Ashraf Muslim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 216: Baris 216:
| TV3
| TV3
|
|
|-
|2019
|''[[Dia Menantu Rahsia]]''
|
|TV3
|
|-
|}
|}



Semakan pada 02:05, 20 Januari 2019

Ashraf Muslim
Kelahiran
Muhd Ashraf Muslim

(1981-09-12) 12 September 1981 (umur 42)
PendidikanPentadbiran Perniagaan
Pusat pendidikanKuala Lumpur Infrastructure University College
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2006-kini
Ketinggian5 ft 11 in (1.8 m)
PasanganNoor Dayana Lokman (berkahwin 2011)[1]
Wan Sakinah Wan Saburi (berkahwin 2013)[2]
Anak-anak4

Muhd Ashraf bin Muslim (lahir 12 September 1981) atau lebih dikenali sebagai Ashraf Muslim (Jawi: أشرف مسلم) merupakan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional, Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan pengacara untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.[3]

Kehidupan awal

Ashraf dilahirkan pada 12 September 1981 di Teluk Mas, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik dan mempunyai diploma di Kuala Lumpur Infrastructure University College dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Kerjaya

Pada tahun 2016, Ashraf telah membintangi Drama Kemboja Di Hati yang bersiaran di TV AlHijrah. Drama 13 episod itu diadaptasikan daripada sebuah novel berjudul sama karya Ramlah Rashid.[4]

Ashraf bersama pendatang baru, Mia Ahmad muncul dalam drama Mr Boss Miss Stalker yang bersiaran di Slot Dahlia TV3 mengantikan drama Cinta 100 kg pada bulan April 2016. Drama 30 episod ini juga diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Aesya Azahar. Ashraf memegang watak utama iaitu sebagai Hariz Zhafran.[5]

Ashraf Muslim juga membintangi drama Imam Muda Dari Cairo yang bersiaran di TV1 dalam Slot Kasturi (RTM). Drama tersebut mula bersiaran pada 10 Jun 2016.[6]

Pada 13 Ogos 2016, Ashraf muncul dalam telemovie bertajuk Gerimis Hati Asyikin di TV3.[7]

Tahun 2017, Ashraf akan kembali muncul dilayar perak untuk filem Bukan Cinta Malaikat yang akan ditayangkan di Malaysia dan Indonesia. Filem ini juga merupakan kerjasama antara dua buah negara dari Indonesia dan Malaysia serta dijangka menemui penonton bermula 13 Julai 2017.[8] Ashraf bakal membintangi drama bersiri Cinta Hati Batu yang bakal bersiaran di Slot Lestari TV3. Drama adaptasi novel bertajuk One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof ini akan diarahkan oleh Amor Rizan. Drama ini juga dijangka ditayangkan pada tahun 2017.

Kehidupan peribadi

Ashraf Muslim (tengah) bersama dua isterinya dan salah seorang anak mereka. (Dari kiri: Wan Nurul Sakinah Wan Saburi dan Nor Dayana Lokman).

Ashraf Muslim mempunyai seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Anak perempuan sulung beliau dilahirkan oleh isteri kedua beliau pada 5 April 2014 yang diberi nama Sarah Ashraf.[9] Pada 10 Disember 2015, isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka selepas lima tahun berkahwin. Bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada pukul 2.58 petang itu diberi nama Anas Ashraf.[10][11]

Dan pada 14 September 2015, beliau sekali lagi dikurniakan anak dari isteri kedua beliau iaitu Wan Sakinah yang selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Adam Ashraf.[12]

Ashraf dan isteri Wan Sakinah selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 3.07 kilogram sekitar jam 5.35 petang di Avisena Specialist Hospital pada 3 September 2018.[13]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2010 Aku Masih Dara Firdaus Ahmad Idham Filem pertama
2018 Bukan Cinta Malaikat Adam Aziz M. Osman Filem Malaysia-Indonesia
2019 XX-Ray 3 Films that have not yet been released Rizal Pos-produksi
Musyrik Films that have not yet been released Ustaz Akashah Arjin Uppal Pos-produksi
Ada Apa Dengan Dosa Films that have not yet been released Rahila Ali Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Impian Illyana Izham TV3
2007 Manjalara Adam
2008 Impak Maksima the Series Zack
Rahsia Di Sebalik Wajah Syahzman TV2
Renjis Musim 1 Kelana Astro Ria
Dari Mata Arisa Eddy Sham TV1
Puaka Niyang Rapik Ustaz Amirul TV3
2009 Renjis Musim 2 Kelana Astro Ria Megadrama
Yusuff Yusuff TV3 Slot Samarinda
Jangan Pandang Belakang Syakir TV2
2010 Kau Laksana Bulan Razif TV2
Pasukan Gerakan Marin Inspektor Reza TV9
Ilusi Rizal TV3
2011 Ustaz Amirul [14] Ustaz Amirul TV3
2016 Kemboja Di Hati TV Alhijrah
Mr Boss Miss Stalker Hariz Zhafran TV3
Imam Muda Dari Cairo Dr. Fitri TV1 Slot Kasturi
Biar Aku Jadi Penunggu Afeef Adwan TV3 Slot Akasia
2017 Cinta Hati Batu Dzul Ehsan TV3
2018 Budak Boys Mejar Faisham TV3
Geng Tadarus Ustaz Azlan TV2
Mencari Qiblat TV3
2019 Dia Menantu Rahsia TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Jangan Lupa Amir NTV7
2013 Surat Untuk Dia TV AlHijrah
2014 Mr. Istikharah Hafiz TV3
2016 Gerimis Hati Asyikin Zamri TV3
Gelap Yang Terang TV2
2017 Mahram TV9
2018 Kampung Kuala Lambat Mukmin Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian TV Catatan
2011 Ketuk - Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1
2017 Assalammualaikum Pengacara TV AlHijrah
3 Juara Artis jemputan TV3 bersama Janna Nick; 8 Januari
Oh My Pondok Astro Oasis 13 Jun
Jom Berbuka TV9 bersama ahli keluarga beliau (27 Mei)
Da'i (Musim 5) TV3 16 Julai
2019 Tetamu Allah Pengacara Astro Oasis

Teater

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Muzikal Patung Kertas 08 Kerry
Muzikal Patriot Yahya
2016 Muzikal Randai Cindua Mato[15][16]

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Janna Nick) Tercalon

Rujukan

  1. ^ Budiey (4 September 2011). "Gambar Pelakon Ashraf Muslim Nikah di Mekah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 November 2011.
  2. ^ "Saya Kahwin Sebab Nak Kahwin - Ashraf Muslim". Malaysian Digest. Dicapai pada 5 November 2011.
  3. ^ "Ashraf Amal Perubatan Tradisional". mSTAR Online. 19 Jun 2011. Dicapai pada 1 Januari 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Wartawan Sinar Harian. "Kemboja Di Hati taruhan terbaharu Alhijrah". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2016. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ Drama Mr Boss Miss Stalker (TV3) InfoTaip.com. Diperoleh pada 1 April 2016.
  6. ^ Drama Imam Muda Dari Cairo (TV1) InfoTaip. Diperoleh pada 1 Jun 2016.
  7. ^ Gerimis Hati Asyikin Papar Sindiket Jual Bayi Ewahewah. Diperoleh pada 1 September 2016.
  8. ^ "Bukan Cinta Malaikat' Tayang 13 Juli 2017". Kompas. 23 Mei 2017. Dicapai pada 26 Mei 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  9. ^ Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslin bersalin MediaMalaya. Diperoleh pada 5 November 2015.
  10. ^ Isteri pertama Ashraf Muslim lahirkan anak lelaki Berita Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  11. ^ Anas Ashraf Nama Anak Pertama Ashraf Muslim Dan Dayana Rotikaya. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  12. ^ Isteri Kedua Ashraf Muslim Selamat Bersalin Sinar FM. Diperoleh pada 1 Oktober 2015.
  13. ^ Zulqarnain Abu Hassan (4 September 2018). Ashraf Muslim timang anak keempat Sinar Harian. Dicapai pada 6 September 2018.
  14. ^ Ashraf Muslim & Eira Syazira dalam Ustaz Amirul Budiey, Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 30 Jun 2015.
  15. ^ Ashraf Muslim di Sidang Akhbar Teater Muzika Randai Cindua Mato Utusan Malaysia (23 Februari 2016). Diperoleh pada 23 Februari 16.
  16. ^ Randai 'Cindua Mato' dari Pagaruyung ke Istana Budaya Astro Awani (25 Mac 2016). Diperoleh pada 26 Mac 2016.

Pautan luar