Kampung Lajak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Lajak
Kampong Lajak
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°12′20″N 100°43′37″E / 6.20561°N 100.72687°E / 6.20561; 100.72687Koordinat: 6°12′20″N 100°43′37″E / 6.20561°N 100.72687°E / 6.20561; 100.72687
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
40 m (130 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diguna pakai
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Lajak (Jawi: كامڤوڠ لاجق; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Lajak) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu sebuah daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu.[1][2] Poskod bagi Kampung Lajak ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kependudukan awal di Kampung Lajak telah dimulakan sejak dekad 1930-an melalui tinjauan awal oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (bahasa Inggeris: Federated Malay States Survey) pada November 1930. Kampung Lajak juga didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 yang berskala 1:63,360, di garisan utaraan 46 dan garisan timuran 66 (rujukan grid RG4666, dengan nama Kg. Lajak).[2][3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Lajak direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11): Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, ditulis oleh Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°12′N 100°44′E / 6.200°N 100.733°E / 6.200; 100.733.[4] Kampong Lajak ialah ejaan lapuk bahasa Melayu bagi Kampung Lajak.[1][4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Lajak secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2][3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian kecil bentuk muka bumi di kawasan Kampung Lajak ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari paras laut iaitu sebanyak 40 meter (131.2 ka).[1] Di persekitaran kawasan Kampung Lajak, bentuk bumi buminya ialah kawasan berbukit-bukau. Antara puncak tertinggi dari paras laut yang berada terdekat dengan Kampung Lajak merupakan Bukit Kolam dengan ketinggian 215 meter (705.4 ka). Bukit Kolam hanya terletak di barat daya Kampung Lajak kira-kira sepanjang 1.6 kilometer (1.0 bt). Anak sungai kepada Sungai Pedu juga melalui kawasan perkampungan ini seperti Sungai Lajak (atau Sungai Lajah) di barat Kampung Lajak, Charok Jek (atau Charok Chek dan Charok Chik) di timur Kampung Lajak dan Charok Tipeh (atau Charok Tipek) di selatan Kampung Lajak. Kesemua sungai bermuara di Sungai Pedu kecuali Charok Tipeh di Charok Jek.[1][2]

Kawasan kejiranan[sunting | sunting sumber]

Kampung Lajak berjiran dengan petempatan yang lain seperti Kampung Kepala Dusun dan Kampung Pinang di bahagian utara, Kampung Jeram Besar di bahagian timur laut, Kampung Mong Gajah Ilir dan Kampung Mong Gajah Ulu di bahagian timur, Kampung Lik Oie di bahagian selatan, Kampung Lebai Saman dan Kampung Belukar Luas di bahagian barat daya, dan Kampung Lubok Itun di bahagian barat.[1][2][3]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih kurang empat buah bangunan rumah kekal dalam kawasan Kampung Lajak, dengan pola petempatan berjenis petempatan berkelompok. Hampir kesemua bahagian di Kampung Lajak merupakan belukar, riung dan huma pada tahun 1930. Kegiatan ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja. Di bahagian barat daya kampung telah dijadikan sebagai ladang buah-buahan dan kawasan bercucuk tanam padi tidak berpagar.[2][3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Lajak, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[5] Menutut pemerhatian NASA pada tahun 2000, kawasan perkampungan Kampung Lajak dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian, petempatan manusia, kawasan perhutanan dan belukar, jalan raya dan padang ragut.[5]

Meteorologi kawasan[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Lajak ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Lajak untuk jangka tahun 1990 sehingga 2010 ialah 27.1 °C (80.8 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas dalam tahun 1990–2010 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.0 °C (82.4 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.0 °C (78.8 °F).[6][7] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,120 milimeter (83.5 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 335.8 milimeter (13.2 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari dengan 50.8 milimeter (2.0 in).[6][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Lajak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b c d e f Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  3. ^ a b c d Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (3 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11): Malay States [Gazetir (Ke-11): Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: Untied States Goverment Printing Office. m/s. 92. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  7. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.