Senarai lawatan negara Donald Trump

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Donald Trump sebagai Presiden AS

Senarai lawatan negara Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 dengan Melania Trump sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat.

Beliau telah melakukan 19 lawatan antarabangsa ke 24 negara (termasuk Tebing Barat) sejak memegang jawatan pada 20 Januari 2017.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Bilangan negara yang dilawati beliau ialah:

Peta lawatan antarabangsa yang dilakukan oleh Donald Trump sebagai Presiden AS :
      Satu kali lawatan       Dua kali lawatan       Tiga kali lawatan       Empat kali lawatan       Amerika Syarikat

Tahun 2017[sunting | sunting sumber]

22 Mei 2017, Presiden AS ke-45 Donald Trump dan isterinya Wanita Pertama AS Melania Trump melawati Patriarch Theophilos III dengan beberapa Rabai di dalam Gereja Makam Suci, Jerusalem, Israel
06 Julai 2017, Presiden Trump dan Melania Trump bersama dengan Presiden Poland Andrzej Duda dan isterinya Agata Kornhauser di Pomnik Powstania Warszawskiego, Warsaw, Poland
13 Julai 2017, Presiden Trump bersama dengan Melania memberi salam kepada peminat mereka dalam perjalanan untuk bertemu dengan Presiden Emmanuel Macron di dalam Les Invalides, Perancis
# Negara Lokasi Tarikh Maklumat
01  Arab Saudi 20–22

Mei

Presiden AS Donald Trump dengan isterinya Wanita Pertama AS Melania Trump bertemu dengan Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud dan pemimpin Islam di Sidang Kemuncak Riyadh.[1]

Mereka menandatangani $110 bilion perjanjian senjata dengan Arab Saudi, yang terbesar dalam sejarah dunia.[2]

Mereka kemudian melawat Muzium Kebangsaan Arab Saudi.[3]

 Israel 22–23

Mei

Pada 22 Mei 2020, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Presiden Reuven Rivlin dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.[1]

Mereka merupakan Presiden AS dan Wanita Pertama AS yang pertama untuk melawat Tembok Meratap. Mereka juga melawati Patriarch Theophilos III dengan beberapa Rabai di Gereja Makam Suci.[4]

Pada 23 Mei 2020, mereka pergi melawat Yad Vashem dan memberi ucapan di Muzium Israel.[5][6]

 Pihak Berkuasa Palestin 23

Mei

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas di Bethlehem.[7]
 Itali 23–24

Mei

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Presiden Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Paolo Gentiloni.[8]
 Kota Vatikan 24

Mei

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Paus Francis.[1][9]
 Belgium 24–25

Mei

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Raja Philippe dari Belgium, Perdana Menteri Charles Michel dan menghadiri sidang kemuncak NATO ke-28.[10][11]

Mereka juga bertemu dengan Presiden Perancis yang baharu, Emmanuel Macron.[12]

 Itali 25–27

Mei

Presiden Trump dan Melania menghadiri sidang kemuncak G7 ke-43.

Mereka bertemu dengan Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Jepun Abe Shinzou.

02  Poland 05–06

Julai

Presiden Trump dan Melania tiba di Warsaw untuk mesyuarat dua hala dan Sidang Kemuncak Tiga Laut 2017.[13]

Mereka juga bertemu dengan Presiden Poland Andrzej Duda[14] dan Presiden Croatia Kolinda Grabar-Kitarovic.[15]

Presiden Trump, Melania dan Presiden Poland Andrzej Duda dengan isterinya Agata Kornhauser memberi ucapan di hadapan Pomnik Powstania Warszawskiego (Warsaw Uprising Monument) di Dataran Krasinski untuk menghormati mangsa pendudukan Nazi dan penguasaan Komunis di Poland.[16]

Dalam ucapan mereka, mereka membincangkan masalah antarabangsa terkini dan kepentingan perikatan antarabangsa AS.[16][17]

 Jerman 06–08

Julai

Presiden Trump dan Melania menghadiri Sidang Kemuncak G20 Hamburg 2017.

Mereka juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Mexico Enrique Pena Nieto dan Presiden Rusia Vladimir Putin.[18]

03  Perancis 13–14

Julai

Presiden Trump dan Melania tiba di Lapangan Terbang Orly pada 13 Julai. Pada hari yang sama, Trump melawat kedutaan AS untuk menghadiri upacara menghormati veteran Amerika Syarikat ketika Perang Dunia II,[19] melawat Les Invalides bersama dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron,[19] terlibat dalam pertemuan dua hala dengan Macron di Istana Élysée dan mengadakan sidang akhbar dengan Presiden Perancis selepas itu.[19]

Kedua-dua pemimpin, bersama para isteri dan tetamu peribadinya, kemudian menghadiri makan malam di restoran Le Jules Verne di atas Menara Eiffel dan hidangan mereka disediakan oleh Alain Ducasse.[19][20]

Pada 14 Julai, mereka menghadiri Perarakan Tentera Hari Bastille.[21]

04  Jepun 05–07

November

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Maharaja Akihito dan Perdana Menteri Abe Shinzou.
 Korea Selatan 07–08

November

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan presiden Korea Selatan Moon Jae-in, dan memberi ucapan di Perhimpunan Agung Korea Selatan.

Mereka juga bertemu dengan Angkatan Tentera Amerika Syarikat ke-8 di Kem Humphreys.[22]

 Republik Rakyat China 08–10

November

Presiden Trump dan Melania tiba di Beijing untuk berjumpa dengan Presiden Xi Jinping dan Perdaha Menteri Li Keqiang.[23]
 Vietnam 10–12

November

Pada 10 November 2017, Presiden Trump dan Melania menghadiri ke APEC Vietnam 2017 yang berada pada 10 November 2017 dan 11 November 2017.[24][25]

Pada 11 November 2017, Presiden Trump bertemu dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.[26]

Pada 12 November 2017, Presiden Trump bertemu dengan Presiden Trần Đại Quang, Perdana Menteri Nguyễn Xuân Phúc dan setiausaha agung Parti Komunis Nguyễn Phú Trọng di Istana Presiden,[27] Pejabat Pemerintah[28] dan Ibu pejabat Parti Komunis Vietnam yang berada di Hanoi.[29]

 Filipina 12–14

November

Pada 12 November 2017, waktu teja, Presiden Trump dan Melania tiba untuk menghadiri ke majlis makan malam rasmi untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di SMX Convention Center, Pasay, Metro Manila.[30]

Pada 13 November 2017, Presiden Trump menghadiri kepada hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Cultural Center of the Philippines, Pasay, Metro Manila dan bertemu dengan Rodrigo Duterte buat kali kedua.[31]

Pada 14 November 2017, Presiden Trump menghadiri kepada hari kedua untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Philippine International Convention Center, Pasay, Metro Manila.[32]

Mereka juga menghadiri ke Sidang Kemuncak Asia Timur ke-12 di Philippine International Convention Center, tetapi mereka perlu meninggalkan mesyuarat ini awal kerana masalah domestik yang baru dicipta oleh Parti Demokrat.[33]

Tahun 2018[sunting | sunting sumber]

13 Julai 2018, Presiden Trump, Melania Trump, Ratu United Kingdom Elizabeth II dan 2 Pengawal Diraja United Kingdom memeriksa kawalan kehormatan di Istana kota Windsor, Windsor, England, UK
16 Julai 2018, Presiden Rusia Vladimir Putin menyampaikan bola rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan mengucapkan selamat maju jaya dalam Piala Dunia 2026 di AS kepada Presiden Trump dan Melania
Presiden Trump dan Wanita Pertama Melania Trump bersama dengan Presiden Finland Sauli Niinistö dan isterinya Jenni Haukio berada di dalam Mäntyniemi Residence, Helsinki, Finland
# Negara Lokasi Tarikh Maklumat
05   Switzerland 25–28

Januari

Presiden Trump dan Melania menghadiri Forum Ekonomi Dunia[34]

Presiden Trump kemudian mengadakan mesyuarat dua hala dengan perdana menteri British Theresa May dan perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu manakala Melania bertemu dengan pasangan mereka.

06  Kanada
  • La Malbaie
08–09

Jun

Presiden Trump telah tiba ke Kanada pada 08 Jun untuk menghadiri sidang kemuncak G7 ke-44 di Fairmont Le Manoir Richelieu, La Malbaie dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
 Singapura 10–12

Jun

Dalam perjalanan ke Singapura, mereka tiba ke sebuah pangkalan tentera udara di Greece untuk mengisi minyak kepada pesawat mereka

Pada 10 Jun 2018, bertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah dilaksanakan di Singapura.

Pada 12 Jun 2018, Presiden Trump bertemu dengan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada "Sidang Kemuncak Korea Utara–Amerika Syarikat Pertama" di Hotel Capella, Pulau Sentosa, Singapura.

07  Belgium 10–12

Julai

Presiden Trump dan Melania telah tiba ke Belgium pada 08 Jun.

Presiden Trump sendiri yang menghadiri sidang kemuncak NATO ke-29 dan mengadakan pertemuan dua hala dengan kanselor Jerman Angela Merkel.

Presiden Trump dan Melania kemudian bertemu dengan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

 United Kingdom 12–15

Julai

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan keluarga Ratu Pemerintahan beraja United Kingdom Elizabeth II dan Perdana Menteri Theresa May.[35]

Mereka juga meluangkan masa hujung minggu di resort golf Trump Turnberry yang dimiliki oleh The Trump Organization di Scotland.

 Finland 15–16

Julai

Pada 15 Julai 2018, Presiden Trump dan Melania mendarat ke Helsinki-Vantaa International Airport disambut oleh Duta AS Robert Pence di Lentokenttä, Vantaa.[36][37]

Pada 16 Julai 2018, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Presiden Sauli Niinistö dan isterinya Jenni Haukio dari Finland di Mäntyniemi Residence, Helsinki.[38]

Pada waktu petang, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk mesyuarat "#HELSINKI2018" yang telah dihoskan oleh Presiden Finland Sauli Niinistö di Istana Presiden, Helsinki.[39][40]

08  Perancis 09–11

November

Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Presiden Emmanuel Macron.

Mereka mengambil bahagian sambutan Hari Peletakan Senjata menandakan ulang tahun ke-100 Peletakan Senjata 11 November 1918 oleh Tentera Jerman yang membawa permusuhan besar Perang Dunia Pertama kepada pengakhiran.

Mereka juga melawat Taman Peringatan dan Perkuburan Amerika Suresnes.

09  Argentina 29 November

  –

01 Disember

Presiden Trump dan Melania menghadiri sidang kemuncak G-20. Juga mengadakan pertemuan presiden Argentina Mauricio Macri, perdana menteri Australia Scott Morrison, presiden China Xi Jinping, kanselor Jerman Angela Merkel, perdana menteri India Narendra Modi, perdana menteri Jepun Abe Shinzou, presiden Korea Selatan Moon Jae-in, dan presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan.
10  Iraq
  • Pangkalan Tentera Udara Al Asad
26 Disember Presiden Trump dan Melania melawati Angkatan Tentera Amerika Syarikat berkhidmat di Pentadbiran Al Anbar, Barat Iraq.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah AS bahawa Presiden Amerika Syarikat dan Wanita Pertama Amerika Syarikat yang masih penyandang untuk melawati sebuah zon peperangan.[41]

 Jerman 26–27

Disember

Presiden Trump dan Melania melawati Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di Rhineland-Palatinate, Jerman.[42]

Tahun 2019[sunting | sunting sumber]

03 Jun 2019, Presiden Trump, Melania Trump, Ratu United Kingdom Elizabeth II bersama dengan ahli keluarganya memeriksa harta kerajaan di Istana Buckingham, Westminster, London, UK
04 Jun 2019, Presiden Trump dan Melania dengan Perdana Menteri Theresa May dan suaminya Philip May di Muzium Churchill War Rooms, London, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland
06 Jun 2019, Presiden Trump dan Melania bersama dengan Presiden Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte Trogneux menonton "flyover" di Colleville-sur-Mer, Normandy, Perancis
# Negara Lokasi Tarikh Maklumat
11  Vietnam 26–28

Februari

Presiden Trump bertemu dengan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un untuk "Sidang Kemuncak Korea Utara–Amerika Syarikat Kedua" di Sofitel Legend Metropole Hanoi Hotel, Hanoi.

Mereka juga bertemu dengan Presiden Nguyễn Phú Trọng dan Perdana Menteri Nguyễn Xuân Phúc. Trump singgah di pangkalan udara di Qatar untuk mengisi minyak semasa perjalanan ke Vietnam.

12  Jepun 25–28

Mei

Pada 25 Mei 2019, mendarat di Chiba dengan Air Force One, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Perdana Menteri Abe Shinzou dengan isterinya Abe Akie bersama dengan Aoki Isao untuk bermain golf dan bermalam di Mobara Country Club (茂原カントリー倶楽部), Chiba.

[43] Pada 26 Mei 2019, mendarat di Tokyo dengan Air Force One daripada Chiba, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Perdana Menteri Abe Shinzou dengan isterinya Abe Akie datang ke Mori Building Digital Art Museum di Tokyo. Kemudian, mereka pergi ke Stadium Ryogoku Kokugikan (両国国技館).[44]

Pada 27 Mei 2019, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Maharaja Naruhito dan keluarganya di Istana Maharaja Tokyo. Selepas itu, mereka berdua bertemu dengan keluarga Perdana Menteri Abe Shinzou dan isterinya Abe Akie di Wafuu Betsu (和風別館) dalam Geihinkan (迎賓館), Akasaka Rikyuu (赤坂離宮), Moto Akasaka, Minatoku, Tokyo. [45]

Pada 28 Mei 2019, dari Tokyo, mereka menaiki sebuah helikopter dan mendarat di atas kapal induk DDH-184 JS Kaga dan kapal serangan amfibia LHD-01 USS Wasp yang berada di Bandar Yokosuka, Wilayah Kanagawa. Mereka kembali balik ke Amerika Syarikat menaiki Air Force One pada malam hari itu.[46]

13  United Kingdom 03–05

Jun

Pada 03 Jun 2019, Presiden Trump dan Melania bertemu dengan Ahli Keluarga Diraja British dan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham dan meletakkan karangan bunga di atas makam pahlawan tanpa nama di Westminster Abbey, London.

Pada 04 Jun 2019, mereka bersama dengan Perdana Menteri Theresa May dan suaminya Philip May ke Number 10 Downing Street, Muzium Churchill War Rooms, St James's Palace dan Winfield House yang terletak di London.

Pada 05 Jun 2019, mereka dan menghadiri dan beri upacara peringatan untuk Ulang Tahun Pendaratan Normandy (D-Day) ke-75 di Southsea Common, Portsmouth, England.

 Republik Ireland
  • Bandar Shannon, Daerah Clare
05–06

Jun

Mereka bertemu dengan Taoiseach Leo Varadkar dan bermalam di The Trump International Golf Links & Hotel Ireland yang dimiliki oleh The Trump Organization di Doonbeg, Munster
 Perancis 06 Jun Mereka juga menghadiri dan beri ucapan kepada peringatan untuk Ulang Tahun Pendaratan Normandy (D-Day) ke-75 di Colleville-sur-Mer, Normandy, Perancis.

Presiden Trump dan Melania kemudian bersama dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte Trogneux menonton "flyover" yang dilaksanakan oleh Tentera Udara Perancis di Normandy American Cemetery and Memorial, Colleville-sur-Mer.

Bersama dengan pasangan Perancis, mereka pergi melawati kawasan Caen, Normandy, sebelum terbang ke Ireland pada waktu malam.

 Republik Ireland
  • Bandar Shannon, Daerah Clare
06–07

Jun

Mereka bermalam di The Trump International Golf Links & Hotel Ireland dan kembali balik ke negara mereka pada waktu malam 07 Jun 2019.
14  Jepun 27–29

Jun

Mereka menghadiri sidang kemuncak G20. Juga mengadakan pertemuan dua hala dengan perdana menteri Australia, Scott Morrison, presiden Brazil, Jair Bolsonaro, presiden China, Xi Jinping, kanselor German, Angela Merkel, perdana menteri India, Narendra Modi, perdana menteri Jepun, Shinzō Abe, putera mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman, presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan presiden Rusia, Vladimir Putin.
 Korea Selatan 29–30

Jun

Mereka berjumpa dengan Presiden Moon Jae-in. Melawat Zon Bebas Tentera Korea. Menghadiri Sidang Kemuncak Zon Bebas Tentera Korea Selatan dan Korea Utara dengan Presiden Moon dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Rumah Bebas Inter-Korea di Kawasan Keselamatan Bersama Zon Bebas Tentera Korea. Melawat tentera A.S. di Pangkalan Udara Osan.
 Korea Utara 30 Jun Presiden AS Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un datang untuk "Sidang Kemuncak Korea Utara–Amerika Syarikat Ketiga" di Rumah Kawasan Keselamatan Bersama, Zon Bebas Tentera Korea

Kemudian, bersama dengan Melania Trump dan Ri Sol Ju (isteri Kim Jong Un), mereka berjalan melalui Kawasan Keselamatan Bersama dari Zon Bebas Tentera Korea ke dalam Korea Utara.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah AS bahawa Presiden Amerika Syarikat dan Wanita Pertama Amerika Syarikat yang masih penyandang untuk melawati Korea Utara.

15  Perancis 24–26

Ogos

Presiden Trump dan Melania menghadiri sidang kemuncak G7 ke-45 di Hôtel du Palais, Biarritz. Juga mengadakan pertemuan dua hala dengan perdana menteri Australia Scott Morrison, perdana menteri British Boris Johnson, perdana menteri Kanada Justin Trudeau, presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, presiden Perancis, Emmanuel Macron, kanselor Jerman Angela Merkel, perdana menteri India Narendra Modi dan perdana menteri Jepun Abe Shinzou.
16  Afghanistan 28 November Trump pergi melawat Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di Pangkalan Udara Bagram, Wilayah Parwan untuk Hari Kesyukuran.

Ini adalah lawatan kedua di zon pertempuran.

17  United Kingdom 02–04

Disember

Mereka menghadiri sidang kemuncak NATO ke-30. Bertemu dengan Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Boris Johnson. Juga mengadakan pertemuan dua hala dengan perdana menteri Kanada Justin Trudeau, perdana menteri Denmark Mette Frederiksen, presiden Perancis Emmanuel Macron, kanselor Jerman Angela Merkel dan perdana menteri Itali Giuseppe Conte.

Tahun 2020[sunting | sunting sumber]

24 Februari 2020, tengah hari, Presiden Trump, Melania dan Perdana Menteri Narendra Modi melawati rumah Mahatma Gandhi di Gandhi Ashram, Sabarmati, Ahmedabad, Gujarat
24 Februari 2020, waktu teja, Presiden AS Donald Trump bersama dengan Wanita Pertama AS Melania Trump di hadapan Taj Mahal yang berada di Agra, Uttar Pradesh
25 Februari 2020, Presiden Trump dan Melania Trump menggunakan kelopak bunga dalam satu upacara untuk memberi hormat kepada Mahatma Gandhi di Raj Ghat, New Delhi
# Negara Lokasi Tarikh Maklumat
18   Switzerland 21–22

Januari

Presiden Trump Menghadiri dan memberi ucapan untuk Forum Ekonomi Dunia ke-50 di Cologny.

Beliau juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Gabungan Switzerland Simonetta Myriam Sommaruga, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, Presiden Wilayah Kurdistan Nechirvan Idris Barzani dan Presiden Iraq Barham Salih.[47]

19  India 24–25

Februari

Pada 24 Februari 2020, Presiden Trump dan Melania mendarat ke Sardar Vallabhbhai Patel International Airport disambut oleh penghibur kebudayaan tempatan di Ahmedabad, Gujarat dan bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi.[48]

Pada waktu tengah hari, mereka pergi melawat rumah Mahatma Gandhi di Gandhi Ashram, Sabarmati, Ahmedabad, Gujarat.[49]

Pada waktu petang, mereka pergi ke Sabarmati Ashram dan berucap di acara Namaste Trump yang diadakan oleh India yang berada di Sardar Vallabhbhai Patel Stadium, Ahmedabad, Gujarat.[50]

Kemudian, mereka pergi melawat pangkalan tentera Agra Air Base[51] dan melawat Taj Mahal di Agra, Uttar Pradesh.[52]

Mereka bermalam di Hotel ITC Maurya di New Delhi[53]

Pada 25 Februari 2020, mereka pergi bertemu dengan Presiden India Ram Nath Kovind dan isterinya Savita Kovind di Istana Presiden India Rashtrapati Bhavanm, New Delhi.[54]

Kemudian, mereka menggunakan kelopak bunga dalam satu upacara untuk memberi hormat kepada Mahatma Gandhi di Raj Ghat, New Delhi.[55]

Pada waktu tengah hari, mereka pergi ke Hyderabad House di New Delhi[56] untuk makan tengah hari, mesyuarat dua hala dan forum perniagaan antara India dan Amerika Syarikat.[57][58][59]

Pada waktu petang, Melania melawati Sarvodaya Co-Educational Senior Secondary School[60]

Pada waktu teja, Presiden Trump, Melania dengan Duta AS Kenneth Ian Juster, menberi ucapan kepada pekerja Kedutaan AS dan ahli keluarga mereka di Roosevelt House, New Delhi, India.[61]

Pada waktu malam, mereka semua berkumpul semula di Istana Presiden India Rashtrapati Bhavanm untuk makan malam. Presiden Trump dan Melania kembali ke AS sebelum tengah malam.[62]

Mesyuarat Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Organisasi Tarikh
2017 2018 2019 2020
APEC 10–11 November

 Vietnam

17–18 November

 Papua New Guinea

16–17 November

 Chile

20 November

 Malaysia

G7 26–27 Mei

 Itali

08–09 Jun

 Kanada

24–26 Ogos

 Perancis

10–12 Jun

 Amerika Syarikat

G20 07–08 Julai

 Jerman

30 November–01 December

 Argentina

28–29 Jun

 Jepun

21–22 November

 Arab Saudi

NATO 25 Mei

 Belgium

11–12 Julai

 Belgium

03–04 Disember

 United Kingdom

      Tidak Hardir       Mesyuarat Dibatalkan       Mesyuarat Maya

Negara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Baker, Peter (May 4, 2017). "Trump to Visit Saudi Arabia and Israel in First Foreign Trip". The New York Times. Dicapai pada May 4, 2017.
  2. ^ Revesz, Rachael (May 21, 2017). "Donald Trump signs $110 billion arms deal with nation he accused of masterminding 9/11". The Independent. Dicapai pada May 22, 2017.
  3. ^ Talev, Margaret; Jacobs, Jennifer (May 21, 2017). "Less Talk Is More on Trump's First Day in Saudi Arabia". Bloomberg L.P. Dicapai pada May 22, 2017.
  4. ^ [1]
  5. ^ https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2017/05/23/the-huge-contrast-between-obama-and-trumps-visits-to-israels-holocaust-memorial/
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-24. Dicapai pada 2017-05-27.
  7. ^ http://abcnews.go.com/International/president-trump-meet-abbas-bethlehem-visit-yad-vashem/story?id=47560699
  8. ^ "La prima di Trump a Roma, incontro con il Papa, sale al Colle, poi vede Gentiloni". Ansa. Dicapai pada 2017-05-23.
  9. ^ "Trump to visit the Vatican on first foreign trip as president". POLITICO. Dicapai pada 2017-05-05.
  10. ^ https://www.washingtonpost.com/politics/trump-told-in-brussels-that-west-should-focus-on-values-not-only-interests/2017/05/25/7aa1865c-40cd-11e7-9869-bac8b446820a_story.html?utm_term=.96508bce237c
  11. ^ https://www.whitehouse.gov/the-press-office/2017/05/25/readout-president-donald-j-trumps-meetings-king-philippe-and-queen
  12. ^ https://www.reuters.com/article/us-usa-trump-handshake-idUSKBN18L1OB
  13. ^ "The Latest: Trump in Poland for 16-hour stop". ABC News. 5 July 2017.
  14. ^ https://www.usatoday.com/videos/news/world/2017/07/06/raw-trump-meets-polish-president-duda-warsaw/103461834/
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 2017-07-08.
  16. ^ a b https://www.nytimes.com/2017/07/06/world/europe/donald-trump-poland-speech.html
  17. ^ President Trump in Poland dari White House
  18. ^ https://www.theguardian.com/world/live/2017/jul/07/g20-summit-trump-and-putin-to-meet-as-world-leaders-gather-in-hamburg-live-coverage
  19. ^ a b c d http://abcnews.go.com/International/wireStory/latest-trump-macron-meeting-paris-bastille-day-48606441
  20. ^ President Trump in Paris: Day 1 dari White House
  21. ^ https://www.wsj.com/articles/for-trump-little-beats-a-military-parade-1500026510
  22. ^ Stinson, Nicole (November 7, 2017). "US troops hailed 'Pacific victors' while Trump claims North Korea just 'HAS to work out'". Express.co.uk.
  23. ^ Haas, Benjamin (November 8, 2017). "What happens next on Trump's super-sized state visit to China?" – melalui www.theguardian.com.
  24. ^ "Inside President Trump’s Trip to Asia" dari White House pada 15 November 2017
  25. ^ Pham, My (April 1, 2017). "Trump sends letter to Vietnam's president to promote ties". Reuters. Dicapai pada April 13, 2017.
  26. ^ "Duterte, Trump meeting in APEC warm and cordial" dari Pemerintah Filipina
  27. ^ President Donald Trump to a commercial deals signing ceremony with Vietnamese President Tran Dai Quang at the Presidential Palace in Hanoi di Flickr
  28. ^ Secretary Tillerson Accompanies President Trump to a Bilateral Meeting With Prime Minister Phuc
  29. ^ Secretary Tillerson Joins a Bilateral Meeting With the Secretary General of the Communist Party Trong
  30. ^ "President Duterte hosts Gala Dinner for Asean Leaders, Dialogue Partners" dari Pemerintah Filipina
  31. ^ "Remarks of President Rodrigo Roa Duterte during the Opening Ceremony of the 31st Association Of Southeast Asian Nations (ASEAN) Summit" dari Pemerintah Filipina
  32. ^ "PH hosts successful 31st ASEAN Summit" dari Pemerintah Filipina
  33. ^ "President Rodrigo Roa Duterte at the 12th East Asia Summit" dari Pemerintah Filipina
  34. ^ "President Trump to Davos: 'America Is Open for Business'". The White House (dalam bahasa Inggeris). 25 January 2018.
  35. ^ "Trump praises Theresa May after he questioned her Brexit plan in British tabloid interview". www.cbsnews.com.
  36. ^ "Special Coverage From Helsinki: Trump Arrives in Finland for Summit With Putin" dari Hamodia
  37. ^ "Melania Shines In Powder Blue Coat At Helsinki-Vantaa Airport In Finland" dari The Daily Caller
  38. ^ "US President Trump at Mäntyniemi in Helsinki: “I Think Finland is a Great Country”" dari Finland Today
  39. ^ Dari Finland Ministry for Foreign Affairs
  40. ^ Dari City of Helsinki
  41. ^ Youssef, Nancy A. (December 26, 2018). "Trump, First Lady Visit U.S. Troops in Iraq". The Wall Street Journal. Dicapai pada December 26, 2018.
  42. ^ "Trump Makes Surprise Visit to Troops in Iraq, Germany". NBC 5 Dallas-Fort Worth.
  43. ^ Ministry of Foreign Affairs of Japan. "トランプ米国大統領の訪日" [Hari lawatan Jepun oleh Presiden Amerika Syarikat Trump] (dalam bahasa Jepun).
  44. ^ "Readout from First Lady Melania Trump’s Visit in Tokyo, Japan – Day One" di White House pada 26 Mei 2019
  45. ^ ドナルド・ジョン・トランプ大統領閣下及び同令夫人 | 接遇 di 迎賓館赤坂離宮 oleh 内閣府 pada 27 Mei 2019
  46. ^ 日米両首脳夫妻による護衛艦「かが」訪問 dari Pejabat Perdana Menteri Jepun
  47. ^ ""World Economic Forum" dari Federal Department of the Environment, Transport, Energy and Communications DETEC Switzerland". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 2020-12-05.
  48. ^ President Trump and the First Lady in India
  49. ^ President Trump and the First Lady in India
  50. ^ President Trump and the First Lady in India
  51. ^ President Trump and the First Lady in India
  52. ^ President Trump and the First Lady in India
  53. ^ President Trump and the First Lady in India
  54. ^ President Trump and the First Lady in India
  55. ^ President Trump and the First Lady in India
  56. ^ President Trump and the First Lady in India
  57. ^ Gettleman, Jeffrey. "Modi Prepares to Welcome Trump to India". nytimes.com. New York Times. Dicapai pada 5 February 2020.
  58. ^ President Donald J. Trump Is Strengthening Our Strategic Partnership With India dari White House pada 25 February 2020
  59. ^ The United States and India — Prosperity Through Partnership dari White House pada 26 February 2020
  60. ^ President Trump and the First Lady in India
  61. ^ President Trump and the First Lady in India
  62. ^ President Trump and the First Lady in India