Kampung Lubuk Legong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Lubuk Legong
Petempatan Orang Asli
Kampung Lubuk Legong is located in Bumi
Kampung Lubuk Legong
Kampung Lubuk Legong (Bumi)
Koordinat: 5°47′53″N 100°54′22″E / 5.798°N 100.906°E / 5.798; 100.906
Negara Malaysia
NegeriKedah
DaerahBaling

Kampung Lubuk Legong ialah sebuah petempatan Orang Asli di daerah Baling, Kedah, Malaysia. Kampung ini terkenal sebagai petempatan tetap utama etnik Orang Asli Kensiu di bahagian Malaysia.[1]

Secara amnya, masyarakat Kensiu di sini kini menganut agama Islam.[2] Kegiatan ekonomi utama kampung ini termasuk penjualan hasil hutan seperti buluh dan petai.[3]

Prasarana[sunting | sunting sumber]

Laporan media menyatakan bahawa penduduk kampung ini memiliki prasarana yang serba kekurangan, terutamanya daripada segi capaian Internet.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Traditional Medicinal Plants Used by the Kensiu Tribe of Lubuk Ulu Legong, Kedah, Malaysia". Studies of Ethno-Medicine (dalam bahasa Inggeris). 6 (3): 149-153. 2012.
  2. ^ "Da'wah to Aborigines at Lubuk Legong, Siong Baling Kedah". eImtiyaz (dalam bahasa Inggeris). Universiti Sains Islam Malaysia. 2004.
  3. ^ "Orang Asli Kg Lubuk Legong terkesan permintaan hasil hutan kurang". Utusan Borneo. 10 Mei 2020. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  4. ^ Mohd Noor, Zaid (31 Januari 2021). "Anak Orang Asli ketinggalan PdPR". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2021.