Bandar Hilir
Banda Hilir
بندر هيلير | |
|---|---|
![]() Peta interaktif bagi Banda Hilir | |
| Negara | |
| Negeri | Melaka |
| Daerah | Melaka Tengah, Melaka |
| Poskod | 75000 |
Banda Hilir, juga dieja Bandar Hilir (sebutan dalam loghat tempatan: Bandau Hiley, Jawi: بندر هيلير) ialah sebuah kawasan pelancongan di Melaka, Malaysia. Kawasan ini terletak di Bandaraya Melaka dalam daerah Melaka Tengah, bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya.
Pusat pelancongan utama
[sunting | sunting sumber]Di antara tempat-tempat menarik ialah seperti:
- A Famosa
- Istana Kesultanan Melaka
- Dataran Pahlawan
- Bangunan Stadthuys
- Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
- Menara Taming Sari
Di sini juga terdapat beberapa pusat membeli belah seperti:
Artifak Kesultanan Melayu Melaka
[sunting | sunting sumber]Pusat Penyelidikan Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) mengesahkan 4 rangka manusia yang ditemui di Banda Hilir, Melaka merupakan rangka manusia yang hidup sekitar tahun 1400 hingga 1450 iaitu era Kesultanan Melayu Melaka. Turut dijumpai ialah 23 jenis artifak seperti tembikar dari China. Antaranya ialah tembikar batu, paip Belanda, tembikar tanah, botol kaca, atap genting, duit syiling pelbagai tahun, bata merah yang kebanyakannnya dari era Belanda, peluru senapang dari bahan timah, pelita minyak tanah, gelang jed dan teko.
Semua artifak ini ditemui ketika kerja-kerja pembinaan Menara Tinjau Bandar Hilir berhampiran Unit Polis Perlancongan Melaka di Bandar Hilir pada Ogos 2007. Lantaran itu, bangunan RM23 juta itu dialihkan ke tempat lain.[1][2]
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Siri animasi
[sunting | sunting sumber]- Banda Hilir menjadi inspirasi bagi bandar fiksyen, Kota Hilir yang menjadi latar tempat bagi siri animasi Mechamato.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm
- ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
- ↑ Melanie Chalil (29 November 2021). "Malaysian-made Cartoon Network animation series 'Mechamato' showcases Melaka's charm, diversity (VIDEO)". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2022.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
