Pergi ke kandungan

Juwita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Juwita (filem))
Juwita
PengarahS. Ramanathan
PenulisS. Ramanathan
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
Kasma Booty
A. Rahim
Ulong Jawa
SinematografiKoh Jee Soon
Muzik olehP. Ramlee
Yusoff B.
S. Sudarmaji
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 12 Oktober 1951 (1951-10-12)
Masa tayangan
100 minit
NegaraPersekutuan Tanah Melayu
Singapura
BahasaMelayu

Juwita merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan oleh Malay Film Productions di Singapura. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober 1951 di Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Menampilkan barisan pelakon seperti P. Ramlee, Kasma Booty, A. Rahim, Ulong Jawa dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh S. Ramanathan.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ramlee (P. Ramlee), seorang penggubah lagu dan konduktor muzik yang terkenal, pulang ke kampung halaman di Singapura selepas meninggalkannya selama lima tahun. Dia terkejut apabila mendapati kekasihnya Juwita (Kasma Booty) telah menjadi buta akibat kemalangan beberapa tahun yang lalu. Ramlee berusaha mengumpul duit sebanyak 1000 ringgit untuk mengembalikan penglihatan Juwita semula. Dalam pada itu, Hassan (A. Rahim), teman baik Ramlee juga menyimpan perasaan cinta terhadap Juwita. Hassan mendapatkan bantuan Rohani (Salmah Ibrahim), seorang penari dalam kumpulan muzik Ramlee untuk memusnahkan percintaan Ramlee dan Juwita. Rohani mengambil peluang tersebut kerana dia juga berminat pada Ramlee. Kerana percayakan Hassan, Ramlee menyerahkan urusan pembedahan mata Juwita kepada Hassan kerana Ramlee terpaksa berlepas ke Bangkok atas urusan kerjanya. Penglihatan Juwita pulih seperti sedia kala. Di Bangkok pula, Rohani mengirim telegram palsu kepada Juwita memberitahunya bahawa Ramlee telah mati dalam kemalangan di Bangkok. Dengan berita buruk tersebut, Hassan berjaya juga untuk mengahwini dengan Juwita. Keadaan konflik cinta dan dendam menyebabkan Hassan dan Rohani bersepakat untuk mencederakan Ramlee dan Juwita. Akhirnya, Ramlee dan Juwita meninggal dunia akibat dari pelanggaran dengan motokar tersebut yang dipandu oleh Hassan. Hassan dan Rohani kemudiannya diberkas dan dipenjarakan diatas kesalahan jenayahnya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Semarak Hati - P. Ramlee dan Rubiah
  • Rindu Hati Tidak Terkira - P. Ramlee
  • Raga Musnah - P. Ramlee dan Rubiah

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]