Hitz (stesen radio)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hitz.FM)
Jump to navigation Jump to search
Hitz
SloganPlaying you All the Hitz (2001-2018)
All The Hitz, All The Time (2018-kini)
Tarikh siaran pertamaJanuari 1997; 23 tahun yang lalu (1997-01)
PemilikAstro Radio
Saluran kembarMix, Lite, Era, Sinar, My, Melody, Zayan, goXuan, Gegar dan Raaga
Tapak webhitz.com.my

Hitz (dahulu dikenali sebagai hitz fm)[1] ialah sebuah stesen radio Malaysia yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan Astro Radio, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. hitz fm merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar.[2]

Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya, manakala akhiran FM digugurkan pada Januari 2018 seperti stesen Astro Radio yang lain untuk memfokuskan kepada platform digital.[3]

Sejarah

Logo Hitz FM (1 April 2001–31 Disember 2017)

HITZ FM muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis independent.

Pada April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai hitz.fm (dengan tanda "dot") sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan penstriman yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke hitz fm pada tahun 2014 tanpa "."

Pada Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya berbahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

Segmen

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa
Back to Back Hitz 00:00 - 06:00
Hitz Morning Crew Arnold & Ean 06:00 - 10:00
Hitz Days Calista Leah Liew 10:00 - 16:00
Hitz Drive Zher 16:00 - 20:00
Hitz Tonight Keanu 20:00 - 00:00

Sabtu

Segmen Masa Penyampai
Hitz Weekend 6am - 7am -
Best of Gotchas 7am - 8am Ean & Arnold
Best of Morning Crew 8am - 9am
Hitz 30 Chart 9am - 11am Ean & Arnold
Hitz Weekend 11am - 4pm Calista Leah Liew
Hitz Weekend 4pm - 9pm Melissa
Club Hitz 9pm - 4am Jakeman & Skeletor
Hardwell On Air 12am - 1am Hardwell
Bak2bak Hitz 4am - 6am -

Ahad

Segmen Masa Penyampai
Hitz Weekend 6am - 8am -
Best of Gotchas 8am - 9am Ean & Arnold
Best of Morning Crew 9am - 10am
Hitz 30 Chart 10am - 12pm Ean & Arnold
Hitz Weekend 12pm - 4pm Calista Leah Liew
Malaysian English Top Ten [MET10] 4pm - 5pm
Hitz Weekend 5pm - 8pm Melissa
Hitz Trending 8pm - 9pm Keanu
Club Hitz 9pm - 2am Jakeman & Skeletor
Bak2bak Hitz 2am - 6am -

Penyampai (kini)

(Penyampai)

  • Arnold Loh
  • Ean Nasrun
  • Calista Leah Liew
  • Zher Peen
  • Keanu Azman
  • Melissa Th'ng

Bekas penyampai

Berikut adalah senarai bekas penyampai Hitz dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.

  • Ryan Matjeraie (2013-2016)
  • Juanita Ramayah (2013-2018)
  • Adam Izzy (2014-2017)
  • Sher Mohamed (2013-2016)
  • Ean Nasrun (2008-2016) - *(2018, Kembali lagi sebagai penyampai radio pada Oktober 2018)
  • Jin Lim (2007-2015)
  • Natalie Kniese
  • Hunny Madu (2007–2008)
  • Jayaram Gopinath Nagaraj (2003–2008)
  • Rudy Sufian (2003–2008)
  • Azura Zainal (2006–2007)
  • Marion Caunter (2006—2007)
  • Brian Vinesh (2005—2007)
  • Jason Lo (2003–2007)
  • Pietro Ambrose Felix (2005—2006)
  • Serena Choong (2000—2006)
  • Phat Fabes (1999–2006, berpindah ke Mix)
  • Johan Farid Khairuddin (2001—2004)
  • Li'l Kev (1997–2003)
  • FlyGuy (1997–2003)
  • Anushia Kanagasabai (1997–2002)
  • John Boy (1997–1999, 2001)
  • Mesh Nair (1997–2004)
  • Ross Yusof (1997–2004)
  • Farouk Khan (1997)
  • Adam Carruthers
  • Jay (2016-2018)
  • Ryan Augustine De Alwis (RD) (berpindah ke Fly FM)
  • Khalif Sultan (2016-2019)

Lain-lain

Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (secara ringkasnya, Cruisers). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm .

hitz.fm juga mempunyai satu saluran televisyen saudara, iaitu saluran Astro hitz di Astro. Walau bagaimanapun, saluran ini telah ditamatkan siarannya pada 16 Mei 2016.

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
92.9 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
92.8 MHz Alor Setar, Kedah dan Perlis Gunung Jerai
Pulau Pinang
92.7 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
95.0 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
93.0 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
97.6 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
92.4 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya
Satun, Thailand
93.6 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
93.2 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
94.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung
92.8 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
95.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
105.8 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
105.1 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima
100.8 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
99.8 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig
Saluran Platform TV
852 Astro

Rujukan

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
  2. ^ "71% of Malaysians Listen to Astro Radio". Astro. 19 Jun 2015. Diarkib daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
  3. ^ "With multiplatform the new reality, Astro Radio drops 'FM', refreshes 11 brands". Digital News Asia. Dicapai pada 13 January 2018.

Pautan luar