Aznil Nawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aznil Haji Nawawi)
Lompat ke: pandu arah, cari
Aznil Haji Nawawi
Fail:Aznil.jpeg
Lahir Aznil bin Nawawi
6 November 1962 (50 tahun)
Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia

Aznil Nawawi merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio di Malaysia. Aznil dilahirkan pada 6 November 1962 dan sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 22 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), 22, dan Fariq Haizen (Riki), 17.

Isi kandungan

Biografi[sunting]

Aznil yang lahir dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, ini memegang ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan TV3.

Ketika memulakankerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?.

Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengacara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2002 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.

Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa.

Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan "macam-macam". Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura kini disiarkan di Astro Prima.

Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots.

Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

Aznil dan kanak-kanak di rancangan Tom Tom Bak

Pada tahun 2009, Aznil digandingkan bersama Din Beramboi [1] sebagai pasangan juruhebah terbaru rancangan Riuh Pagi di Era, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM.

Aznil & Allahyarham Din Beramboi semasa digandingkan menjadi penyampai radio di Era .

Rancangan pengacaraan beliau[sunting]

Beliau melibatkan diri bersama hampir semua stesen tv tempatan. Antaranya

Daftar filem[sunting]

1995
2004
2005
2006
  • Robots: Rodney Copperbottom (watak utama, alih suara)
  • Cicak-Man: Profesor Klon (watak utama)
2007
  • Otai: Pengacara Program Otai (penampilan kameo)
2008
  • TMNT: Raphael (watak utama, alih suara)
  • Cicak-Man 2: Profesor Klon (watak utama)
2010
  • Magika ; Pak Pandir [watak pembantu]
2012;
  • [Hoore Hoore] Rizal [watak pembantu]

Diskografi[sunting]

Aznil (2008)[sunting]

Album mini Aznil Nawawi telah diterbitkan dan dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos 2008. Album mini tersebut yang berjudul "Aznil" merangkumi 3 lagu gubahan Edry Abdul Halim dan 1 lagu nyanyian semula. 2 daripadanya merupakan lagu runut bunyi dari filem-filem terbitan KRU Films (kini KRU Studio) iaitu Duyung dan Cicak-Man.[2]

Senarai runut[sunting]

  1. Teramat Sangat (runut bunyi Duyung)
  2. Profesor Klon (runut bunyi Cicak-Man)
  3. Jangan Cepat Marah
  4. Toyol (nyanyian semula lagu asal 1979 oleh Sudirman Hj Arshad)

Fail:Aznil Raya.jpg

Pencapaian[sunting]

2011[sunting]

  • Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2010)
  • Most Inspirational Host (TV3 Mykids Award)

2010[sunting]

  • Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2009)

2009[sunting]

  • Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2008)

2008[sunting]

  • Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2007)

2007[sunting]

  • Bual Bicara Terbaik (Anugerah Skrin 2007 Kategori Penerbitan Dalaman) - Macam-Macam Aznil

2006[sunting]

  • Pengacara TV Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular 2006)

2005[sunting]

  • Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2005)
  • Rancangan Bual Bicara Terbaik (Asian Television Award 2005, Singapura) - Macam-Macam Aznil
  • Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2005)

2004[sunting]

  • Rancangan Hiburan TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004) - Macam-Macam Aznil
  • Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2004)
  • Anugerah Khas (Media Hiburan 2004)
  • Pengacara TV Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 2004)

2003[sunting]

  • Pengacara TV Popular (Anugerah Bintang Popular 2003)

Lihat juga[sunting]

Pautan luar[sunting]

Rujukan[sunting]