XX-Ray 3
Rencana atau bahagian ini mengandungi maklumat tentang satu atau lebih filem yang dijangkakan. Kandungannya boleh berubah apabila tarikh keluaran filem semakin hampir dan lebih maklumat boleh didapati. |
XX-Ray 3 | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Dibintangi oleh | |
Mula ditayangkan | 24 Januari 2019 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
XX-Ray 3 merupakan sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Aziz M.Osman dan dibintangi oleh Izzue Islam. Filem ini merupakan sekuel bagi filem XX Ray 2.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Izzue Islam sebagai Rayyan
- Nonny Nadirah sebagai Lana
- Adam John sebagai Sam
- Ardell Aryana sebagai Adel
- Dazrin Kamarudin sebagai Rosman
- Ashraf Muslim sebagai Badrul
- Saiful Apek sebagai Azli
- Dato' Haji Rahim Razali sebagai Tan Sri Ismail
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Hang Tuah
- Razak Ahmad sebagai Harun
- Aziz M. Osman sebagai Prof. Amir
Penampilan kameo[sunting | sunting sumber]
- Faizal Hussein sebagai Anuar
Produksi[sunting | sunting sumber]
Pengarah filem ini, Aziz M. Osman mula membayangkan penghasilan bagi filem ini pada tahun 2011.[1] Dia mengulas dia mengambil masa selama 20 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menulis sekual filem XX Ray 2 kerana ingin memastikan plot dan jalan cerita ditampilkan segar dan tidak ketinggalan zaman. Dia juga akan menggunakan kepakaran tenaga kerja tempatan untuk melakukan teknik janaan imej berkomputer (CGI).[2] Pencarian bagi teraju utama dan penghasilan skrip filem ini telah dimulakan pada bulan Jun 2015.[3][4]
Proses pengambaraan bagi filem ini bakal dilakukan di Johor Bahru.[5] Pada 26 November 2015, Izzue Islam telah disahkan bakal memegang watak utama bagi filem ini.[6] Filem ini merupakan filem sains fiksyen yang pertama dibintanginya.[7]
Tayangan[sunting | sunting sumber]
Teaser pertama filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 30 Mac 2016.
Lihat Juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Aziz M Osman Rancang Filem XX Ray III?". Rotikaya.com. 12 Disember 2011. Dicapai pada 2015-11-28.
- ^ Azizi, Mohd Al Qayum (12 Ogos 2015). "Aziz M Osman Bakal Terbitkan Sekual 'XX Ray 3'". mStar. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru". My News Hub.com. 3 Jun 2015. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ Ahmad, Azzyati (3 Jun 2015). "Aziz M Osman cari hero baharu bintangi filem XX Ray III". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2015.
- ^ "Sekuel XX-Ray Kembali". Kafe Buzz.my. 26 November 2015. Dicapai pada 2015-11-28.
- ^ Naseer, Ashraff (27 November 2015). "Izzue Islam diberi watak utama dalam "XX-Ray 3"". Cinema Online. Dicapai pada 2015-11-28.
- ^ Mohd, Ina (26 November 2015). "Aziz M.Osman Pilih Izzue Islam Untuk Watak Utama XX-Ray 3". Astro Awani. Sinar FM. Dicapai pada 2015-11-28.