Pantai Merdeka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Pantai merdeka terletak di selatan muara Sungai Merbok. Dari pantai ini, pengunjung boleh melihat pemandangan indah Gunung Jerai dengan jelas, pengunjung juga boleh melihat Tanjung Dawai yang terletak di Utara Muara Sg. Merbok.

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai peranginan dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, pondok, surau, tandas, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.

Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.