Kimigayo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kimi ga Yo)
Lompat ke: pandu arah, cari
君が代

"Kimigayo"
Kimigayo.score.svg
Lembaran muzik "Kimigayo"
Maklumat am
Negara  Jepun
Penulis Puisi waka (Zaman Heian, 794–1185)
Penggubah Yoshiisa Oku, Akimori Hayashi dan Franz Eckert (1880)
Diterima pakai 13 Ogos 1999
Sampel muzik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kimigayo (君が代?) ialah lagu kebangsaan Jepun. Liriknya merupakan yang tertua dan terpendek di dunia dan berasal daripada sebuah puisi Waka yang ditulis pada Zaman Heian (794–1185).[1] Melodi yang digunakan untuk lagu ini dipilih pada tahun 1880 untuk menggantikan melodi yang kurang popular sebelas tahun sebelumnya. Walaupun Kimigayo sering diterjemahkan sebagai "Pemerintahan Duli Tuanku", tidak pernah wujud sebuah penterjemahan rasmi tajuk ataupun lirik lagu itu menurut undang-undang. [2]

Dari 1888 hingga 1945, Kimigayo merupakan lagu kebangsaan Empayar Jepun. Apabila Empayar ini dibubarkan setelah kekalahan Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua, Kimigayo kekal menjadi lagu kebangsaan negara Jepun setelah 1945. Sebuah akta tentang lagu dan bendera kebangsaan negara itu mengiktiraf Kimigayo sebagai lagu kebangsaan rasmi Jepun pada 1999.


Lirik[sunting | sunting sumber]

Bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

君が代は

千代に

八千代に

細石の

巌となりて

苔の生すまで

Romaji (Rumi)[sunting | sunting sumber]

Kimigayo wa
Chiyo ni,
Yachiyo ni
Sazare ishi no
Iwao to narite
Koke no musu made.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Semoga kekuasaan Tuanku,
Berlanjut selama seribu (tahun),
Lapan ribu generasi,
Sampai kerikil,
Berubah menjadi batu karang,
Yang diselimuti lumut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Japan – Kimigayo". NationalAnthems.me. Dicapai pada 2011-11-28. 
  2. "Elementary schools face new mandate: Patriotism, 'Kimigayo'". The Japan Times Online (Kyodo News). 2008-03-29. Dicapai pada 2011-08-20. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]