Wee Ka Siong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk
 Wee Ka Siong
(Cina: 魏家祥)
Wee Ka Siong

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
18 Mac 2008
Didahului oleh Hon Choon Kim (1999-2008)

Ahli Parlimen
untuk Ayer Hitam, Johor
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
2004
Majoriti 15,763 (2004), 27,458 (2008)

Ketua Pemuda MCA
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
13 Oktober 2008 (menang tanpa bertanding)
Didahului oleh Liow Tiong Lai (2002-2005)

Setiausaha Agong Pemuda MCA
Tempoh berjawat
20 Ogos 2005 – 18 Oktober 2009
Didahului oleh Liow Tiong Lai (2002-2005)
Digantikan oleh Chai Kim Sen

Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
27 Julai 2008
Didahului oleh Freddie Long Hoo Hin (1993-2008)

Pengerusi MCA Negeri Melaka
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
11 November 2008
Didahului oleh Foong Chan Onn (2005-2008)

Tarikh lahir 20 Oktober 1968 (45 tahun)
Tempat lahir Jasin, Melaka, Malaya
Parti politik MCAMCA-Barisan Nasional
Pasangan Lim Hai Ean 林海燕
Anak 2
Tempat tinggal Johor Bahru, Johor
Pekerjaan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam
Agama Buddhisme
Laman web http://weekasiong.com.my

YB Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor dari BN-MCA. Beliau lahir pada 20 Oktober 1968 di Melaka. Beliau kini merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 9 April 2009 , beliau sekali lagi dipilih sebagai Timbalan Menteri Pelajaran di bawah Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau menegaskan dia akan bekerja lebih keras lagi demi rakyat Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992),
  • M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996),
  • Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)

Politik MCA[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Oktober 2008, beliau menang tanpa bertanding atas kerusi Ketua Pemuda MCA. Maka dengan ini, beliau akan menjadi salah seorang anggota tetap pemuda barisan nasional.

Selain daripada itu, beliau juga dilantik oleh Presiden MCA, Ong Tee Keat sebagai Pengerusi MCA negeri Melaka pada 11 November 2008. Maka dengan itu, Beliau mempunyai 3 jawatan yang penting dalam Karier politik beiau iaitu Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru, Ketua Pemuda MCA kebangsaan dan Pengerusi MCA Negeri Melaka.

Beliau juga merupakan Ketua Biro Pendidikan MCA Kebangsaan.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

YB Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen MCA yang menang paling banyak majoriti pada Pilihan Raya Malaysia ke-12 (2008). Beliau menewaskan Haji Hussin Sujak dari PAS sebanyak 13,909 undi. Beliau menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi Penggal kedua selepas menang pada pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004. Pada 2004, beliau menewas Mohd Zamri bin Mat Taksis denggan majoriti 15,763.

Selepas dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, beliau terus bergerak ke sekolah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah yang dialami oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini termasuklah peruntukan sekolah, masalah yang dialami oleh guru-guru dan pelajar, dan hal-hal yang berkaitan.

Penganugerahan[sunting | sunting sumber]

YB Datuk Dr Wee Ka Siong adalah antara 77 penerima anugerah bagi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.

Beliau adalah antara 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober 2008.

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Februari 2010, Wee Kah Siong memfailkan saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghalang Tan Sri Robert Phang dan Star Publications (M)Berhad daripada terus menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur fitnah dengan mengaitkan beliau dengan skandal PKFZ. Phang merupakan anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penerbit akhbar harian The Star . Artikel pada 25 Dis 2009 dan 12 Jan 2010 menggambarkan Wee mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.Peguam Ben Chan mewakili Wee Kah Seong, Gobind Singh Deo dan Ang Hean Leng mewakili Robert Phang, manakala Yee Mei Ken dan Chai Siew Wan mewakili Star Publications.[1]

Permohonan tersebut ditolak dengan alasan kegagalan menyatakan sebarang keadaan khas dalam permohonan tersebut bagi mahkamah membenarkan perintah tersebut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]