Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
Penghargaan Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Tarikh 12 April 2009
Lokasi Arena of Stars, Genting Highlands
Negara Malaysia
Disampaikan oleh
Anugerah pertama 1987
Kini dipegang oleh Shaheizy Sam (Bintang Paling Popular, 2012)
Anugerah terbanyak Nabil (3)
Pencalonan terbanyak
Laman web rasmi abp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
Rangkaian TV3

Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 12 April 2009 dan disiarkan secara langsung oleh TV3. Pada kali ini, Nabil, bekas juara Raja Lawak musim kedua, menumpaskan Mawi sebagai "Bintang Paling Popular 2008".[1]

Proses pencalonan[sunting | sunting sumber]

Ketika undian pusingan pertama dijalankan, pihak penganjur mengadakan Karnival Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 untuk Gaza yang berupa acara jual beli dan lelong di Amcorp Mall pada 31 Januari 2009, yang bertujuan mengumpul dana untuk mangsa-mangsa serangan terhadap Semenanjung Gaza yang berlaku pada akhir tahun 2008.[2] Dilaporkan bahawa hasil kutipan dana mencecah RM64,000, daripada jualan gerai dan cenderamata yang dipamerkan oleh setiap seorang artis, termasuk peluang untuk berduet bersama Faizal Tahir.[3]

Senarai pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular 2008 diumumkan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 18 Februari 2009, menyaksikan daripada sejumlah 80 artis yang merebut gelaran dalam 16 kategori, 25 daripada mereka merupakan muka baru, termasuk: Stacy, Ayu (OIAM), Aizat, Nubhan, Meet Uncle Hussain, Estranged, gabungan M. Nasir dan Malique, Scha, Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nurul Alis, Nabil, Zizan Nin, Noorkhiriah, Ruminah Sidek, Akhil Hayy, Hujan, Lisa Surihani, Ashraf Muslim dan Diana Danielle.[4] Undian pusingan kedua dimulakan dari saat pengumuman hingga 3 April.

Sempena ABP 2008, pihak Berita Harian tidak lupa mengadakan jelajah promosi Anugerah Bintang Popular yang diserikan oleh persembahan calon, di seluruh Malaysia. Kawasan-kawasan yang dikunjungi oleh jelajah ini ialah: The Carnival, Sungai Petani, Kedah (27 Februari)[5]; Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor (8 Mac)[6]; Mydin Mall, Kuala Terengganu (13-14 Mac)[7]; Kuantan Parade, Kuantan, (21-22 Mac)[8]; Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor (28-29 Mac)[9]; dan Klang Parade, Klang, (3–5 April)[10]. Sambutan pengunjung di setiap tempat dilaporkan mencecah 5,000 orang.

Permulaan acara[sunting | sunting sumber]

Majlis besar-besaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009, menyaksikan persembahan oleh Anita Sarawak dan juara Akademi Fantasia 6, Stacy untuk segmen medley pembukaan persembahan, diikuti segmen medley pop yeh yeh yang menggabungkan kumpulan Kristal, A. Rahman Hassan, L. Ramli dan Jeffrydin; Siti Nurhaliza, Aizat, Diddy, Faizal Tahir, Siti Sarah, Farah Asyikin dan Ayu, selain Jamal Abdillah yang buat julung kalinya beraksi pada anugerah ini.[11] Semua anugerah disampaikan oleh Maya Karin, Nora Danish, Norish Karman, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Umie Aida, Zizie Ezette, Eizlan Yusof, Amy Mastura, Fizo Omar, AG dan Kieran daripada Hot FM, Saida dan Saerah.[12]

Nabil yang terperanjat dengan pengumuman namanya sebagai juara, dengan tidak sengaja memeluk buah hatinya, Irma Hasmie ketika disiarkan secara langsung.[13]

Pencalonan dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Perhatian: Nama pemenang ditebalkan.

Bintang Paling Popular[sunting | sunting sumber]

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat[sunting | sunting sumber]

Pengacara TV Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Pengacara TV Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Penyampai Radio Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Penyampai Radio Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

  • Abby Fana (Sinar FM)
  • Fara Fauzana (Hot FM)
  • Leeya (Hot FM)
  • Linda Onn (Sinar FM)
  • Nana (Era FM)

Artis Komedi Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Komedi Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Baru Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Artis Baru Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi/Artis Nasyid Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Penyanyi Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon Filem Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon Filem Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon TV Lelaki Popular[sunting | sunting sumber]

Pelakon TV Wanita Popular[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Akmal Abdullah. "Undi Mawi merosot teruk, empat artis menang tipis". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  2. ^ Nurulhisham Abdul Latiff & Farihad Shalla Mahmud (2 Februari 2009). "Bukti selebriti prihatin". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  3. ^ Nurulhisham Abdul Latiff & Farihad Shalla Mahmud (2 Februari 2009). "Terima kasih semua!". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  4. ^ Serimah Mohd Sallehuddin; Zaidi Mohamad (19 Februari 2009). "25 muka baru beri saingan". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  5. ^ Zaidi Mohamad (5 Mac 2009). "Masih sempat beramal". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  6. ^ "ABPBH2008: Terima kasih orang Johor". Berita Harian. 10 Mac 2009. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  7. ^ "ABPBH 2008: Kenangan indah di Terengganu". Berita Harian. 16 Mac 2009. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  8. ^ "5,000 saksi siri jelajah ABPBH 2008". Berita Harian. 23 Mac 2009. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  9. ^ Zul Husni Abdul Hamid. "Tabik Batu Pahat". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad. "Gamat di Klang". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  11. ^ Hardi Effendi Yaacob. "Segmen medley daya tarikan persembahan". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  12. ^ "Penyanyi baru, lama janji persembahan hebat". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 
  13. ^ Serimah Mohd Sallehuddin. "'Saya tidak sengaja'". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]