Universiti Terbuka Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti Terbuka Malaysia
Open University Malaysia
Logo-oum-v1.jpg
Logo Open University Malaysia
MotoUniversiti Untuk Semua
Moto dalam bahasa Inggeris
University for All
JenisSwasta
Ditubuhkan pada2000
CanselorTun Jeanne Abdullah
Naib CanselorProf Dr Ahmad Izanee Awang
Pro-CanselorTan Sri Dato' Azman Hashim
Lokasi
Kelana Jaya
Petaling Jaya
,
KampusUrban
WarnaBiru, dan Perak
         
Nama samaranOUM
Laman sesawanghttp://www.oum.edu.my/

Universiti Terbuka Malaysia ataupun Open University Malaysia merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Universiti ini menjalankan pendidikan jarak jauh, pengajian secara dalam talian atau bersemuka. Universiti ini lebih menumpukan kepada pekerja yang ingin mendapatkan pendidikan pengajian tinggi secara separa penuh.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) merupakan sebuah Universiti Terbuka pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan dan dimiliki oleh Multimedia Technology Enhancement Operations (METEOR) Sdn. Bhd. iaitu gabungan atau konsortium 11 universiti Institut Pengajian Tinggi Awam Utama di Malaysia. Ia merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama menggunakan kaedah 'ODL' (Open Distance Learning) secara interaktif.[perlu rujukan]

Kini, Universiti Terbuka Malaysia mempunyai Pusat Pembelajaran di seluruh Malaysia. Antaranya di Kolej Telekom Taiping, Pusat Matriks Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain. Selain itu, Universiti Terbuka Malaysia mempunyai pusat pembelajaran wilayah di Kelantan, Kedah, Penang, Perak, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]