Zaiton binti Sameon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Zaiton Sameon
Nama lahir Zaiton binti Haji Sameon
Juga dikenali sebagai Zaiton Sameon
Kelahiran 1957 (umur 59–60)
Berasal dari Malaysia Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif

1987 - 1990

2009 - sekarang
Label BMG

Zaiton Sameon merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal pada dekad 1980-an.

Permulaan Karier[sunting | sunting sumber]

Zaiton mula mencipta nama apabila menjuarai Juara Lagu 1987 dengan lagu popularnya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan

Kemalangan ngeri[sunting | sunting sumber]

Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah mengalami gangguan emosi selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Dalam tempoh tersebut, rakan-rakannya memberi sokongan dengan menghasilkan "album Kami Bersamamu Zaitun Sameon.".

Kini[sunting | sunting sumber]

Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Beliau masih lagi mendapat banyak undangan nyanyian sehingga kini. Beliau juga antara penyanyi yang menghadiri Anugerah Juara Lagu yang ke 30 pada tahun 2016 dan turut menyanyikan korus lagu Menaruh Harapan yang pernah memenangi anugerah Juara Lagu yang ke 2 pada tahun 1987.

Pada bulan Jun 2015, Zaiton Sameon mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Album terbaru daripada "Zaiton Sameon" , Terimalah Aku sudah selesai dirakam pada tahun 2016 tetapi masih belum dilancarkan kerana ingin menunggu masa yang sesuai dan mungkin bakal dilancarkan pada tahun 2017. Album baru tersebut akan dimuatkan dengan lagu-lagu balada dan melodinya lebih kepada lagu era 90-an kerana beliau beranggapan bahawa penggemar muzik masih lagi menggemari lagu-lagu era 90-an.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • 1987 : Menaruh Harapan
  • 1988 : Kabut Serangkai Mawar
  • 1989 : Diriku Yang Tersingkir
  • 1997 : Kembali Lagi
  • 2003 : Menadah Impian
  • 2004 : Album Ratu Sensasi
  • 2004 : Cinta Sepanjang Masa
  • 2017 : Terimalah Aku (masih belum dilancarkan)

Filem Zaiton Ceritaku[sunting | sunting sumber]

Pada 01 November 2012, filem biografi Zaiton Ceritaku mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem arahan Esma Daniel ini diterajui oleh Nadiah Aqilah yang memegang watak utama dan turut dibintangi oleh Shahronizam Noor, Karl Shafek, Norlia Ghani, Fazlina Ahmad Daud dan Arash Mohamad. filem Zaiton Ceritaku ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Zaiton Sameon memenangi anugerah Juara Lagu 1987

Anugerah Juara Lagu 1987[sunting | sunting sumber]

  • "Menaruh Harapan" (A. Ali / Habsah Hassan / Zaiton Sameon)

Persembahan terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Zaiton Sameon - "Menaruh Harapan"

Lirik terbaik[sunting | sunting sumber]

  • "Menaruh Harapan" - Habsah Hassan

Rujukan[sunting | sunting sumber]