Wan Zahidi bin Wan Teh
Dato' Haji Wan Zahidi Wan Teh PSD; DPMP (Perak); PMW (WP) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia | |
Memegang jawatan 2017 | |
Didahului oleh | Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukur Husin |
Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 | |
Dalam jawatan 21 Mac 2006 – 20 Mac 2014 | |
Didahului oleh | Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain |
Digantikan oleh | Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Butiran peribadi | |
Lahir | Gerik, Perak | 25 Julai 1942
Pekerjaan | Ulama |
Dato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh ialah seorang ilmuwan Islam di Malaysia. Beliau merupakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 bermula 21 Mac 2006 hingga 20 Mac 2014, Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bermula 2017 hingga kini.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Beliau dilahirkan pada 25 Julai 1942 di Kampung Kerunai, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kerunai, Gerik, Perak. Kemudian beliau belajar di Maahad Al Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak, Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Pulau Pinang dan Sekolah Pondok Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Dalam pengajian tinggi pula, beliau melanjutkan pengajian sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengambil Diploma Am Pendidikan di Universiti Ain Shams, Mesir. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana dalam Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar sehingga tahun 1974.
Jawatan[sunting | sunting sumber]
- Mufti Wilayah Persekutuan (Mac 2006 - Mac 2014)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (1975-1982)
- Pegawai Khas kepada YAB Timbalan Menteri Tun Ghafar Baba (1986 - 1988)
- Pensyarah Jabatan Syariah - Universiti Kebangsaan Malaysia (1982-1986/1988-1993)
- Pensyarah Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1993-1994)
- Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Anwar Ibrahim (1994-1997)
- Pakar Perundingan, Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) (2000-2001)
- Rektor, Kolej Islam Darul Ridzuan (2002-2004)
- Ahli Panel Pemilih Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia
Khidmat[sunting | sunting sumber]
- Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia (2017-kini)
- Anggota Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 2019-2021
- Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Ahli Lembaga Pengarah Harta Suci Sdn. Bhd.(PPZ)
- Ahli Pemegang Amanah YADIM.
Penulisan[sunting | sunting sumber]
- Malaysia Sebuah Negara Islam.
- Pelaksanaan Siasah Syar'iyyah dalam Pentadbiran Kerajaan.
- Identiti dan Kandungan Pendidikan Islam.
- Masalah Takrif Dalam Masyarakat Islam .
- Masjid Sebagai Institusi Di bawah Hak Sultan
- Nasihat Sebagai Kaedah dalam hubungan antara ulama', umara' dan ummah
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Perak
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' - 2001
Wilayah Persekutuan
- Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) - Datuk - 2009
Malaysia
- Panglima Setia Diraja (P.S.D.) - Datuk - 2011