Abdullah bin Md. Zin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri Dr

Abdullah Bin Md Zin
AbdullahMdZin.jpg

Ahli Parlimen
untuk P33 Besut
Penyandang
Tempoh jawatan 
Mac 2004
Didahului oleh Hassan Mohamed (PAS)
Majoriti 2027

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tempoh jawatan
2006–2008

Lahir Jerteh, Terengganu
Parti politik BN BN-UMNO
Pasangan Wan Naimah Wan Latif
Pekerjaan Anggota Parlimen, bekas pensyarah
Agama Islam

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Abdullah bin Md Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946  di Kampung Alor Selising, Jerteh, Besut, Terengganu.  Beliau dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Puan Sri Wan Naimah binti Haji Wan Latif.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Luas, Terengganu (1954 – 1958) sehingga tamat Darjah VI sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Rendah Agama Ittifaqiyyah, Jerteh, Terengganu (1959 – 1962).  Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1963 – 1966). Seterusnya (1968 – 1972) B.A. (Hons) Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah; (1972 – 1973) B.A. (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir; (1973 – 1974) M.A. Dakwah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir; (1975) Diploma Pendidikan, Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir; (1986 – 1990) Ph.D Dakwah dan Tasawuf, University of Kent at Canterbury, England.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertugas sebagai Guru di Kolej Islam Kelang (Jun 1976 – April 1977); seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1977 – 1993) Pensyarah; (1993 – 2000) Profesor Madya; (2000 – 2004) Profesor.  Selain Pensyarah, beliau juga pernah dilantik ke jawatan Pentadbiran Akademik, UKM (1991 – 1997), Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan; (1998 – 1999),  Dekan Fakulti Pengajian Islam; pada tahun 2000 – 2001 beliau telah dipinjam untuk menubuhkan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).  Dari 2001 – 2004 beliau bertugas sebagai Profesor dan Timbalan Rektor KUIM.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang politik, beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya (2004 – 2008) Ahli Parlimen Besut; (2004 – 2008) Menteri di Jabatan Perdana Menteri; (2004 – 2009), Ahli Majlis Tertinggi UMNO; (2004 – 2009), Timbalan Pengerusi Biro Agama UMNO Malaysia; (2004 – 2009), Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu; (2004 – 2009), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut; (2008 hingga April 2013), Ahli Parlimen Besut; (2009 – Oktober 2013), Bendahari UMNO Bahagian Besut.

Jawatan terkini[sunting | sunting sumber]

Kini beliau bertugas sebagai Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri (2009 hingga kini); Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (2012 hingga kini); Ahli Majlis Pemegang Amanah Pertubuhan Kemajuan Bahasa Arab Antarabangsa, Yayasan Qatar (Okt. 2014 hingga  kini) dan dilantik sebagai Profesor Adjung, di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (Oktober 2015 hingga September 2017).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Hasil dari kecemerlangan dalam pendidikan yang telah beliau tonjolkan, maka beliau telah menerima beberapa tajaan pendidikan antaranya ; (1968 – 1972), Biasiswa Kerajaan Arab Saudi (Peringkat B.A.); (1973 – 1975), Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu (Peringkat M.A);  (1986 – 1990), Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB) (Peringkat Ph.D); dan pada (1975) beliau telah di anugerahkan Pelajar Terbaik Peringkat M.A. di Mesir. Kecemerlangan beliau tidak terhenti disitu sahaja, beliau terus menyumbang bakti dalam perkhidmatan dan pada tahun (1996) beliau dianugerahkan pula Anugerah Perkhidmatan Terpuji Universiti Kebangsaan Malaysia. Jasa beliau terus dihargai diperingkat negeri dan Kebangsaan lalu dianugerahkan beberapa Pingat Darjah Kebesaran antaranya adalah; (1996), Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) [null yang membawa gelaran Dato’]; (2010), Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri; (2013), Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Pada tanggal 15 November 2014, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganugerahkan beliau Anugerah Ijazah Kehormat Dr. Falsafah dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam.

Hasil Penulisan dan Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  1. Prinsip Akhlak Berdasarkan al-Quran (Terjemahan): Dustur al-Akhlaq fi al-Quran – Dr. Muhammad Abdullah Darraz) - 1987. Dewan Bahasa dan Pustaka (227 halaman).
  2. Islamic Da’wah (Mission): The Definition, Conception & Foundation – 1991. Pusaka Antara, Kuala Lumpur (76 halaman).
  3.  Al-Akhlaq al-Islamiyah wa Atharuha fi Bina’ al-Mujma’ – 1992. Pusaka Antara, Kuala Lumpur (149 halaman).
  4. The Abbasid Caliphate: A Study of the Political, Sosial and Intelectual Conditions in 5th 6th Century A.H./11th – 12th A.D.  – 1993. Pusaka Antara, Kuala Lumpur  (70 halaman).
  5. Gejala Sosial : Perspektif Dakwah – 1997. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) (17 halaman).
  6. Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani: Kehidupan Kerohanian dan Kemasyarakatan - 1999. Yayasan Islam Terengganu (34 halaman).
  7.  Abdul Qadir al-Jilani: His Method of Islamic Da’wah (Mission) – 2002. Islamic University College of Malaysia  (299 halaman).
  8.  Kebatilan Dalam Ajaran Kebatinan (Suntingan Bersama) – 2003. Kolej Universiti Islam Malaysia  (218 halaman).
  9.  Peranan Ulama’ Dalam Pembangunan Negara  – 2005. JAKIM  (13 halaman).
  10.  Kepentingan  Fiqh al-Aulawiyat Dalam Pengurusan Negara – 2005. JAKIM  (20 halaman).
  11.  Adab Mengendalikan Perbezaan Pendapat Menurut Islam  – 2005. JAKIM  (26 halaman).
  12. Pendidikan Islam di Malaysia: Dari Pondok Ke Universiti - 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka (174 halaman).
  13. Pendekatan Islam Hadhari:  Membangun Modal Insan dan Tamadun Ummah. (suntingan)  – 2006. Biro Agama UMNO Malaysia (299 halaman).
  14. Catatan Hadhari  - 2007 Darul Fikir Sdn. Bhd  (263 halaman).
  15. 1 Malaysia:  Konsep Wasatiyyah dan Keadilan Sosial di Malaysia.  (Makalah) dalam buku 1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 (editor:  Shahlan Ismail)  – 2010. Centre For Glocal Concerns  (9 halaman).
  16. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia (Penulis bersama Prof. Datuk Dr. Haji Khairil Annas Jusoh) - 2011. MPH Group Printing (M) Sdn. Bhd.  (134 halaman).
  17. Transformasi Sistem Pentadbiran Hal Ehwal Islam Di Malaysia:   Sejak Merdeka, Kini Dan Masa Hadapan. – 2012 Yayasan Al-Iman  (50 halaman).
  18. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan - 2013 Institut Wasatiyyah (51 halaman).
  19. Pendekatan Wasatiyyah Peneraju Kepimpinan Islam Di Malaysia: (makalah) dalam buku Fiqh Mentaati Pemimpim (editor: Mohd. Yusof Din dll) – 2013.  Generasi Bestari (21 halaman).
  20.  Manhaj al-Wasatiyyah:  Ta’rifuhu wa Mabda’uhu wa Tatbikuhu. – 2013. Institut Wasatiyyah Malaysia. (41 halaman).
  21.  Wasatiyyah Approach:  The Definition, Conception and Application – 2013. Institut Wasatiyyah Malaysia. (47 halaman).
  22.  Penghayatan Wasatiyyah Dalam Pentadbiran Malaysia: - 2014. Institut Wasatiyyah Malaysia (101 halaman).
  23.  Manhaj Wasatiyyah Fi Muwajihati al-Irhab: hibrah Malizia – 2014. Institut Wasatiyyah Malaysia (76 halaman).
  24. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menangani Keganasan: Pengalaman Malaysia.  – 2015. Institut Wasatiyyah Malaysia (63 halaman).