Mohamad Nordin bin Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Haji

Mohamad Nordin Ibrahim

PMW (WP); JSM, AMN
Ketua Pengarah JAKIM
Dalam jawatan
2018–2019
Didahului olehOthman Mustapha
Digantikan olehPaimuzi Yahya
Butiran peribadi
Lahir (1961-12-27) 27 Disember 1961 (umur 62)
Teluk Intan, Perak
PasanganDatin Che Supiah Che Awang
Anak-anak6
PekerjaanPesuruhjaya SUHAKAM

Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim dilahirkan pada 27 Disember 1961 di Kg Sg Samak, Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak merupakan Mantan Ketua Pengarah Jakim. Beliau menamatkan perkhidmatan di JAKIM pada 27 Disember 2019. Berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JAKIM sejak dilantik pada 17 Mei 2018 sehingga beliau bersara pada 27 Disember 2019.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Dalam bidang NGO pula beliau terlibat sebagai Penolong Setiausaha Agung PERKIM Kebangsaan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Datin Che Supiah binti Che Awang dan mereka dikurniakan 6 orang anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim mendapat Sarjana Muda Pengajian Islam (B.A) Usuluddin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1982 & Sarjana Pengajian Islam (M.A) Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2000

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkhidmat di dalam sektor awam pada 31 Januari 1984 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam. Berpengalaman berkhidmat dengan Kerajaan selama 32 tahun Pernah berkhidmat di Sabah selama 3 tahun sebagai Pegawai Kader Penyelidikan Agama JPM di Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), Kota Kinabalu dan terlibat dengan operasi Pusat-pusat Latihan Islam PLD di Keningau, Kudat dan Kundasang kemudian bertukar ke Muzium Islam Malaysia selama 8 tahun dan pernah menjadi Setiausaha Sekretariat Festival Tamadun Islam Sedunia (WICF’ 94) dengan menjalankan penyelidikan serta mengumpul Koleksi Harian Tamadun Islam dari Negara-negara Islam seperti Iran, Mesir, Bahrain, Sepanyol, China, India, Eropah dan Negara-negara Nusantara bagi tujuan pameran dan koleksi kekal Muzium Islam, termasuk 1,800 naskhah manuskrip agama karya ulama Nusantara. Melanjutkan pelajaran Sarjana Tamadun Islam di UKM dan selepas itu ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Penyelidikan JAKIM, iaitu bertanggungjawab dalam aspek penapisan dan kawalan media cetak.

Banyak telibat dengan penyediaan kertas-kertas Seminar, Kertas-kertas Projek Penyelidikan, laporan-laporan penyelidikan untuk dibentangkan dalam mesyuarat-mesyuarat di peringkat Kebangsaan termasuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI). Awal tahun 2005 bertukar ke Bahagian Dakwah sebagai Ketua Penolong Pengarah (Penerapan Nilai-nilai Murni) dan juga sebagai Pengarah Bahagian Islam Hadhari dan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan penjelasan Islam Hadhari kepada masyarakat.

Terlibat sebagai Ketua Penyelaras dan Penggubal Perancangan Strategik JAKIM tahun 2009-2016. Pada akhir tahun 2010 dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kemajuan Islam (JUSA C). Terlibat sebagai Panel penyediaan Teks Khutbah Jumaat, Pengurusan KAFA dan Takmir Masjid, serta Urusetia kepada Mesyuarat-mesyuarat Dasar berkaitan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), penyediaan Kertas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan lain-lain.

Pada tahun 26 Oktober 2011 beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)(JUSA B) JAKIM. Pada 17 Mei 2018 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim menggantikan Tan Sri Othman bin Mustapha yang telah bersara.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Setiausaha Kehormat Persatuan Seni Khat Malaysia selama 5 tahun, iaitu (1994-1999), Ahli Jawatankuasa Pengembangan Seni Khat Muzium Kesenian Islam Malaysia, Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ Pekerja) JAKIM, Pengerusi Sekolah Agama KAFA Integrasi dan Pengerusi Surau Taman Pinggiran Batu Caves, Selangor selama 10 tahun, menjadi Yang diPertua Persatuan Perkhidmatan Pegawai Ugama, JPM sejak 1999 hingga 2013 dan melaksana pelbagai program dakwah dan kebajikan termasuk Ibadah Qurban tahunan di Kemboja dan Vietnam.

Pernah terlibat dengan program-program Dakwah dan kepimpinan kepada pelajar-pelajar Malaysia di London dan Australia, menjadi pemeriksa loji penyembelihan halal di luar Negara iaitu di Amerika Syarikat. Terlibat dengan program lawatan dakwah bil hal PERKIM ke China serta menjadi Ketua Urusetia Pemilihan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan selama 4 tahun.

Pernah mengikuti Kursus Leadership Programme di University Oxford, United Kingdom pada tahun 2013 dan juga pernah mewakili Malaysia dalam 17th Session Of The Working Group On The Universal Periodic Review Of The Human Rights Council pada 21 Oktober hingga 1 November 2013 di Geneva, Switzerland sebagai jurucakap rasmi Isu-isu Hak Asasi Manusia yang berkaitan dengan Hal Ehwal Ugama Islam.

Sumbangan lain[sunting | sunting sumber]

  1. Ahli Lemabaga Pengarah (BOD) International Institute Advance of Islamic Studies (IAIS) sejak 2014
  2. Selaku Jemaah Hakim di Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 56 Anjuran Kerajaan Malaysia di Kelantan Darul Naim Pada 1 hingga 5 Syaaban 1434h / 10 hingga 14 Jun 2013M
  3. Ahli Jawatankuasa Falak Syarie Wilayah Persekutuan 1 Jan 2014 hingga 31 Dis 2016.
  4. Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 Tahun 1436H/2015M
  5. Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Task Force (Pasukan Khas) Tadbir Urus Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri
  6. Seminar Pelajar-pelajar Malaysia di Australia Bersama YB Menteri di JPM Berkenaan Halal pada 2011
  7. Membentangkan kertas dalam Seminar Halal Korea pada 2012
  8. Menghadiri Sesi Dialog Islam di Bosnia sempena Perlantikan Mufti Bosnia pada 2012
  9. Program Diskusi Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan Undang2 Syariah: Kajian Perbandingan Pelaksanaan Undang-Undang Syariah di Acheh, Indonesia pd 25-28 Ogos 2013
  10. Wakil JAKIM dalam 17th Session Of The Working Group On The Universal Periodic Review Of The Human Rights Council pada 21 Oktober hingga 1 November 2013 di Geneva, Switzerland.
  11. Menghadiri Seminar Falak OIC di Istanbul pada 2013
  12. Menghadiri Diskusi Isu-Isu Penguatkuasaan & Pendakwaan Undnag-Undang Syariah Di Republik Singapura pada 21 Ogos 2014
  13. Pada 14-22 Oktober 2014 pula beliau telah mengikuti Lawatan Kerja Ahli Lembaga Pengarah Al Hijrah Media Corporation di Turki.
  14. Pada 9-14 Disember 2014 telah Menyertai Delegasi Malaysia ke Mesyuarat The 43rd Session Of The Permanent Finance Committee di Jeddah Arab Saudi.
  15. Ahli Lembaga Penasihat Darul Quran, JAKIM (2011 hingga kini)
  16. Ahli Lembaga Penasihat Institut Latihan Islam Malaysia  (ILIM)
  17. Yang Dipertua Persatuan Perkhidmatan Agama (PKPU), JPM (2009-2013)
  18. Pengerusi Panel Pengesahan Halal Luar Negara (2011 hingga kini)
  19. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana  Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M
  20. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana  Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
  21. Ahli J/kuasa Kerja Penyelidikan Isu Kefatwaan Majlis Fatwa Kebangsaan
  22. Ahli J/kuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa mulai 5 Julai 2012
  23. Pengerusi Task Force Isu-Isu Akidah dan Ajaran Sesat Malaysia.
  24. Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014
  25. Dilantik sebagai Ahli Commonwealth Association For Public Administration and Management (CAPAM) pada 2014
  26. Lantikan sebagai Timb Pengerusi Buku Teks Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan (LEPAI) Sesi Jun 2015-Jun 2018
  27. Ahli Jawatankuasa Task Force (Pasukan Khas) Tadbir Urus Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri
  28. Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Hafazan dan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2016

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  1. Menerima Darjah Panglima Mahkota WIlayah (P.M.W.) Tahun 2016
  2. Menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M.) Tahun 2014
  3. Bintang  Ahli Mangku Negara (A.M.N.) Tahun 2006
  4. Pingat THEB DEN RANK daripada Royal Government of Cambodia Tahun 2012 daripada Perdana Menteri Hun Sen.
  5. Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Perdana Menteri (APC) Tahun 2004 dan 2009