Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean dan Timur Tengah Perang Dunia II
Soviet tankmen of the 6th Armoured Division drive through the streets of Tabriz (2).jpg
Askar-askar Divisyen Ke-6 Kereta Kebal Soviet melalui jalan Tabriz di atas kereta kebal ringan T-26.
Tarikh25–31 Ogos 1941[1]
Lokasi32°N 53°E / 32°N 53°E / 32; 53
Keputusan

Kemenangan Pihak Bersekutu

Perubahan
wilayah

Pendudukan Iran oleh tentera Bersekutu

  • Utara Iran diduduki oleh Soviet Union
  • Selatan Iran diduduki oleh Empayar British
Pihak yang terlibat
 Kesatuan Soviet
United Kingdom
 •  British Raj
 •  Australia
Negara Imperial Iran
Komandan dan pemimpin
Kesatuan Soviet Dmitri T. Kozlov
Kesatuan Soviet Sergei Trofimenko
United Kingdom Edward Quinan
United Kingdom William Slim
Shah Rezā Pahlavi
Ali Mansur
Mohammad-Ali Foroughi
Gholamali Bayandor 
Ahmad Nakhjavan
Mohammad Shahbakhti
Kekuatan
Soviet:
3 tentera darat medan
British:
2 divisyen dan 3 briged
4 sekoci
1 bot meriam
1 korvet
1 kruiser dagang bersenjata
1 kapal layar bersenjata
Bilangan kapal auksiliari yang tidak diketahui
9 divisyen
60 pesawat
2 sekoci
4 bot ronda
Kerugian dan korban
Soviet:
40 KIA
3 pesawat musnah
British:
22 KIA[3]
50 WIA[3]
1 kereta kebal musnah
~800 KIA
2 sekoci tenggelam,
2 bot ronda ditawan
6 pesawat musnah
Kasualti orang awam:
~200 orang awam Iran terkorban

Allied Forces Sweep on in Iran.png

Peta pencerobohan

Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran atau Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Parsi adalah penyerbuan bersama terhadap negara berkecuali Imperial Iran oleh United Kingdom dan Soviet Union pada Ogos 1941. Pencerobohan itu, dengan nama kod Operasi Countenance, sebahagian besarnya tidak ditentang oleh tentera Iran yang lemah dari segi bilangan anggota dan teknologi. Pencerobohan pelbagai cabang berkoordinasi berlaku disepanjang sempadan Iran dengan Iran moden, Azerbaijan dan Turkmenistan dengan pertempuran bermula pada 25 Ogos dan berakhir pada 31 Ogos apabila kerajaan Iran bersetuju secara formal untuk menyerah dan telahpun bersetuju untuk gencatan senjata pada 30 Ogos.[1]

Pencerobohan tersebut berlaku dua bulan selepas pencerobohan Paksi ke atas Soviet Union dan perikatan Soviet Union yang terkemudian dengan United Kingdom. Serangan juga berlaku kurang dari dua bulan selepas kemenangan Sekutu ke atas tentera pro-Paksi di negara tetangga Iraq dan Syria dan Lubnan Perancis.

Tujuan strategik pencerobohan itu adalah untuk memastikan keselamatan saluran bekalan Pihak Bersekutu ke Soviet Union (lihat Koridor Parsi), melindungi medan minyak Iran, menghadkan pengaruh Jerman di Iran (Reza Shah dianggap mesra dengan Jerman Nazi) dan menghalang sebarang kemaraan tentera Paksi dari Turki melalui Iran menuju medan minyak Baku atau India British. Susulan dari pencerobohan itu, pada 16 September 1941 Reza Shah turun takhta dan telah dibuang negeri oleh penceroboh British. Baginda telah digantikan oleh putera muda Mohammad Reza Pahlavi.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Immortal : A Military History of Iran and Its Armed Forces, Steven R. Ward, Georgetown University Press, 2009, p. 169
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Milani tidak disediakan
  3. ^ a b Compton Mackenzie, Eastern Epic, p. 136
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Farrokh 03 tidak disediakan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Esposito, John (1998). Islam and Politics (ed. 4th). Syracuse University Press. ISBN 978-0-8156-2774-6.
  • Гречко/Grechko, А. А. (1976). Годы Войны/Gody voiny, 1941–1943 [The War Years, 1941–1943] (dalam bahasa Rusia). Moskva: Voenizdat. OCLC 14013882.
  • Mackenzie, Compton (1951). Eastern Epic: September 1939 – March 1943, Defence. I. London: Chatto & Windus. OCLC 53462081.
  • Kozhanov, Nikolay A. "The Pretexts and Reasons for the Allied Invasion of Iran in 1941." Iranian Studies 45#4 (2012): 479–497.
  • Pollack, Kenneth (2004). The Persian Puzzle: The Conflict between Iran and America. New York: Random House. ISBN 978-1-4000-6315-4.
  • Stewart, Richard A. Sunrise at Abadan: the British and Soviet invasion of Iran, 1941 (Praeger Publishers, 1988), A standard scholarly history.
  • Wavell, Archibald (1942). Despatch on Operations in Iraq, East Syria, and Iran From 10th April, 1941 to 12th January 1942 (PDF). London: HMSO. as published in "No. 37685". The London Gazette (Supplement). 13 August 1946. m/s. 4093–4101.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Changes in political power in Iran