Omar Ong Yoke Lin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Omar Ong Yoke Lin

SSM, PMN; SPMS (Selangor); SPDK (Sabah); DPMS (Selangor)
Yang di-Pertua Dewan Negara ke-5
Dalam jawatan
23 Februari 1973 – 31 Disember 1980
Didahului olehAbdul Hamid Khan Sakhawat Ali Khan
Digantikan olehIsmail Khan
Butiran peribadi
Lahir(1917-07-23)23 Julai 1917
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia1 Julai 2010(2010-07-01) (umur 92)
Persiaran Duta, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politikPersatuan Cina Malaysia (MCA)
PasanganToh Puan Dato' Seri Dr. Aishah Ong (k. 1974)
Anak-anak3

Tun Omar Ong Yoke Lin (23 Julai 1917 – 1 Julai 2010) ialah ahli politik MCA, Malaysia keturunan Cina yang telah memeluk agama Islam. Beliau merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet Malaysia pertama pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Omar Ong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Julai 1917. Bersekolah di Victoria Institution bersama Yahya Razak.Beliau lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London pada 1934. Omar memeluk Islam pada 1961.

Politik[sunting | sunting sumber]

Omar Ong Yoke Lin merupakan seorang daripada pengasas MCA . Pada 1952 beliau bersama-sama Datuk Yahya Razak dari Umno merintis pembentukan Perikatan MCA-Umno untuk bertanding dalam pilihan raya . Seterusnya melahirkan gabungan parti pelbagai kaum dan pelopor kepada Barisan Nasional yang menjadi parti pemerintah kerajaan Malaysia.

Tunku Abdul Rahman dalam bukunya "Looking Back" (1975) menceritakan asas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British. 9 dari 12 kerusi pada pilihan raya dimenangi. Kemudian MIC turut serta.

Omar menjadi Ketua MCA Selangor. Seterusnya Naib Presiden MCA dan anggota Parlimen Hulu Selangor.

Rombongan ke London[sunting | sunting sumber]

Beliau bersama empat anggota parti Perikatan menggubal Perlembagaan Malaya (Tanah Melayu) ketika di London pada April 1957 sebelum kemerdekaan pada 31 Ogos tahun yang sama.

Pada 1961, Omar Ong mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak bagi membincangkan Pembentukan Malaysia dan merupakan seorang daripada wakil yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada September 1963.

Beliau salah seorang ahli Kabinet Malaysia pertama dengan jawatan Menteri Pos dan Telekom . Kabinet pimpinan Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 10 menteri kabinet pada 1955. Menteri lain ialah Tun Abdul Razak, Tun V T Sambanthan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun H. S. Lee. Antara 1956-1957, beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan dalam kabinet pertama selepas kemerdekaan, Omar diberi portfolio Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat (1959-1962) serta menteri tak berportfolio (1962-1973).

Pada Mei 1962, Omar pergi ke Amerika Syarikat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu(1962-1972) selama 10 tahun. Beliau menjadi presiden Dewan Negara (1973-1980) dan bersara dari politik.

Pilihan raya 1959[sunting | sunting sumber]

Selaku ahli politik Perikatan/ MCA ,beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Hulu Selangor, negeri Selangor (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Sektor swasta[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara, beliau menjadi Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.

Persatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Tun Omar meninggal dunia pada hari Khamis, 1 Julai 2010 akibat sakit tua di kediamannya di No. 44, Persiaran Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.15 pagi. Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1959" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-12-27.
  2. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 27 December 2020.
  3. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1979" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-10. Dicapai pada 2020-12-27.
  4. ^ "DPMS 1971". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 27 Februari 2021.[pautan mati kekal]
  5. ^ "SPMS 1973". awards.selangor.gov.my. Dicapai pada 27 Disember 2020.[pautan mati kekal]
  6. ^ Belasungkawa: Perginya Omar Ong Yoke Lin, Perintis Perikatan
  7. ^ Tun Omar Ong Dikebumikan Selepas Asar Hari Ini