Pergi ke kandungan

Organisasi tentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Unit tentera)

Unit-unit tentera disusun di dalam organisasi bagi melicinkan pentadbiran semasa aman atau perang. Organisasi ini mungkin terdiri daripada sejumlah tentera, kapal, kenderaan atau kapal terbang. Tentera darat, laut dan udara diatur mengikut susunan dalam kumpulan pelbagai saiz bagi tujuan fungsi, taktik atau pentadbiran.

Secara teknikal, sebuah unit adalah organisasi tentera tunggal yang homogenus; tidak bercampur dengan elemen atau pasukan lain, seperti sebuah batalion (infantri) atau sebuah rejimen (kavalri) secara berasingan menjalankan fungsi pentadbiran dan pemerintahan "pada tahap unit". Organisasi lebih kecil seperti kompeni, platun dan seksyen disebut "unit kecil". Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai unit dan minor unit.

Apabila unit-unit bergabung di bawah satu pemerintahan (command, atau Angkatan Tentera Malaysia lazimnya menggunakan kata "markas"), ianya disebut formasi. Justeru formasi bermula dengan briged, divisyen, kor dan seterusnya ke atas.

Senarai komposisi spesifik unit-unit dan formasi-formasi yang terdapat di dalam sesuatu pasukan tentera dikenali sebagai "Senarai tempur" atau Order of Battle.

Organisasi tentera darat

[sunting | sunting sumber]

Artikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa istilah yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan istilah-istilah dalam angkatan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.

APP-6A Simbol Nama Jumlah anggota Jumlah unit bawahan Pegawai Memerintah
XXXXXX Markas Bersepadu[1] atau setaraf
Rantau
Kancah
1,000,000–10,000,000 4+ kumpulan tentera darat OF-10: Fil Marsyal, Jeneral Tentera Darat (AS)
OF-9: Jeneral, Jeneral ketumbukan atau Kolonel Jeneral
XXXXX Kumpulan tentera darat atau setaraf
Barisan
400,000–1,000,000 2+ tentera darat OF-10: Fil Marsyal, Jeneral Tentera Darat (AS)
OF-9: Jeneral, Jeneral ketumbukan atau Kolonel Jeneral
XXXX Tentera Darat 100,000–200,000 2-4 kor OF-10: Fil Marsyal, Jeneral Tentera Darat (AS)
OF-9: Jeneral, Jeneral ketumbukan atau Kolonel Jeneral
XXX Kor 20,000–50,000 2+ divisyen OF-9: Jeneral ketumbukan[a]
OF-8 atau OF-9: Jeneral atau Jeneral kor
OF-8: Leftenan Jeneral atau Kolonel Jeneral[b]
XX Divisyen 6,000–25,000 2-4 briged atau rejimen OF-7 or OF-8: Leftenan Jeneral atau Jeneral divisyen
OF-7: Mejar Jeneral
X Briged, Legion 3,000–5,000 2+ rejimen atau 3–6
batalion atau rejimen Komanwel
OF-6 or OF-7: Mejar Jeneral atau Jeneral Briged
OF-6: Brigedier, Brigedier Jeneral
OF-5: Kolonel (sesetengah negara dalam beberapa situasi sahaja)
III Rejimen 1,000–3,000 2–4 batalion atau skuadron kavalri AS Kolonel
II Batalion atau Rejimen 300–1,000 2–6 kompeni atau skuadron Leftenan Kolonel
I Kompeni, Skuadron atau Bateri artileri 80–250 2–8 platun atau trup Kapten atau Mejar
••• Platun atau Trup 26–55 2+ skuad atau seksyen Leftenan Muda atau Leftenan
•• Seksyen 8–12 2+ pasukan penyerang Koperal sehingga Staff Sarjan
Skuad or krew 8–12 2+ pasukan penyerang Koperal hingga Staf Sarjan
Ø Tim penyerang 4–5 Tidak berkaitan Lans Koperal hingga Sarjan
Ø Tim peninjau 2 Tidak berkaitan Sebarang

Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged.

Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (batalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platun), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun.

Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Pemerintahnya dipanggil Panglima Medan Tentera Darat.

Organisasi tentera laut

[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan pasukan darat, organisasi tentera laut, pada kebanyakan masa secara amnya, hampir tidak statik. Ini sering berlaku terutama bagi formasi flotilla dan formasi yang lebih besar darinya. Formasi-formasi kadangkala mengalami perubahan dengan cepat sama ada diceraikan atau digabungkan untuk memenuhi objektif atau tugasan tertentu yang ditetapkan oleh tentera laut. Bagaimanapun wujud organisasi yang dapat dikenalpasti dan dianggarkan saiznya walaupun tidak tetap malahan bukan untuk jangkamasa yang panjang.


Nama Unit Jenis kapal Jumlah kapal Pegawai memerintah
Tentera laut atau Admiralti Semua kapal dalam tentera laut 2+ Armada Laksamana Armada, Laksamana Besar atau Laksamana
Armada Semua kapal di lautan atau wilayah umum 2+ Armada Tempur atau Pasukan petugas Laksamana atau Laksamana Madya
Armada Tempur atau Pasukan petugas Sejumlah besar kapal dari semua jenis 2+ Kumpulan Petugas Laksamana Madya
Kumpulan Petugas[2] Himpunan kapal-kapal pelengkap 2+ Unit petugas atau Skuadron Laksamana Muda (kanan) atau Laksamana Muda
Skuadron atau Unit Petugas Biasanya kapal utama Sejumlah kecil kapal Laksamana Muda (rendah), Komodor, atau Laksamana Flotila
Flotila atau Unit Petugas Biasanya bukan kapal utama Sejumlah kecil kapal, biasanya dari jenis yang sama atau serupa Laksamana Muda (rendah), Komodor, atau Laksamana Flotila
Elemen Petugas Sebuah kapal Satu Kepten atau Komander


Tentera Laut Diraja Malaysia bukanlah sebuah pasukan tentera laut yang besar sepertimana Tentera Laut Amerika dan tidak mempunyai formasi sebesar kumpulan tugasan atau Task Group. Di dalam TLDM terdapat Markas Wilayah Laut yang bertindak seperti Task Group tetapi kedudukannya lebih bersifat tetap atau statik. Ianya ialah markas atau command di daratan tidak di kapal laksamana atau kapal induk sebagaimana kumpulan tugasan. Sesebuah Markas Wilayah Laut lazimnya diletakkan di bawah pemerintahan seorang Laksamana Pertama.

Organisasi tentera udara

[sunting | sunting sumber]

Organisasi tentera udara adalah lebih bersifat statik daripada tentera laut dan disusun mengikut kawasan pemerintahan. Struktur organisasi tentera udara berbeza-beza antara negara: sesetengah tentera udara (seperti Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja British atau RAF) telah dibahagikan kepada markas pemerintahan, grup dan skuadron; lain-lain (seperti Tentera Udara Soviet) mempunyai sebuah struktur organisasi gaya Tentera Darat. Tentera Udara Diraja Kanada yang moden menggunakan Divisyen Udara sebagai formasi antara Wing dan seluruh pemerintahan udara. Seperti RAF, Wing Kanada terdiri daripada skuadron.

Simbol (untuk perbandingan struktur Tentera Darat) Nama Unit (USAF/RAF/Tentera Udara lain) Jumlah anggota Jumlah pesawat Jumlah unit bawahan (USAF/RAF) Pegawai memerintah (USAF/RAF)
XXXXXX + Markas bersepadu[3] atau Tentera udara nasional Seluruh tentera udara Seluruh tentera udara Semua Markas Utama / Markas GA / MRAF atau Air Chf Mshl
XXXXX Markas Utama/Markas atau Tentera udara taktikal / Ketumbukan udara[4] Berbeza-beza Berbeza-beza Mengikut Wilayah atau Tugas (unit bawahan berbeza-beza) Gen/Air Chf Mshl atau Air Mshl
XX Tentera Udara Bernombor/Tiada persamaan RAF/Divisyen Penerbangan /Divisyen Udara/Briged Udara Mengikut Wilayah (unit bawahan berbeza-beza) Berbeza-beza 2+ Wing/Grup Maj-Gen / N/A
X Wing/Grup (termasuk EAG)/Briged udara Rusia 1,000–5000 48–100 2+ Grup/Wing Brig-Gen/AVM atau Air Cdre
III Grup/Wing (termasuk EAW) atau Pangkalan/Rejimen udara Rusia 300–1,000 17–48 3–4 Skuadron/3–10 Flight Col/Gp Capt atau Wg Cdr
II Skuadron 100–300 7–16 3–4 Flight Lt Col atau Maj/Wg Cdr atau Sqn Ldr
••• Flight 20–100 4–6 2 Seksyen campur penyelenggaraan dan kru sokongan Capt/Sqn Ldr atau Flt Lt
•• Elemen atau Seksyen 5–20 n/a–2 n/a Pegawai Muda atau PTT Kanan
Detail 2–4 n/a n/a PTT Muda

Di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, organisasinya lebih mirip Tentera Darat Malaysia. TUDM mempunyai tiga divisyen udara yang diletakkan di bawah Markas Operasi Udara. Menyamai TDM sesebuah divisyen udara dipimpin oleh Mejar Jeneral TUDM dan Markas Operasi Udara dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral TUDM. TUDM tidak menggunakan formasi yang lebih besar ini, justeru pangkat TUDM yang disertakan dalam jadual di atas hanya sebagai perbandingan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Some countries such as Brazil.
  2. ^ Eastern Bloc
  1. ^ FM 1-02 Operational Terms and Graphics. US DoD. 21 September 2004. m/s. 5–37.
  2. ^ Group. GlobalSecurity.org. Retrieved 2009-08-30.
  3. ^ FM 1-02 Operational Terms and Graphics. US DoD. 21 September 2004. m/s. 5–37.
  4. ^ http://www.airpages.ru/ru/vvs1.shtml Red Army VVS Organisation(rus)