Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
| Yang Berhormat Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah |
|
|
Menteri Kewangan II
|
|
| Tempoh berjawat 18 Mac 2008 – kini |
|
| Didahului oleh | Nor Mohamed Yakcop |
|---|---|
| Majoriti | 9,325 (PRU-13) |
|
|
|
| Tempoh berjawat 8 Mac 2008 – kini |
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 21 Julai 1952 |
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pasangan | Fauziah Kamarudin |
| Anak | 4 |
| Pekerjaan | |
| Agama | Islam |
Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.
Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Isi kandungan |
Kerjaya [sunting]
- 1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
- 1989 - Pengurus Besar di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
- 1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- 2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
- 2002 - Pengerusi MATRADE
- 2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
- 2009 - Pengarah Khazanah Nasional Berhad
Politik [sunting]
- 1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
- 1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
- 1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
- 1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
- 1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun
Pilihan Raya [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun , negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.
Kontroversi [sunting]
- Pada 7 Mac 2010, Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun meminta Ahmad Husni memohon maaf berhubung ucapan perkauman dalam majlis Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang 5 Mac 2010.[1]