Taib Azamudden Md Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ustaz Dato'
Taib Azamudden Mohd Taib
P016-BALING.jpg

Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Tempoh jawatan
2015 – 2020

Tempoh jawatan
2008 – 2013
Didahului oleh Mashitah Ibrahim
Diganti oleh Abdul Azeez Abdul Rahim

Tempoh jawatan
1999 – 2004
Didahului oleh Bahador Shah Md Isa
Diganti oleh Mashitah Ibrahim

Parti politik PAS logo.svg PAS
Kediaman Kedah Baling, Kedah
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Ustaz Datuk Taib Azamudden Mohd Taib adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Baling, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1]. Beliau juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding dalam kawasan parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS. Beliau menang dengan 21468 undi. Sementara calon Barisan Nasional mendapat 20074 undi. Tetapi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.

Parlimen Malaysia: Baling, Kedah
Tahun Pakatan Rakyat Undi % Barisan Nasional Undi %
1999 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 21,468 50% Bahador Shah Md Isa (UMNO) 20,074 47%
2004 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 28,432 46% Mashitah Ibrahim (UMNO) 32,661 53%
2008 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 36,074 55% Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) 28,461 43%

Rujukan[sunting | sunting sumber]