M. Kulasegaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 M. Kulasegaran V. Murugeson
எம்.குலசேகரன்
M. Kulasegaran

Ahli Parlimen
untuk P65 Ipoh Barat, Perak
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Majoriti 15,534

Parti politik DAP-100px.jpg DAP
Pekerjaan Ahli Parlimen

Yang Berhormat M. Kulasegaran V. Murugeson merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat, Perak dari DAP dan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau memenangi kerusi Ipoh Barat dengan 22,953 undi, mengalahkan Ho Cheong Sing dari Barisan Nasional dengan 22,337 undi dan dengan majoriti 598 undi sahaja.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pula beliau mempertahankan kerusi Ipoh Barat dengan mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Yik Phooi Hong dengan majoriti sebanyak 15,534 undi. Beliau memperolehi 32,576 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 17,042 undi.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ketuanan Melayu[sunting | sunting sumber]

M Kulasegaran telah mempersoalkan Ketuanan Melayu , DEB dan diskriminasi terhadap bukan Melayu di Dewan Rakyat pada Disember 2009 hingga mencetuskan kekecohan. Dalam Perlembagaan Persekutuan memang ada Perkara 153 tetapi tidak ada Ketuanan Melayu. Realitinya ramai orang Melayu menjadi pengawal keselamatan kepada majikan Cina dan India.

Pada 5 Disember 2009, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail menghantar memorandum bantahan kepada pejabat DAP di Ipoh. Kain rentang berupa memo turut dipasang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]