Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Dato’

Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz

DSDK (Kedah)
Setiausaha Politik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
Dalam jawatan
2020–2021
MenteriZulkifli Mohamad Al-Bakri
Idris Ahmad
Ketua Pengarah JAKIM
Dalam jawatan
2006–2012
Didahului olehMustafa Abdul Rahman
Digantikan olehOthman Mustapha
Butiran peribadi
Lahir (1953-04-23) 23 April 1953 (umur 68)
Kaherah, Mesir
PekerjaanPegawai Islam

Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Beliau dilahirkan pada 23 April 1953 di Kaherah, Mesir. Wan Mohamad merupakan anak sulung kepada bekas Kadi Besar Kerajaan Negeri Kedah, Almarhum Dato' Sheikh Abdul Aziz (1922-1976) dan Hajah Awatef Al-Wasef.

Wan Mohamad merupakan bekas Ketua Pengarah JAKIM dari tahun 2006 hingga 21 April 2012. Beliau digantikan oleh Othman Mustapha. Wan Mohamad berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam.

Pernah berkhidmat dalam beberapa bahagian jabatan seperti di BAHEIS Jabatan Perdana Menteri, Atase Agama di High Commission of Malaysia London, United Kingdom, Darul Quran JAKIM dan JAKIM Putrajaya. Beliau juga merupakan salah seorang lima tokoh dalam Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, selain daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan [1], Datuk Dr Nooh Gadot, serta dua wakil dari Sabah dan Sarawak, Datuk Aidi Mokhtar dan Dr Abdul Rahman Junaidi, yang dipengerusikan oleh Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Setelah lama bersara dalam perkhidmatan awam, Wan Mohamad dilantik sebagai SUPOL kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 10 Mac 2020- 16 Ogos 2021.

Meskipun sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan, Wan Mohamad kini bergiat aktif dalam beberapa badan NGO di dalam dan luar negara selain dilantik menjadi panel penasihat dalam beberapa agensi kerajaan dan swasta.[1] Wan Mohamad memberi khidmat kepada beberapa badan organisasi Islam di Malaysia sebagai Timbalan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG), Timbalan YDP Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Yayasan Muslimin, Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran JAKIM, IQKL serta menjadi Penasihat kepada beberpa badan organisasi yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]