Politik Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jepun

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Jepun



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Politik Jepun berlangsung dalam rangka raja demokrasi berperwakilan berparlimen.

Parlimen Jepun[sunting | sunting sumber]

Sidang Parlimen Jepun atau Kokkai.

Jepun mengamalkan sistem negara raja berperlembagaan berasaskan sistem British. Parlimen dwidewannya digelar Kokkai (国会). Kokkai terdiri daripada Dewan Perwakilan (衆議院, Shuugi-in, 480 kerusi); dan Dewan Kaunselor (参議院, Sangi-in, 242 kerusi). Warganegara Jepun yang berumur 20 tahun ke atas berhak mengundi.

Kabinet Jepun dianggotai Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Perdana Menteri merupakan salah seorang anggota Kokkai yang dilantik oleh rakan-rakan sejawatnya. Perdana Menteri berkuasa melantik menteri-menteri yang lain.

Parti Liberal Demokratik (LDP) memerintah sejak 1955 (kecuali 1993) dan ditubuhkan sebagai gabungan dua parti konservatif: parti Liberal dan parti Demokratik. LDP kini memerintah secara bersama dengan parti fahaman Buddha, Parti Komeito Baru. Parti-parti pembangkang termasuk Parti Demokratik, Parti Demokratik Sosial dan Parti Komunis.

Perdana Menteri terkini, Shinzo Abe, menganggotai parti LDP.

Keluarga Diraja[sunting | sunting sumber]

Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja, yang juga merupakan ketua negara Jepun. Namun, beliau hanya memainkan peranan dalam upacara-upacara istiadat dan tidak memiliki sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara. Maharaja Jepun merupakan lambang perpaduan negara dan rakyat Jepun.

Maharaja pada masa ini adalah Akihito (明仁), maharaja yang ke 125. Beliau menaiki takhta setelah ayahnya, Hirohito, mangkat pada 7 Januari 1989. Beliau ditabalkan pada 12 November 1990. Anaknya, Tengku Mahkota Naruhito, berkahwin dengan orang biasa, Masako Owada, dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Puteri Aiko.