Kolej Teknologi Bestari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kolej Teknologi Bestari (KTB) ialah sebuah kolej di bawah PEYATIM yang terletak di Permaisuri, Setiu, Terengganu, Malaysia. Mohd Hafiz bin Sidik merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kolej kemahiran ini. Pada 17 Disember 2016, cawangan pertama KTB yang di bawah pimpinan Pengerusi Eksekutif, YM. Prof. Dato. Dr. Tengku Mahmud bin Tengku Mansor, telah dibuka di kawasan Taman Nirwana, Ampang iaitu KTB Ampang.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada sesi Jun 2006/2007 , Kolej Teknologi Bestari telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran. Pada peringkat awal penubuhan jabatan ini, sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu program Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 2), Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 3), Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (Tahap 2) dan Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (Tahap 3), yang keempat-empat program ini menjadi nilai tambah bagi pelajar-pelajar yang mengambil sijil akademik.

Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 2008 Jabatan Pembangunan Kemahiran Kolej Teknologi Bestari telah menambah dua lagi program kemahiran iaitu program Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer (tahap 2) dan Juruteknik Rangkaian Komputer (Tahap 3). Sejak itu, keenam-enam program kemahiran yang ditawarkan bukan lagi menjadi nilai tambah malah menjadi satu program wajib untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pengajian dalam bidang akademik.

Pada bulan Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari telah dinaik taraf kepada University College Bestari (UCB). Dengan itu, pada bulan Mei 2013, program kemahiran telah beroperasi sendiri dengan nama Kolej Teknologi Bestari (Kemahiran). Walau bagaimanapun, Kolej Teknologi Bestari (Kemahiran) masih boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang berada di UCB seperti bilik kuliah, makmal, asrama dan sebagainya.

Pada bulan Januari 2013, Kolej Teknologi Bestari (Kemahiran) telah menambah satu lagi program. Program tersebut ialah program Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer (Tahap 4) iaitu peringkat diploma. Program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar kemahiran bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.[2]

Program ditawarkan[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Rangkaian Komputer
  • Diploma Sistem Komputer
  • Diploma Sistem Maklumat
  • Sijil Pegawai Latihan Vokasional (VTO)

Rujukan[sunting | sunting sumber]