Mania!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mania!
FormatTelevisyen realiti
PengacaraDato' Haji Aznil Nawawi
JuriDato' M. Nasir
Aubrey Suwito
Ahmad Dhani
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Astro Entertaintment Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro 188
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Mac – 19 Mei 2012
Kronologi
MengikutiAkademi Fantasia 9
Diikuti olehAkademi Fantasia 2013

Mania! ialah sebuah rancangan program realiti berbentuk pertandingan nyanyian dan karya lagu yang diterbitkan oleh Astro dan disiarkan di Astro Ria dan juga saluran istimewa HD iaitu Saluran 188. Siaran langsung Mania! juga dipancarkan di Internet menerusi tapak sesawang rasminya.

Tidak seperti rancangan realiti nyanyian lain yang melibatkan bakat yang baru-baru belaka, Mania! melibatkan seniman-seniman yang sudah terkenal dan berpengalaman berlumba sesama sendiri untuk merebut hadiah utama di bawah naungan penerbit muzik terkenal.

Format[sunting | sunting sumber]

Sebilangan orang penyanyi atau kumpulan muzik terkenal tanahair, termasuk yang dipilih sendiri oleh pihak penerbitan dan juga beberapa orang lagi yang dipilih daripada 'Hot Seat' melalui undian umum, berentap sesama sendiri sambil dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang penerbit muzik yang tersohor. Penentuan kumpulan ditentukan oleh beberapa konsert pendahuluan yang mana setiap penerbit menilai setiap peserta untuk disertakan dalam kumpulannya. Penerbit itu boleh memilih peserta sebaik sahaja selepas peserta itu habis membuat persembahan, ataupun menangguhkan keputusannya ke suatu ketika, hingga akhir konsert mahupun konsert seterusnya.

Setelah diagihkan kepada penerbit masing-masing, nasib kesemua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton yang menilai persembahan mereka menerusi konsert mingguan yang berlangsung hingga konsert akhir. Seorang peserta disingkirkan di hujung setiap konsert. Para peserta berebut gelaran 'Superstar' dengan hadiah wang tunai terbesar sebagai ganjaran.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Mania! yang julung kali dianjurkan ini dimulakan dengan pengumuman pada 20 Februari 2012 akan 12 orang penyanyi yang dipilih oleh pihak penerbitan untuk menyertai rancangan ini, iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Adira, Shila Amzah, Atilia, Alyah, Akim, Hazama, Awi Rafael, dan kugiran-kugiran Estranged dan Kristal; serta tiga orang ikon penerbitan muzik yang bakal membimbing mereka, iaitu Aubrey Suwito, Datuk M. Nasir dan Ahmad Dhani (dari Indonesia).[1]

Selain itu, 20 orang lagi penyanyi turut dicalonkan untuk mengisi tiga lagi ruang iaitu 'Hot Seat' yang ditentukan oleh para peminat di tapak sesawang rasmi Mania! mulai 20 Februari hingga 16 Mac 2012. Mereka ialah: Idayu AF3, Akma AF3, Noni AF5, Ebi AF5, Shawal AF5, Riz AF6, Nadia AF6, Toi AF6, Aishah AF7, Aril AF7, Daus AF8, Maulana AF8, Azri AF9, Kay AF9, Lena AF9, Erul AF9 dan Fina AF9 serta Chaq, Fiq dan Mohd dari Mentor.[1] Mereka yang terpilih ialah Ebi, Aril dan Chaq.

Pilihan produser[sunting | sunting sumber]

Siaran Mania! di kaca TV dimulakan dengan tiga konsert, yang mana setiap satunya lima peserta beraksi di hadapan penonton dan juga para penerbit sambil menunggu keputusan penerbit mana yang mengambil mereka ke dalam 'empayar' mereka. Artis yang muncul pada konsert 1 dan 2 secara amnya sudah ditentukan penaung mereka dalam satu perbincangan tertutup, manakala artis konsert 3 dan 'Hot Seat' dipilih sejurus selepas membuat persembahan atau ditangguh hingga ke suatu ketika.

15 Bintang Mania![sunting | sunting sumber]

(Kedudukan Bintang Mengikut Susunan Penyingkiran)

Bintang Tarikh Penyingkiran Kedudukan
Hafiz 19 Mei 2012 Juara
Stacy 19 Mei 2012 Naib Juara
Jaclyn Victor 19 Mei 2012 Tempat Ke-3
Hazama 19 Mei 2012 Tempat Ke-4
Aril 19 Mei 2012 Tempat Ke-5
Adira 12 Mei 2012 Ke-6
Shila Amzah 12 Mei 2012 Ke-7
Ebi 12 Mei 2012 Ke-8
Alyah 5 Mei 2012 Ke-9
Estranged 28 April 2012 Ke-10
Kristal 28 April 2012 Ke-11
Akim 21 April 2012 Ke-12
Atilia 21 April 2012 Ke-13
Awi Rafael 17 April 2012 Ke-14
Chaq 14 April 2012 Ke-15

Konsert penentuan[sunting | sunting sumber]

Konsert 1 (17 Mac 2012)[sunting | sunting sumber]

Bintang Lagu Dipilih oleh
Stacy "The Edge of Glory" (Lady Gaga) M. Nasir
Atilia "Gelombang" (Salamiah Hassan) Ahmad Dhani
Estranged "Rozana" (Search) Ahmad Dhani
Akim "Demi Cinta" (Kerispatih) Ahmad Dhani
Ebi "We Will Rock You" (Queen) M. Nasir


Konsert 2 (24 Mac 2012)[sunting | sunting sumber]

Bintang Lagu Dipilih oleh
Kristal "Opera Hidup" (Wings) M. Nasir
Adira "Pulangkan" (Misha Omar) Aubrey Suwito
Alyah "Russian Roulette" (Rihanna) Aubrey Suwito
Hafiz "Permintaan Hati" (Letto) Ahmad Dhani
Chaq "Gagap" (Stacy) Aubrey Suwito


Konsert 3 (31 Mac 2012)[sunting | sunting sumber]

Bintang Lagu Dipilih oleh
Jaclyn Victor "Pilihlah Aku" (Krisdayanti) Aubrey Suwito
Shila Amzah "Set Fire to The Rain" (Adele) M. Nasir
Aril "Hampa Hatiku" (Ungu) Ahmad Dhani
Hazama "Nur Nilam Sari" (Awie & Search) M. Nasir
Awi Rafael "Hadapi Dengan Senyuman" (Dewa 19) Aubrey Suwito

Konsert penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Di penghujung setiap konsert mingguan ini, sekurang-kurangnya seorang peserta yang menerima bilangan undian tercorot akan disingkirkan daripada pertandingan. Nasib semua peserta terserah sepenuhnya kepada undian penonton. Tiga konsert penyingkiran yang pertama diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, selepas itu berpindah ke Kompleks Sukan Panasonic di Shah Alam.[2]


Konsert 4 (14 April 2012)[sunting | sunting sumber]

Bintang Lagu Keputusan
Estranged "Nakal" (Gigi) Selamat
Adira "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) Selamat
Atilia "Gadis Semasa" (Yuna) Selamat
Ebi "Menyesal" (Sixth Sense) Selamat
Alyah "Tanpa Kekasihku" (Agnes Monica) Selamat
Aril "Terbang" (Gigi) 3 Tercorot
Hazama "Kejoraku Bersatu" (Search) Selamat
Kristal "Pawana" (Search) 2 Tercorot
Jaclyn Victor "Terukir Di Bintang" (Yuna) Selamat
Hafiz "Someone Like You" (Adele) Selamat
Shila Amzah "Hatimu Milikku" (Nera) Selamat
Chaq "Lelaki Seperti Aku" (Alif Satar) Tersingkir
Akim "Hey Jude" (The Beatles) Selamat
Awi Rafael "Pokok" (Hazama & Meet Uncle Hussain) Selamat
Stacy "Toxic" (Britney Spears) Selamat


Konsert 5 (17 April 2012)[sunting | sunting sumber]

Bintang Lagu Keputusan
Ebi "Anak Kampung" (Jimmy Palikat) Selamat
Akim "Inilah Cinta" (Akim) Selamat
Awi Rafael "The Show Must Go On" (Queen) Tersingkir
Shila Amzah "Kau atau Aku" (Elyana) Selamat
Adira "Kembang Perawan" (Gita Gutawa) Selamat
Kristal "Di Ambang Wati" (Wings) Selamat
Alyah "Kau" (Glenn Fredly) Selamat
Estranged "Rolling in the Deep" (Adele) Selamat
Aril "Kenangan Lalu" (Flybaits) 3 Tercorot
Jaclyn Victor "Matahariku" (Agnes Monica) Selamat
Stacy "Suralayar dalam D Major" (Search) Selamat
Atilia "All Night Long" (Lionel Richie) 2 Tercorot
Hazama "Semalam yang Hangat" (Wings) Selamat
Hafiz "Bukan Cinta Biasa" (Afgan) Selamat


Konsert 6 (21 April 2012)[sunting | sunting sumber]

Bintang Lagu Keputusan
Hazama "Cindai" (Dato' Siti Nurhaliza) Selamat
Adira "Destinasi Cinta" (Dato' Siti Nurhaliza) Selamat
Shila Amzah "Merisik Khabar" (Dato' Sudirman Arshad) Selamat
Atilia "Layar Impian" (Ella) Tersingkir
Ebi "Senandung Semalam" (Jamal Abdillah) Selamat
Akim "Sedetik Lebih" (Anuar Zain) Tersingkir
Aril "Kembali Senyum" (Izwan Pilus) Selamat
Stacy "Goyang Inul" (Inul Daratista) Selamat
Kristal "Yank" (Wali) Selamat
Jaclyn Victor "Grenade" (Bruno Mars) Selamat
Alyah "Khatimah Cinta" (6ixth Sense) 3 Tercorot
Hafiz "Karma" (Faizal Tahir) Selamat
Estranged "Itu Kamu" (Estranged) Selamat


Konsert 7 (28 April 2013)[sunting | sunting sumber]

Minggu ini merupakan minggu duet, yang mana setiap bintang bernyanyi bersama-sama artis undangan pilihan mereka.

Bintang Artis Duet Lagu Keputusan
Shila Amzah Noraniza Idris "Hati Kama" (Dato' Siti Nurhaliza & Noraniza Idris) Selamat
Stacy Cliff Umar "Total Eclipse of the Heart" (Bonnie Tyler) Selamat
Kristal Ella "Kesal" (Ella) Tersingkir
Aril Zahid "Ghazal Untuk Rabiah" (Jamal Abdillah & Dato' M. Nasir) 3 Tercorot
Estranged Velvet Aduk "Sudah" (Nidji) Tersingkir
Alyah Nora "Di Persimpangan Dilema" (Nora) Selamat
Hazama Lan "Suatu Masa" (Dato' M. Nasir) Selamat
Jaclyn Victor Maman "Warisan Wanita Terakhir" (Teacher's Pet) + "Pelesit Kota" (Search) Selamat
Hafiz Maya Karin "Ombak Rindu" (Hafiz & Adira) Selamat
Adira Shahir "Ku Pinang Kau Dengan Bismillah" (Pasha & Rossa) Selamat
Ebi Salma Asis "Kasih Tak Sampai" (Padi) Selamat


Konsert 8: Suku Akhir (5 Mei 2012)[sunting | sunting sumber]

Minggu ini bertema "Medley Malar Segar", yang mana setiap peserta dikehendaki menyanyikan serantaian lagu klasik.

Bintang Lagu Keputusan
Stacy "Fantasia Bulan Madu" (Search) + "Proud Mary" (Tina Turner) Selamat
Adira "Janji Manismu" (Aishah) + "Balqis" (Dato' Siti Nurhaliza) Selamat
Aril "Biarlah Bulan Bicara" (Broery Marantika) + "Kau Lupa Janji" (Jamal Abdillah) Selamat
Shila Amzah "Anggapanmu" (Ziana Zain) + "I'm Alive" (Celine Dion) 3 Tercorot
Hafiz "Lagenda" (Datuk Sheila Majid) + "Sinaran" (Datuk Sheila Majid) Selamat
Jaclyn Victor "Joget Angan Tak Sudah" (Jay Jay) + "Terasing" Dato' Sudirman Arshad) 2 Tercorot
Alyah "Jauh Di Sudut Hati" (Dato' Sudirman Arshad) + "Kasih" (Dato' Sudirman Arshad) Tersingkir
Ebi "Tunggu Sekejap" (Tan sri P. Ramlee) + "Kekasih Awal dan Akhir" (Jamal Abdillah) Selamat
Hazama "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi" (Alleycats) + "Kisah Kau dan Aku" (Alleycats) Selamat


Konsert 9: Separuh Akhir (12 Mei 2012)[sunting | sunting sumber]

Separuh akhir ini terbahagi kepada dua pusingan, yang mana setiap peserta mempersembahkan dua buah lagu untuk merebut lima tempat di konsert kemuncak.

Bintang Lagu Keputusan
Shila Amzah "My Life Would Suck Without You" (Kelly Clarkson)
"Maha Karya Cinta" (Faizal Tahir)
Tersingkir
Aril ""Ku Cari Damai Di Hati" (Gingerbread)
"Satu" (Dewa 19)
Selamat
Hafiz "Kaulah Segalanya" (Hazrul Nizam)
"My Baby You" (Marc Anthony)
Selamat
Jaclyn Victor "I Will Always Love You" (Whitney Houston)
"Tapi Bukan Aku" (Kerispatih)
Selamat
Hazama "Putihnya Lukisan" (Meet Uncle Hussain)
"What's Up" (4 Non Blondes)
Selamat
Ebi "Kasihnya Laila" (Jinbara)
"Tiga Malam Tanpa Bintang" (Fiq Halim)
Tersingkir
Stacy "Kasanova" (Stacy)
"Hukum Karma" (Wings)
Selamat
Adira "Karena Ku Sanggup" (Agnes Monica)
"Aku Skandal" (Hujan)
Tersingkir


Konsert 10: Akhir (19 Mei 2012)[sunting | sunting sumber]

Penganjuran Mania! berpindah balik ke Dewan Sri Putra sempena Konsert Akhir pada 19 Mei 2012. Lima orang bintang, kesemuanya kelahiran rancangan pertandingan realiti (Jaclyn Victor dari Malaysian Idol dan semua yang lain dari Akademi Fantasia) merebut hadiah utama wang tunai RM 500,000.

Konsert dibuka dengan persembahan berkumpulan oleh para peserta yang tersingkir bergilir-gilir mengikut empayar dan menyanyikan lagu-lagu ciptaan penaung masing-masing. Empayar biru menyanyikan lagu "Seribu Impian", empayar hijau "Itulah Sayang" dan "Laskar Cinta", dan empayar merah "Semerah Padi"; para penaung turut berlagu bersama anak-anak buahnya.


Persembahan Solo

Bintang Lagu Keputusan
Stacy "Takkan Melupakanmu" (Radja) Naib Juara
Hafiz "I Believe I Can Fly" (R. Kelly) Juara
Aril "Starlight" (Muse) Finalis
Jaclyn Victor "Gemilang" (Jaclyn Victor) + "Kenangan Terindah" (Samsons) Tempat Ketiga
Hazama "Saat Ku Idamkan" (Amy Search) Finalis

Persembahan Duet

Bintang Artis Duet Lagu
Stacy Fiq Halim "Cinta" (Melly Goeslaw & Krisdayanti)
Hafiz Siti Sarah "Beribu Sesalan" (3 Suara)
Aril Ari Lasso "Isabella" (Search)
Jaclyn Victor Tiar Jinbara "Arjuna Mencari Cinta" (Dewa 19)
Hazama Dato' Hattan "Kepadamu Kekasih" (Dato' M. Nasir, Jamal Abdillah & Dato' Hattan)


Malam konsert turut diserikan oleh persembahan dari tetamu undangan seperti Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan rantaian lagu para ketua empayar (di antara persembahan kedua Stacy dan Hafiz), iaitu "Mistikus Cinta" (Ahmad Dhani), "Gemuruh" (Aubrey Suwito), dan "Sejati" (Dato' M. Nasir), diikuti oleh Wings selepas kesemua para peserta habis membuat persembahan, dengan lagu-lagu "Peronda Jaket Biru", "Romania".


Keputusan diumumkan di akhir rancangan sebelum pukul 11: tempat ketiga dimenangi oleh Jaclyn Victor (hadiah wang tunai RM 100,000), tempat kedua oleh Stacy (RM 250,000) dan juara oleh Hafiz (RM 500,000).

Carta pengundian[sunting | sunting sumber]

Keputusan Undian Mengikut Kedudukan
(Selepas Talian Undian SMS Ditutup)

Ked. Konsert 4 Konsert 5 Konsert 6 Konsert 7 Konsert 8 Konsert 9 Konsert Akhir
1 Hafiz Jaclyn Jaclyn Ebi Aril Hazama Hafiz
2. Ebi Ebi Ebi Jaclyn Hafiz Hafiz Stacy
3. Stacy Stacy Stacy Hazama Hazama Stacy Jaclyn
4. Estranged Hafiz Hafiz Hafiz Stacy Jaclyn Hazama
5. Hazama Estranged Adira Stacy Ebi Aril Aril
6. Shila Hazama Shila Shila Adira Adira
7. Atilia Akim Hazama Adira Shila Shila
8. Akim Shila Kristal Alyah Jaclyn Ebi
9. Jaclyn Kristal Estranged Aril Alyah
10. Awi Adira Aril Estranged
11. Alyah Alyah Alyah Kristal
12. Adira Aril Akim
13. Aril Atilia Atilia
14. Kristal Awi
15. Chaq
Klu
     Juara
     Naib juara
     Tempat ketiga
     Finalis
     Bintang yang tersingkir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Evolusi Superstar dari MANIA!, era.fm, 21 Feb 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  2. ^ FENOMANIA DAN KONSERT DI LOKASI BARU Diarkibkan 2012-05-01 di Wayback Machine, Mania.com.my, 27 April 2012. Dicapai pada 28 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]