Lagu Cinta Kita (Musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu Cinta Kita ialah sebuah rancangan realtiti televisyen Malaysia yang berdasarkan daripada rancangan TV realiti Korea Selatan, Love At First Song terbitan CJ ENM.

Lagu Cinta Kita
Berdasarkan daripada
Love At First Song oleh CJ ENM
FormatMuzik
Hiburan
Realiti
PenciptaKim Ji-hee
Helena Chang
Daniel Sun
Ditulis olehNoorfariza Hishamuddin
PengarahMuhd Sufian Isa
PengacaraAzwan Ali
Elly Mazlein
JuriHael Husaini
Mas Idayu
Ajai
Negara asal Korea Selatan
 Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhd Sufian Isa
PenerbitMuhd Sufian Isa
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran90-110 minit
Syarikat penerbitan
Media Prima Berhad
Penyiaran
Saluran asalYouTube
TV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 November 2020 – 3 Januari 2021
Kronologi
MengikutiLagu Cinta Kita (Musim 1)
Diikuti olehLagu Cinta Kita (Musim 3)
Rancangan berkaitan
Lagu Cinta Kita

Format[sunting | sunting sumber]

Konsep[sunting | sunting sumber]

Lagu Cinta Kita menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan "#LaguCintaKita". Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Pusingan[sunting | sunting sumber]

Di pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.

Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.

Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.

Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.

Pasangan[sunting | sunting sumber]

Mengikut kedudukan susunan penyingkiran.

Pasangan Tarikh penyingkiran Kedudukan
Khareez & Nadeera 3 Januari 2021 Juara
Syafiq & Serra 3 Januari 2021 Naib Juara
Iss Arfan & Mya 3 Januari 2021 Tempat Ketiga
Kael & Evie 3 Januari 2021 Tempat Keempat
Adly & Darling 3 Januari 2021 Tempat Kelima
Fariqwan & Mina 27 Disember 2020 Tersingkir Konsert Separuh Akhir
Hariz & Mafa 27 Disember 2020 Tersingkir Konsert Separuh Akhir
Amir & Balqis 20 Disember 2020 Tersingkir Konsert ke-6
Syahmi & Yazmin 13 Disember 2020 Tersingkir Konsert ke-5
Ariff & Hidayah 13 Disember 2020 Tersingkir Konsert ke-5
Indra & Farah 6 Disember 2020 Tersingkir Konsert ke-4
Zharif & Sharee Lopes 6 Disember 2020 Tersingkir Konsert ke-4

Ringkasan konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert 1[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 8 November 2020
Pasangan Lagu
Kael & Evie " Fantasia Bulan Madu" nyanyian asal Search
Amir & Balqis "Paling Comel" nyanyian asal Achik Spin & Siti Nordiana
Akmal & Fatin "Kau Ilhamku" nyanyian asal Man Bai
Syafiq & Anisa "Mewangi" nyanyian asal Akim & The Majistret
Hakim & Serra "Sempurna" nyanyian Andra and the BackBone
Hariz & Mafa Mencintaimu" nyanyian asal Krisdayanti
  • Tersingkir: Hakim, Anisa Akmal, Fatin.


Konsert 2[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 15 November 2020
Pasangan Lagu
Ariff & Hidayah "Belenggu Rindu" nyanyian asal Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah
Muhaimin & Khodi "Dua Insan" nyanyian asal Eva Bachim & Ezad Lazim
Fariq & Mina "Seiring Dan Sejalan" nyanyian asal Dato' Sharifah Aini & Broery Marantika
Adly & Darling "Malam Bulan Dipagar Bintang" nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee & Roseyatimah
Faez & Sarah "Hanya Memuji" nyanyian asal Shanty & Marcell
Iss Arfan & Mya "Terima Kasih Cinta" nyanyian asal Afgan
Akmal & Fatin "Jika" nyanyian asal Melly Goeslaw & Ari Lasso
  • Tersingkir: Muhaimin, Khodi, Faez, Sarah, Akmal, Fatin.


Konsert 3[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 29 November 2020
Pasangan Lagu
Zhafri & Sharee Lopes "Sandarkan Pada Kenangan" nyanyian asal Dato' Jamal Abdillah & Siti Sarah
Syazwan & Scha "Sampai Ke Hari Tua" nyanyian asal Aizat Amdan
Aiman & Nadja "Bunga-Bunga Cinta" nyanyian asal Misha Omar
Syahmi & Yazmin "Cinta Luar Biasa" nyanyian asal Andmesh Kamaleng
Indra & Farah "Belaian Jiwa" nyanyian asal Innuendo
Khareez & Nadeera "Kaulah Segalanya" nyanyian Ruth Sahanaya
  • Tersingkir: Syazwan, Scha Aiman, Nadja

Hazama dan Siti Sarah diundang sebagai juri jemputan bagi untuk menggantikan tempat Hael Husaini dan Ajai yang tidak dapat menghadirkan diri pada konsert kali ini kerana menjalani kuarantin Covid-19 dirumah.

Konsert 4[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 6 Disember 2020
Pasangan Lagu
Khareez & Nadeera "Aku Kau Dan Muzik" nyanyian asal Akim & Stacy
Zhafri & Sharee Lopes "Tak Pernah Hilang" nyanyian asal Kaer Azami & Amylea Azizan
Fariqwan & Mina "Memori Daun Pisang" nyanyian asal Iwan & Amelina
Syahmi & Yazmin "Shallow" nyanyian asal Lady Gaga & Bradley Cooper
Adly & Darling "Kopi Dangdut" nyanyian asal Fahmi Shahab
Ariff & Hidayah "Srikandi Cintaku" nyanyian asal Bloodshed
Syafiq & Serra "Kasihnya Laila" nyanyian asal Jinbara
Iss Arfan & Mya "Aku Dan Dirimu" nyanyian asal Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
Indra & Farah "Sembunyi" nyanyian asal Misha Omar & Andy Flop Poppy
Kael & Evie "Bukan Cinta Biasa" nyanyian asal Afgan
Amir & Balqis "Sway" nyanyian asal Michael Buble
Hariz & Mafa "Peluang Kedua" nyanyian asal Nabila Razali
  • Tiga Terbawah: Zhafri & Lopes, Indra & Farah, Amir & Balqis
  • Tersingkir: Indra & Farah, Zhafri & Lopes


Konsert 5[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 13 Disember 2020
Pasangan Lagu
Kael & Evie "Bila Resah" nyanyian asal Anuar Zain
Adly & Darling "Terlanjur Cinta" nyanyian asal Rossa & Pasha Ungu
Hariz & Mafa "Lagu Untukmu" nyanyian asal Meet Uncle Hussain
Amir & Balqis "Laskar Pelangi" nyanyian asal Nidji
Syahmi & Yazmin "Tiada Lagi" nyanyian asal Mayangsari
Khareez & Nadeera "Menghapus Jejakmu" nyanyian asal Peterpan
Ariff & Hidayah "Ku Pinjam Satu Bintang" nyanyian asal Datin Alyah & Riz Zaizizi
Fariqwan & Mina "Bicara Rasa" nyanyian asal Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Syafiq & Serra "Drama" nyanyian asal Drama Band
Iss Arfan & Mya "Jampi" nyanyian asal Hael Husaini
  • Tiga Terbawah: Ariff & Hidayah, Fariqwan & Mina, Syahmi & Yazmin
  • Tersingkir: Ariff & Hidayah, Syahmi & Yazmin


Konsert 6[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 20 Disember 2020
Pasangan Lagu
Syafiq & Serra "Untukmu Sayang" nyanyian Amuk
Fariqwan & Mina "Yang Sedang-Sedang Saja" nyanyian Iwan Syahman
Kael & Evie "My Baby You" nyanyian asal Marc Anthony
Adly & Darling "Semakin Hari Semakin Sayang" nyanyian asal Uji Rashid
Iss Arfan & Mya "Cintaku 100%" nyanyian asal Mas Idayu
Amir & Balqis "Mulanya Di Sini" nyanyian asal Freedom
Khareez & Nadeera "Kehebatan Cinta" nyanyian asal Francissca Peter & Dato' Jamal Abdillah
Hariz & Mafa "Bunga Angkasa" nyanyian asal Terra Rossa
  • Dua Terbawah: Amir & Balqis, Fariqwan & Mina
  • Tersingkir: Amir & Balqis


Konsert Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 27 Disember 2020
Pasangan Lagu
Iss Arfan & Mya "Kabut Serangkai Mawar" nyanyian asal Zaiton Sameon
Hariz & Mafa "Gadis Dan Bunga" nyanyian asal Rahimah Rahim
Khareez & Nadeera "Kau Mawarku" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza & 2 by 2
Syafiq & Serra "Teman" nyanyian asal Iman Troye
Adly & Darling "When I Was Your Man" nyanyian asal Bruno Mars
Kael & Evie "Seri Langkat" nyanyian asal Dato' Jamal Abdillah & Amelina
Fariqwan & Mina "Kau Bunga Cintaku" nyanyian asal Anuar Zain
  • Dua Terbawah: Hariz & Mafa, Fariqwan & Mina
  • Tersingkir: Hariz & Mafa, Fariqwan & Mina


Konsert Akhir[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 3 Januari 2021
Pusingan 1
Pasangan Lagu
Adly & Darling "Roadblock Hatiku" nyanyian asal Floor 88 & Baby Shima
Syafiq & Serra "Muara Hati" nyanyian asal Hafiz Suip & Dato' Sri Siti Nurhaliza
Iss Arfan & Mya "Aku Cinta" nyanyian asal Syamel & Ernie Zakri
Kael & Evie "Itu Kamu" nyanyian asal Estranged
Khareez & Nadeera "Ceritera Cinta" nyanyian asal Jaclyn Victor & Rio Febrian
Pusingan 2
Pasangan Lagu
Syafiq & Serra "Hilang Naluri" nyanyian asal Once Mekel
Adly & Darling "My Heart" nyanyian asal Irwansyah & Acha Septriasa
Iss Arfan & Mya "Seperti Mati Lampu" nyanyian asal Nassar
Kael & Evie "Tunggu Sekejap" nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee
Khareez & Nadeera "Kuch Kuch Hota Hai" nyanyian asal Udit Narayan & Alka Yagnik
  • Tempat Kelima: Adly & Darling
  • Tempat Keempat: Kael & Evie
  • Tempat Ketiga: Iss Arfan & Mya
  • Naib Juara: Syafiq & Serra
  • Juara: Khareez & Nadeera

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Markah & Undian
Pasangan Konsert Mingguan
4 5 6 7 Akhir
Khareez & Nadeera 7th 1st 1st 1st Juara
Syafiq & Serra 8th 2nd 6th 2nd Naib Juara
Iss Arfan & Mya 5th 5th 3rd 4th Ketiga
Kael & Evie 1st 7th 4th 3rd Keempat
Adly & Darling 3rd 4th 5th 5th Kelima
Hariz & Mafa 2nd 3rd 2nd 6th
Fariqwan & Mina 9th 8th 7th 7th
Amir & Balqis 10th 6th 8th
Syahmi & Yazmin 6th 9th
Ariff & Hidayah 4th 10th
Indra & Farah 11th
Zharif & Sharee Lopes 12th

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Juara
  • Wang tunai RM50,000
  • Trofi


Naib Juara
  • Wang tunai RM30,000
  • Trofi


Tempat Ketiga
  • Wang tunai RM20,000
  • Trofi


Tempat Keempat
  • Wang tunai RM15,000
  • Trofi


Tempat Kelima
  • Wang tunai RM10,000
  • Trofi

Rujukan[sunting | sunting sumber]