bujang & Broke''
*''Ghazpirasi''
*''Ghazpirasi''
*''Getaran Jiwa''
*''Hias''
*''Hias''
*''Inovasi Pertiwiku''
*''Inovasi Pertiwiku''

Semakan pada 00:06, 18 Oktober 2021

SloganMenginspirasi Duniamu
(We Inspire Your World)
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 122 (HD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 122 (HD)
Malaysia NJOISaluran 122 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO

TVS (dahulu dikenali sebagai TV Sarawak) ialah sebuah stesen televisyen kendalian Sarawak Media Group (SMG) yang ditujukan khas kepada penduduk Sarawak. Ia dilancarkan pada 10 Oktober 2020, dan kini bersiaran dalam definisi tinggi (HD) melalui satelit TV berbayar Astro dan terestrial percuma myFreeview di saluran 122.[1]

TVS boleh ditonton di seluruh negara melalui platform Astro dan myFreeview di saluran 122. Oleh kerana siaran TVS dikendalikan oleh Astro, penonton myFreeview juga dapat menonton iklan Astro dan program Go Shop di saluran TV. Sementara itu, kandungan siaran saluran dikendalikan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group sendiri.

Sejarah

Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada asalnya merancang untuk melancarkan sebuah stesen televisyen untuk Sarawak sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk pendigitalan televisyen Malaysia.[2] Perancangan itu, bagaimanapun, tidak membuahkan hasil kerana ia tidak dilaksanakan yang mana ia digantikan oleh saluran OKEY dan rancangan televisyen negara kemudiannya dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta hanya untuk dilancarkan sebagai saluran penstriman.[3]

Lesen stesen penyiaran sendiri diberikan melalui suatu pengumuman oleh Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.[4] Stesen ini bersiaran awal pada 10 Oktober 2020 melalui satelit TV berbayar Astro di saluran 122 sempena hari kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dirasmikan pada keesokan harinya pada 11 Oktober 2020.[5][4] Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan ketiga negara selepas Bernama TV (2008) dan TV AlHijrah (2010).

Pada 12 Oktober 2020, TVS menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu Utama TVS. Program berita waktu perdana itu disiarkan langsung dari No. 1, Jalan Song LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall Kuching, Sarawak.

TVS kini bersiaran di Astro, NJOI & myFreeview saluran 122 dalam format HD (definisi tinggi).

Mulai 1 April 2020, nombor saluran Astro Oasis HD telah digantikan dengan saluran 106 dan TVS memulakan siaran di saluran 122 bermula 10 Oktober 2020.

Rancangan

Produksi asal

Sedang bersiaran

  • Borak Teh C Peng
  • Bornean Stories
  • Borneo from Above
  • Bujang & Broke
  • Ghazpirasi
  • Getaran Jiwa
  • Hias
  • Inovasi Pertiwiku
  • Lensa Kenyalang
  • Osha &...
  • Okshe
  • Rhythm of Borneo
  • Sarawak Nutrition
  • Saya Pelajar Sekolah Cina
  • Sejahtera Asia
  • Story Kuching
  • Suara Wanita
  • The JayC Show
  • Twenty30
  • Weekend Vibes
  • TV Starz

Terdahulu

  • Anda Bahagia
  • Anda Sihat
  • Bual R&D
  • Hustle Hasil
  • Iban Global
  • It Must Be Nice
  • Kamek LIVE
  • Lucu Eh
  • Sada Kenyalang
  • Shirly VS Nomi
  • Sembang Kencang
  • VISI
  • Dunia Insan Kreatif
  • Randau
  • Nadi Seni
  • Nota di Kota

Berita

Melayu

  • Menarik Sepuluh
  • Ringkas TVS
  • Utama TVS

Inggeris

  • TVS Global
  • TVS News
  • TVS Nightline

Cina

  • TVS Re Bao

Iban

  • Berita TVS

Hiburan

  • Sinema

Home Shopping

Kanak-kanak

  • Buck and Buddy
  • Chuck Chicken Power Up
  • Combat Q
  • Harry and Bunnie
  • Time Traveler Luke

Program antarabangsa

Program khas

  • A Simple Life of Saloma
  • A Taste of Chinese New Year
  • Cow Your Luck!
  • Sarbanun Merican
  • The Last Ring Ladies

Media penstriman

Aplikasi mudah alih

  • Astro GO - Terhad kepada pelanggan Astro sahaja

Rujukan

  1. ^ Berita baik buat anda semua! TVS kini bersiaran melalui saluran 122 di Astro dan myFreeview.
  2. ^ Amree Ahmad (7 June 2009). "Kita bakal 'mabuk' TV". Kosmo!. Dicapai pada 10 September 2018.
  3. ^ "Sarawak macam anak tiri stesen TV siaran percuma". Astro Awani. 27 November 2017. Dicapai pada 10 September 2018.
  4. ^ a b Syafik Shukri Jalil (2 October 2020). "TV Sarawak dilancar 11 Oktober 2020". Astro Awani. Dicapai pada 10 October 2020.
  5. ^ "Buildings throughout Kuching asked to light up in celebration of TYT's birthday on Oct 9". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2 Oktober 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.

Pautan luar