Anjing Valdueza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Valdueza
Nama lain
  • Perro montero valdueza
Negara asalSepanyol
Trait
Tinggi Jantan 67–75 cm (26–30 in)[1]
Betina 66–72 cm (26–28 in)[1]
Bulu kasar, dengan lapis bulu bawah
Warna putih atau putih licin, kadang-kadang dengan tompok-tompok pucat
Catatandiiktiraf dalam perundangan kebangsaan Sepanyol[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Valdueza[a] atau perro montero valdueza ialah satu baka pack-hound besar moden Sepanyol. Ia terhasil daripada pembiakbakaan terpilih, terutamanya podenco Andalusia besar berbulu kasar dengan contoh ringan mastif Extremadura;[3] sesetengah darah grifon Vendée kemudian ditambahkan.[3][4] Pembiakbakaan bermula pada tahun 1940-an; pada tahun 2020, anjing Valdueza diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol dan ditambahkan ke dalam senarai baka peribumi Sepanyol.[2][3][5] Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembiakbakaan anjing Valdueza dimulakan pada tahun 1940-an oleh Alfonso Alvarez de Toledo dan Cabeza de Vaca, Marqués Valdueza yang kesebelas, dan diteruskan selepas kematian beliau oleh anak lelaki beliau Alonso Alvarez de Toledo dan Urquijo, marqués kedua belas.[6] Matlamatnya sentiasa untuk mewujudkan baka pack-hound yang sesuai untuk perburuan di rupa bumi bergunung-ganang, khusunya di Montes de Toledo, Sierra Extremadura, dan Sierra Morena.[6][7] Untuk tujuan ini, anjing besar berbulu kasar daripada baka podenco Andalusia dibiakbakakan secara bersilang dengan contoh-contoh ringan mastif Extremadura;[3] Sedikit darah grifon Vendée kemudian ditambahkan oleh Alonso Álvarez de Toledo.[3][4]

Pada tahun 2014, perro montero valdueza disenaraikan sesama Grupos Étnicos dalam Real Sociedad Canina de España sebagai langkah awal untuk pengiktirafan penuh sebagai baka.[3][8] Pada tahun 2020, ia diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol dan ditambahkan ke dalam senarai baka peribumi beriktiraf Sepanyol.[2][3][5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بلدوءيسا; Sepanyol: valdueza

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Patrón racial del Valdueza (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan pada 3 Ogos 2022.
  2. ^ a b c [Ministerio de Agricultura, Pesca y Alimentación] (25 Mei 2001). Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 142 (14 Jun 2001): 21156–21182. Rujukan: BOE-A-2001-11347.
  3. ^ a b c d e f g [s.n.] (28 Julai 2020). Reconocida oficialmente la raza pura canina española Valdueza (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Federación Española de Asociaciones de Ganado Selecto. Diarkbikan pada 3 Ogos 2022.
  4. ^ a b Jaime Lázaro (12 Januari 2017). La rehala de los perros 'grandes de España' (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: El Mundo. Dicapai 31 Mac 2024.
  5. ^ a b Luis Planas Pulgades (21 Julai 2020). 8582: Orden APA/698/2020, de 21 de julio, por la que se actualiza el Anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura, y se modifica el Anexo I del Real Decreto 45/2019, de 8 de febrero, por el que se establecen las normas zootécnicas aplicables a los animales reproductores de raza pura, porcinos reproductores híbridos y su material reproductivo, se actualiza el Programa nacional de conservación, mejora y fomento de las razas ganaderas, y se modifican los Reales Decretos 558/2001, de 25 de mayo; 1316/1992, de 30 de octubre; 1438/1992, de 27 de noviembre; y 1625/2011, de 14 de noviembre. (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 203: 58046–58047. Rujukan: BOE-A-2020-8582.
  6. ^ a b Benjamín G. Rosado (26 Oktober 2020). Valdueza, así es la nueva raza de perros española (Sepanyol). Expansión. Madrid, Sepanyol: Unidad Editorial Información Económica. Diarkibkan pada 29 Oktober 2020.
  7. ^ Valdueza: Raza Canina Española (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan pada 3 Ogos 2022.
  8. ^ Grupos Étnicos Caninos (Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan pada 24 Ogos 2014.