Sivakumar A/L Varatharaju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat
 V. Sivakumar
Sivakumar A/L Varatharaju

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
25 April 2008 - 7 May 2009
Didahului oleh Junus Wahid
Digantikan oleh R. Ganesan

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Tronoh
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 March 2008
Didahului oleh Lee Kon Yin
Majoriti 2,571

Tarikh lahir 1971
Parti politik DAP-Pakatan Rakyat
Profesion Ahli perniagaan

Sivakumar A/L Varatharaju merupakan ahli politik DAP dan menjadi ADUN kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia. Beliau menjadi orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia selepas menggantikan Yunus Wahid (2000-2008).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sivakumar dilahirkan pada 1971 .Ayahnya M. Varatharaju dan ibunya S. Karunakari.


Sivakumar menyertai politik pada 1997 sebagai setiausaha politik ahli parlimen Ipoh BaratM. Kulasegaran . Pada 2008 beliau menang bertanding di DUN Tronoh, Perak mengalahkan Lee Kim Choy dengan majoriti 2,571.

Sivakumar lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan .

Speaker DUN Perak[sunting | sunting sumber]

Dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan Speaker lebih tinggi statusnya daripada pengerusi majlis. Pada 25 Ogos 2008 beliau diundi secara rahsia menjadi Speaker DUN Perak dengan 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong wakil wanita DAP dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Beliau dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac 2009 kerana ia dijadualkan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak sebagaimana diperuntukkan menurut perlembangaan Negeri Perak.[1] [2]Bagaimanapun, walaupun tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, persidangan itu diteruskan di bawah pokok dan 3 usul telah diluluskan. Persidangan tersebut kemudiannya diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah.

Dalam Persidangan DUN Perak Mei 2009, Dr Zambry Abdul Kadir telah memecat beliau dari jawatan Speaker. A Ganesan dari MIC dilantik sebagai Speaker yang baru. Sivakumar dibawa keluar dari bangunan itu oleh pihak keselamatan agar perasmian persidangan oleh Raja Nazrin Shah dapat berjalan lancar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]