Hans-Jürgen Stumpff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hans-Jürgen Stumpff
Laukka 6510.jpg
Kolonel Jeneral Hans-Jürgen Stumpff (kanan) bertemu dengan Jeneral Hjalmar Siilasvuo di utara Finland sewaktu Perang Kontinuasi
Kelahiran(1889-06-15)15 Jun 1889
Kolberg, Province of Pomerania, Kingdom of Prussia, German Empire (now Kołobrzeg, Poland)
Meninggal dunia9 Mac 1968(1968-03-09) (umur 78)
Frankfurt am Main, West Germany
KesetiaanEmpayar Jerman Empayar Jerman (hingga 1918)
Republik Weimar Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi Jerman Nazi
Jerman Nazi Kerajaan Flensburg
PerkhidmatanLuftwaffe
PangkatGeneraloberst
ArahanKetua Staf Am Luftwaffe
Luftflotte 1
Luftflotte 5
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross
HubunganHorst Stumpff (abang)
Karl-Günther von Hase (menantu)
Plak memorial Hans-Jürgen Stumpff di Großen Wannsee 58, Berlin-Wannsee, Jerman.


Hans-Jürgen Stumpff (15 Jun 1889 – 9 Mac 1968), ialah seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) Luftwaffe Jerman semasa Perang Dunia Kedua dan merupakan salah seorang wakil yang menandatangani surat cara penyerahan kalah tanpa syarat Jerman di Berlin.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kolberg, Stumpff memasuki Brandenburgisches Grenadierregiment Nr. 12 "Prinz Karl von Preußen" sebagai seorang ensain pada tahun 1907. Dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda pada tahun 1908, menjelang awal Perang Dunia I, Stumpff bertugas di bahagian staf am. Di penghujung peperangan, Stumpff telah mencapai pangkat Kapten. Sewaktu pentadbiran Republik Weimar, Stumpff bertugas sebagai pegawai staf di Reichswehrministerium.

Kerjaya Luftwaffe[sunting | sunting sumber]

Pada 1 September 1933, Stumpff, yang berpangkat Leftenan Kolonel, menjadi Ketua Perkhidmatan Anggota dalam Luftwaffe . Selepas Luftwaffe secara rasminya menjadi sah di Jerman, Stumpff bertugas sebagai Ketua Stafnya dari tarikh 1 Jun 1937 sehingga 1 Januari 1939. Pada tahun 1938, Stumpff telah dinaikkan pangkat ke General der Flieger.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, Stumpff memerintah beberapa Luftflotten (Armada Udara). Pada 19 Julai 1940, Stumpff telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst dan dikurniakan Knight Cross of the Iron Cross. Sehingga penghujung tahun 1943 Stumpff memerintah Luftflotte 5, bersama beliau terlibat dalam Pertempuran Britain, beroperasi daripada Norway menyerang Scotland dan utara England.

Stumpff adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes) bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang.

Pada Januari 1944, Stumpff memerintah angkatan udara Luftwaffe dalam kempen Mempertahankan Reich menentang serangan bom Bersekutu. Pada 8 Mei 1945, Stumpff menjadi wakil Luftwaffe di upacara menandatangani surat cara penyerahan kalah tanpa syarat Jerman di Berlin.

Stumpff telah dibebaskan dari tahanan British pada tahun 1947 dan meninggal dunia di Frankfurt am Main pada tahun 1968.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Citations
  1. ^ Fellgiebel 2000, p. 416.
Bibliography
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Ketua Perkhidmatan Anggota Luftwaffe
1 September 1933 – 31 Mei 1937
Diikuti oleh:
Robert Ritter von Greim
Didahului oleh
Generalleutnant Albert Kesselring
Ketua Staf Am Luftwaffe
1 Jun 1937 – 31 Januari 1939
Diikuti oleh:
Generaloberst Hans Jeschonnek
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Albert Kesselring
Panglima Luftflotte 1
12 Januari 1940 – 10 Mei 1940
Diikuti oleh:
General Wilhelm Wimmer
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Erhard Milch
Panglima Luftflotte 5
10 Mei 1940 – 27 November 1943
Diikuti oleh:
General Josef Kammhuber
Didahului oleh
Generaloberst Hubert Weise
Panglima Luftwaffen-Befehlshaber Mitte
23 Disember 1944 – 5 Februari 1945
Diikuti oleh:
Luftflotte Reich
Didahului oleh
Luftwaffen-Befehlshaber Mitte
Panglima Luftflotte Reich
5 Februari 1945 – 8 Mei 1945
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
General der Flieger Karl Koller
Pemangku Ketua Staf Am Luftwaffe
8 Mei 1945 – 23 Mei 1945
Diikuti oleh:
tiada